NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
A. Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B. Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C. Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D. Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?
A. Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
B. Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
C. Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
D. Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan
A
B
C
D
Apakah itu milikan tunggal?
I. Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
IV. Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
A
B
C
D
Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.
A. Mendapat Borang D → membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama
B. Membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D
C. Mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D → membuat pembayaran
D. Mengisi Borang Carian Nama → mengisi Borang A → membuat pembayaran → mendapat Borang D
A
B
C
D
Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?
I. Dapat meningkatkan keuntungan
II. Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III. Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV. Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
A
B
C
D
Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
A. Kilang pakaian
B. Kedai kek dan biskut
C. Loji penapisan minyak
D. Pengeluaran ubat-ubatan
A
B
C
D
Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan…..
A. Antara penduduk luar negara
B. Antara negara dengan negara
C. Antara penduduk dalam negara
D. Antara sempadan sesebuah negara
A
B
C
D
Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.
SKALA PERNIAGAAN
i)X
ii)ANTARABANGSA
Apakah X?
A. Zon
B. Global
C. Negeri
D. Domestik
A
B
C
D
Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?
A. Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B. Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil
C. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
D. Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan tempatan
A
B
C
D
Apakah itu inflasi?
A. Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B. Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C. Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
D. Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
A
B
C
D
Apakah kesan daripada inflasi?
A. Kuasa beli wang meningkat
B. Taraf hidup rakyat meningkat
C. Kos sara hidup semakin meningkat
D. Pendapatan boleh guna meningkat
A
B
C
D
Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan sedemikian?
A. Pekerja kurang bermotivasi
B. Keadaan ekonomi semakin lembap
C. Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D. Kos pengeluaran semakin meningkat
A
B
C
D
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.
Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
Objektif mungkin tidak tercapai
Apakah gaya pengurusan berkenaan?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan
A
B
C
D
Gaya pengurusan yang manakah berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?
A. Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
B. Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
C. Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan
D. Semua orang dewasa dalam sesebuah negara bekerja
A
B
C
D
