wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 5 lavendar

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah bilangan rekaan bendera yang diterima oleh jawatankuasa?

a)

737

b)

773

c)

373

d)

37

2.

Siapakah pencipta bendera Malaysia?

a)

Ahmed Hamzah

b)

Mohamed Hamzah

c)

Abdul Hamzah

d)

Muhammad Hamzah

3.

Pada tahun bila bendera kebangsaan diisytiharkan?

a)

1997

b)

1977

c)

1987

d)

1979

4.

Dimanakah bendera Kebangsaan pertama kali dikibarkan?

a)

Istana Negara

b)

Istana Sultan Selangor

c)

Istana Diraja

d)

Dataran Merdeka

5.

Apakah nama bendera kebangsaan Malaysia

a)

Negaraku

b)

Jalur Gemilang

c)

Jalur Gembira

d)

Selamat Sultan

6.

Berapakah bilangan jalur yang terdapat pada bendera Malaysia?

a)

24

b)

14

c)

9

d)

13

7.

Apakah maksud warna putih pada bendera Malaysia

a)

berani dan gagah

b)

kedaulatan

c)

perpaduan

d)

kesucian dan keikhlasan

8.

Lambang bulan sabit pada bendera Malaysia bermaksud?

a)

masjid sebagai tempat beribadat

b)

bulan dalam islam

c)

agama Islam sebagai agama rasmi

d)

hiasan kepada bendera

9.

Bintang pecah 14 membawa maksud?

a)

14 negeri di Malaysia

b)

jumlah sultan di Malaysia

c)

tarikh bendera dicipta

d)

gabungan 13 negeri dan sebuah wilayah persekutuan

10.

Etika menaik dan menurunkan bendera kebangsaan ialah....

a)

Hendaklah berbaju kotor

b)

Menaik dan menurunkan bendera dengan tertib secara pantas

c)

Sebelum menaikkan bendera, pastikan bendera dalam keadaan baik

d)

Bendera diletak di atas lantai apabila sampai ke bawah

11.

Berikut merupakan etika menaik dan menurunkan bendera kebangsaan kecuali...

a)

Memastikan bendera tidak meleret ke tanah

b)

Uji tali bendera bagi memastikannya berada dalam keadaan rapuh agar mudah untuk bergerak

c)

Bendera hendaklah ditatang apablia sampai ke bawah

d)

Sebelum menaikkan bendera, pastikan bendera dalam keadaan baik

12.

Cara untuk memusnahkan bendera yang telah koyak atau bertukar warna adalah dengan...

a)

menanam bendera secara tertutup

b)

menanam bendera secara terbuka

c)

membakar bendera secara tertutup

d)

membakar bendera secara terbuka

13.

Bendera separuh tiang bermaksud..

a)

tanda berkabung

b)

tanda bergembira

c)

tanda bermuram durja

d)

tanda bersuka ria

14.

Berikut merupakan kepentingan menghormati bendera kebangsaan kecuali..

a)

bendera melambangkan semangat patriotik

b)

bendera melambangkan maruah bangsa dan negara

c)

bendera melambangkan simbol perpaduan

d)

bendera melambangkan simbol perpecahan rakyat

15.

Apakah yang akan dilakukan oleh anda apabila menemui bendera kebangsaan di tengah jalan?

a)

mengambil dan menjual kembali

b)

mengutip dan menyimpankannya di tempat yang sepatutnya

c)

membiarkan begitu sahaja

d)

memijaknya

16.

Jika anda dikehendaki untuk mengibarkan bendera separuh tiang, bagaimanakah etika mengibarkan bendera separuh tiang yang betul?

a)

Bendera dinaikkan sepenuhnya terlebih dahulu, kemudian diturunkan separuh tiang.

b)

Bendera dinaikkan ke separuh tiang sahaja.

c)

Bendera dinaikkan sepertiga tiang sahaja, kemudian diturunkan sedikit.

17.

Pada pandangan anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai bendera kebangsaan yang tersendiri?

a)

Sebagai lambang identiti negara

b)

Sebagai tanda kemajuan sesebuah negara

c)

Lambang ketidakadilan dalam pentadbiran

d)

Untuk bersikap bangga dan angkuh

18.

Tujuan bendera kebangsaan dikibarkan..

a)

sebagai tanda kemenangan negara

b)

sebagai tanda kemegahan

c)

sebagai tanda kekayaan negara

d)

sebagai tanda sayang dan bangga kepada negara

19.
Apakah perbuatan yang dilakukan oleh pelajar lelaki tersebut untuk menghormati bendera kebangsaan?
a)
Menjunjung bendera kebangsaan 
b)
Menjinjit bendera kebangsaan di bahu
c)
Menatang bendera kebangsaan di bahu
d)
Memakai bendera kebangsaan di bahu
20.
Urutan manakah yang betul bagi upacara menaikkan bendera kebangsaan mengikut etika?
a)
Pastikan bendera dan tali dalam keadaan baik - menaikkan bendera dengan tertib - naikkan bendera sepenuhnya 
b)
Naikkan bendera sepenuhnya - menaikkan bendera dengan tertib - pastikan bendera dan tali dalam keadaan baik
c)
Pastikan bendera dan tali dalam keadaan baik - naikkan bendera sepenuhnya - menaikkan bendera dengan tertib
d)
Menaikkan bendera dengan tertib - naikkan bendera sepenuhnya - pastikan bendera tidak meleret ke tanah 
21.
Sejak bilakah institusi raja wujud di negara kita
a)
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
b)
Zaman kedatangan kuasa luar
c)
Zaman Kerajaan Melayu Awal
d)
Zaman Ais
22.
Apakah yang dimaksudkan dengan sultan atau raja?
a)
Merujuk kepada pembesar kerajaan melayu awal
b)
Merujuk kepada ketua kerajaan yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya
c)
Merujuk kepada penasihat negeri dalam hal hal pentadbiran
d)
Merujuk kepada penasihat negeri dalam hal hal ekonomi.
23.
DOL SAID MENENTANG BRITISH DI _____ PADA TAHUN 1831
a)
KLANG
b)
RANAU
c)
PASIR SALAK
d)
NANING
24.
PADA TAHUN 1853 _________ TELAH BERJUANG MENENTANG JAMES BROOKE DI NANGA SKRANG SARAWAK. 
a)
YAM TUAN ANTAH
b)
RENTAP
c)
DATO'MAHARAJA LELA
d)
TOK JANGGUT
25.
DATO' MAHARAJA LELA MEMBUNUH __________ DENGAN BANTUAN SEPUTUM DI PASIR SALAK PADA 1875 KERANA PEGAWAI BRITISH ITU MEMPERKENALKAN SISTEM CUKAI DAN CAMPUR TANGAN ADAT RESAM MELAYU
a)
J.W.W. BIRCH
b)
MAT SALLEH
c)
ANTANOM
d)
RAJA MAHADI
26.
SHARIF MASAHOR MENENTANG JAMES BROOKE DI ___________ PADA TAHUN 1855  KERANA MELUARKAN WILAYAH DAN AMBIL ALIH PENTADBIRAN.
a)
SUNGAI LANGAT
b)
LUBUK TUA
c)
SARIKEI
d)
PASIR SALAK
27.
YAM TUAN ANTAH MENENTANG BRITISH DI SUNGAI UJUNG NEGERI SEMBILAN PADA 1876 KERANA MENENTANG PERJANJIAN ____________ DENGAN BRITISH
a)
DATO'KELANA SUNGAI UJUNG
b)
DATO' SHARIF SUNGAI UJUNG
c)
DATO' LELA  SUNGAI UJUNG
d)
DATO' BAHAMAN SUNGAI UJUNG
28.
DATO'BAHAMAN MENENTANG BRITISH DENGAN BANTUAN TOK GAJAH DAN MAT KILAU DI LUBOK TUA DALAM NEGERI ___________ PADA TAHUN 1891.
a)
PERAK
b)
SABAH
c)
JOHOR
d)
PAHANG
29.
TOK JANGGUT MENENTANG BRITISH DI ________ NEGERI KELANTAN PADA 1915 KERANA CUKAI DAN PERATURAN TANAH BAHARU. 
a)
PASIR SALAK
b)
PASER PUTEH
c)
PASIR BEDAMAR
d)
PASIR RAJA
30.
ANTANOM MENENTANG BRITISH DI ___________ SABAH PADA TAHUN 1915
a)
SUNGAI SELANGIT
b)
SUNGAI LANGAT
c)
SUNGAI UJUNG
d)
SUNGAI RAJANG
31.
KELUARGA BROOKE MEMERINTAH NEGERI 
a)
SABAH
b)
SARAWAK
32.

Gambar dua ekor harimau pada Jata Negara bermaksud ___________.

a)

kekuatan

b)

kekuasaan

c)

keberanian

d)

ketangkasan

33.

Apakah kuasa luar yang terawal menjajah dan campur tangan di negara kita?

a)

Portugis.

b)

Belanda.

c)

Jepun.

d)

British.

34.

Siapakah Bapa Kemerdekaan yang telah banyak berjasa kepada negara kita ?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

b)

Dato’ Onn bin Ja’afar.

c)

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

d)

Tun Abdul Razak.

35.

Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penjajahan kuasa luar ke atas

negara kita ?

a)

Meminta pertolongan kuasa luar untuk menyelesaikan masalah Negara.

b)

Kita perlu berbaik-baik dengan kuasa luar tanpa prasangka.

c)

Berbangga kerana kuasa luar berminat dengan negara kita.

d)

Rakyat harus bersatu-padu mempertahankan kedaulatan negara.

36.

Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum boleh hidup dalam suasana rukun dan

damai di Malaysia ?

a)

Tidak mencampuri urusan orang lain.

b)

Bertoleransi sesama bangsa sahaja.

c)

Saling menghormati antara satu sama lain.

d)

Mengelak daripada bergaul dengan jiran tetangga.

37.

Berikut merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali __________.

a)

melantik Perdana Menteri

b)

pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia

c)

menggubal undang-undang negara

d)

Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja

38.

Bendera Malaysia telah diberi nama Jalur Gemilang pada tahun 1997. Siapakah yang

mengisytiharkan nama tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman.

b)

Tun Hussein Onn.

c)

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

d)

Tun Abdullah Ahmad Badawi.

39.

Nyatakan tujuan utama Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada setiap bulan

Oktober.

a)

Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.

b)

Memperkayakan kosa kata bagi nahasa Melayu.

c)

Mengembangkan bahasa Melayu.

d)

Memantap dan membentuk semangat jati diri dalam jiwa orang Melayu.

40.

Berikut adalah alat kebesaran diraja KECUALI ______________.

a)

tali leher kuning

b)

Gandik Raja

c)

Tengkolok Diraja

d)

Muskat

41.

Perlantikan Yang di-Pertuan Agong dibuat oleh ___________.

a)

Perdana Menteri

b)

Majlis Raja - Raja

c)

Rakyat

d)

Menteri Besar

42.

Jata Negara merupakan __________ negara Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.

a)

logo

b)

maskot

c)

identiti

d)

cogan kata

43.

Lima keris yang terdapat pada Jata Negara bermaksud ____________.

a)

lima tahun pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

b)

lima buah negeri yang pernah menjadi Negeri - Negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

lima negeri yang pernah dijajah

d)

lima orang pahlawan melaka yang terkenal iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

44.

Cogan kata yang terdapat pada Jata Negara ialah ___________.

a)

Merdeka!

b)

Sayangi Malaysiaku

c)

Bersekutu Bertambah Mutu

d)

Berkhidmat Setiap Masa

45.

Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia kerana ______________________________.

a)

cantik

b)

dikenali di seluruh dunia

c)

mudah ditanam

d)

murah

46.

Berapa ekor harimaukah yang terdapat pada Jata Negara?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

47.

Bendera di atas ialah bendera negara _________________________.

a)

Brunei

b)

Indonesia

c)

Singapura

d)

Filipina

48.
Semua yang berikut berkaitan dengan ciri-ciri sistem pemerintahan beraja kecuali
a)
raja ialah ketua pemerintahan tertinggi.
b)
raja berkuasa mutlak dalam pemerintahannya.
c)
raja tidak berkuasa dalam menentukan jenis hukuman.
d)
raja dianggap sebagai wakil tuhan di bumi.
49.
Semua negara berikut mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini, kecuali
a)
Brunei
b)
Indonesia
c)
Arab Saudi
d)
Negara Thai
50.
Mengapakah Raja-raja Melayu tidak puas hati dengan perlaksanaan Sistem Residen?
a)
Residen mengagihkan pungutan cukai
b)
Residen memaksa Sultan menerima nasihat
c)
Residen mencampuri adat masyarakat Melayu tradisional
d)
Residen bersikap adil terhadap pemerintah