NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Primary)
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
1. Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
A. sopan
B. baik
C. rajin
D. taat
2. Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.
A. mabuk
B. bimbang
C. penat
D. takut
3. Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.
A. menyaman
B. memukul
C. menghukum
D. memarahi
4. Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.
A. sesuai
B. cantik
C. cukup
D. lengkap
5. Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu.
moden
panjang
kukuh
indah
6. Sudah saya duga Abu akan datang awal ke sekolah.
jangka
tahu
yakin
sedar
7. Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.
Setokin
Seluar
Capal
Kasut
8. Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris.
habis
laku
lazat
terkenal
9. Datuk telah jatuh sakit setelah mendengar berita kehilangan cucu kesayangannya.
derita
pedih
uzur
perit
10. Air telaga itu telah tercemar.
perigi
tasik
sungai
kolam
11. Cikgu Munah mendidik saya sejak saya di dalam darjah satu.
memerintah
memaksa
mendenda
mangajar
12. Bapa Murni ialah seorang doktor.
askar
guru
tabib
pencuri
13. Adik hitung wang simpanannya di dalam tabung.
kira
buang
kumpul
ambil
14. Budak lelaki itu gali lubang dengan tangannya.
tanam
sumbat
korek
tebuk
15. Baju Salim kotor-bolor.
Kain
Kemeja
Seluar
Stokin
16. Sultan Mahmud sedang beradu dengan lenanya.
makan
duduk
membaca
tidur
17. Almari usang itu diselaputi habuk.
pasir
kotor
debu
asap
18. Rumah buruk itu hampir roboh.
jatuh
condong
rebah
senget
19. Cik Munah pergi ke bandar dengan menaiki kereta.
desa
kota
dusun
kebun
20. Adik tersentak apabila terdengar guruh di langit.
kilat
awan
ribut
guntur
21. Cikgu tetap mengajarkan Matematik ……… banyak pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan itu.
sementara
jangankan
manakala
biarpun
22. ……….. beberapa kali mencuba, dia gagal menjawab soalan itu dengan betul.
Namun
Walaupun
Sedangkan
Bagimanapun
23. ……….kita rajin mengulang kaji pelajaran, kita akan berjaya dengan cemerlang.
Meskipun
Walhal
Jika
Justeru itu
24. ……….dia berusaha, dia menjadi mahir dalam Matematik.
Sesungguhnya
Oleh sebab
Oleh itu
Apabila
25. Keropok …….. itu jangan kau makan.
basi
garing
lemau
usang
26. Tandas yang berbau ….. itu tidak dicuci oleh pekerja sejak dua hari yang lepas.
kusam
kebam
kelat
hancing
27. Ikan darat lebih ……. daripada ikan laut.
hanyir
busuk
liat
hangit
28. Nasi yang ditanaknya semalam sudah ………
basi
busuk
usang
hangit
29. Baju yang dibelinya tahun lepas terlalu …… untuk kakak.
sempit
labuh
lebar
padat
30. Setelah lama menghilang, tiba-tiba dia …. kembali.
terbit
muncul
tampil
keluar
31. Jangan memakai pakaian yang ………… mata.
mencolok
menikam
mencucuk
merodok
32. Bendera itu ……… apabila ditiup angin.
berkocak
bergegar
berbuai
berkibar
33. Lagu Kebangsaan …. ke udara sebaik sahaja Sukan SEA dirasmikan oleh Perdana Menteri.
bersiar
berluncur
berkumandang
berhambur
34. Pemuda berpakaian lusuh itu ……. rantai dari leher kakak.
merenggut
merampas
menyambar
mengambil
35. ………. saya yang menyuruh Azman menconteng dinding ini.
Tidak
Tiada
Bukan
Entah
36. ……….lah, jangan bermenung lagi.
Entah
Biar
Apa
Sudah
37. Entah benar entah …. apa-apa yang diceritakan olehnya tentang diri saya.
bukan
tidak
boleh
mana
38. “………….kerja masing-masing dan ………. mengganggu pelajar lain,” kata Cikgu Abu.
Buat, jangan
Bina, entah
Latih, tiada
Cuba, boleh
39. “………. selamat hari lahir kepada sahabatmu itu,” kata Lim kepada Mei Maggi.
Katakan
Tuliskan
Ucapkan
Nyatakan
40. Sim Keong ………… dilanggar kereta semasa dia melintasi jalan raya itu.
jarang-jarang
sia-sia
nyaris-nyaris
alang-alang
