WorksheetsSejarah KSSM - Siri 4
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Tamadun Mesir Purba terkenal dengan kemajuan binaan bangunan. Antara berikut, yang manakah merupakan tinggalan agung tamadun tersebut?
Sfinks dan Piramid
Piramid dan Zigurat
Zigurat dan Sfinks
Taman Tergantung Babylon dan Piramid
Dalam kepercayaan masyarakat China, bagaimanakah seseorang raja mendapat kuasa pemerintahan?
Dipilih oleh rakyat
Pemerintahan monarki
Mendapat mandat daripada syurga
Memperoleh kebenaran daripada golongan agama
Apakah bukti kepesatan bidang pertanian Tamadun Huang He?
Pembinaan terusan dan penggunaan baja kimia
Penciptaan penyisir tanah dan pembinaan terusan
Pengenalan teknologi pembajakan dan pembinaan terusan
Pengenalan teknologi pembajakan dan penciptaan penyisir tanah
Gambar menunjukkan tapak bandar terancang dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor kejayaan pembinaan bandar terancang tersebut?
Mencipta sistem mengukur berat dan panjang yang tepat
Melaksanakan undang-undang yang ketat
Mengamalkan cara hidup beragama
Mementingkan kebersihan bandar
Dalam Tamadun Yunani, setiap polis mempunyai kawasan lapang yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam.
Kawasan ini dikenali sebagai...
Akueduk
Agora
Acropolis
Amfiteater
Apakah kegiatan ekonomi penduduk kampung Tamadun Yunani yang tinggal di luar kawasan acropolis?
Pelayaran
Perdagangan
Pentadbiran
Penternakan
Mengapakah penduduk Yunani bertanggungjawab menjaga hak dan kepentingan setiap polis?
Merupakan pusat pentadbiran
Menjaga keselamatan negara kota
Merupakan tanah suci kurniaan dewa
Menjadi kawasan pertanian dan penternakan
Rajah berikut merupakan proses perkembangan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens.
Aristokrasi ⟶ Tirani ⟶ X
Apakah X?
Oligarki
Monarki
Republik
Demokrasi
Maklumat berikut menerangkan perkembangan sistem demokrasi di Athens:
"Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa"
Apakah sistem pemerintahan tersebut?
Tirani
Oligarki
Monarki
Aristokrasi
Maklumat berikut berkaitan dengan Dewan Perhimpunan di Athens:
⟹ Anggotanya terdiri daripada semua warganegara lelaki
⟹ Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi Dewan Perhimpunan?
Mengendalikan jabatan kerajaan
Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis
Membuat deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens
Menguruskan hal ehwal percukaian, pendidikan dan sebagainya
Gambar menunjukkan batu bersurat dari kerajaan Srivijaya. Batu Bersurat tersebut menunjukkan bahawa...
Masyarakat Srivijaya menggunakan bahasa Melayu yang mendapat pengaruh daripada bahasa Sanskrit
Raja Srivijaya telah menggubal undang-undang
Bukti keagungan kerajaan Srivijaya
Bukti bahawa Srivijaya sebagai pusat perkembangan agama Buddha
Berikut adalah sungai dalam kerajaan Alam Melayu:
- Sungai Mekong
- Sungai Musi
- Sungai Bengawan Solo
Bagaimanakah kerajaan Alam Melayu memanfaatkan sungai tersebut?
Membina empangan
Menjadi pusat perdagangan
Membina pusat pemerintahan
Menjalankan kegiatan pertanian
Berikut adalah antara senarai epik India yang terkenal:
- Ramayana
- Mahabharata
Apakah kepentingan karya tersebut dalam kerajaan Alam Melayu?
Sebagai bahan kajian oleh sarjana
Sebagai asas perundangan
Mempengaruhi kesusasteraan
Menjadi bahan khazanah istana
Tulisan Palava dan Kawi berasal dari India.
Apakah kepentingan tulisan tersebut dalam kerajaan Alam Melayu?
Mengarang kitab agama
Menghasilkan tulisan rumi
Mengambil alih sistem tulisan Jawi
Medium tulisan bahasa tempatan dan Sanskrit
Bagaimanakah Sistem Kerah dilaksanakan semasa Kesultanan Melayu Melaka?
Menyediakan buruh untuk membina istana
Menjadi hamba secara sukarela
Menjana ekonomi negeri dengan memberi sumbangan tertentu
Mengutip cukai dan hasil sebagai penghargaan
Apakah peranan ulama dari Timur Tengah dan India dalam perkembangan Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Mengajar Islam di istana
Membina masjid dan madrasah
Mengembangkan ajaran tasawuf dan sufi
Menjalankan dakwah Islamiyah
Apakah bentuk hubungan yang terjalin di antara kerajaan berikut?
- Melaka
- Demak
Naungan
Hasil penaklukan
Dasar kepentingan bersama
Pengiktirafan dan perlindungan
Mengapakah pentadbiran oleh pembesar-pembesar Melaka menjadi lemah menjelang pertengahan abad ke-16?
Perbalahan sesama sendiri
Kedatangan kuasa Barat
Hilang kuasa mentadbir
Tidak mendapat sokongan rakyat
Pernyataan di bawah menunjukkan dua keturunan yang memerintah Johor:
Kesultanan Johor Riau:
- Warisan Kesultanan Melayu Melaka
- Warisan X
Siapakah X?
Raja Haji
Raja Kechil
Laksamana Tun Abdul Jamil
Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Mengapakah berlaku konflik di antara kedua-dua pihak yang berikut?
- Bendahara Tun Habib Abdul Majid
- Laksamana Tun Abdul Jamil
Pengaruh kuasa Belanda
Hasutan daripada pedagang Gujerat
Bagi menguasai tampuk pemerintahan
Bagi menguasai perdagangan di pelabuhan
Maklumat berikut merujuk kepada pengurusan pelabuhan Kesultanan Johor Riau yang mendapat perhatian pedagang asing:
Sistem Naungan ⟶ Surat Kebenaran daripada Belanda
Perdagangan bebas cukai
Belayar tanpa gangguan di Selat Melaka
Mendapat layanan istimewa daripada pembesar
Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Belanda
Berikut menunjukkan Residen British yang pertama di Negeri-negeri Melayu:
Perak: J.W.W. Birch
Selangor: J.G. Davidson
Pahang: J.P. Rodger
Negeri Sembilan: Martin Lister
Apakah peranan penting mereka di negeri-negeri berkenaan?
Menasihati sultan berkaitan hal ehwal pentadbiran
Membawa masuk pelabur-pelabur dari luar
Menjaga keselamatan penduduk tempatan
Melindungi rakyat British
X - Sistem Residen 1874
Y - Persekutuan 1896
Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya perubahan dari X ke Y?
Perubahan dasar British
Kelemahan Sistem Residen
Kemelesetan ekonomi dunia
Permintaan penduduk tempatan
Berikut menunjukkan perkembangan yang berlaku di negara kita:
1826 - Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS)
1896 - Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Apakah iktibar daripada perkembangan tersebut?
Rajin berusaha
Pentingnya perpaduan
Berwaspada terhadap kuasa asing
Semangat kepemimpinan yang tinggi
Pada tahun 1896, negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan. Apakah kesan pembentukan Persekutuan 1896?
Kemajuan ekonomi terbantut
Kemasukan imigran berkurangan
Kekacauan dalam negeri ditamatkan
Kemerosotan kuasa pemerintah tempatan
Senarai berikut berkaitan dengan sejarah Sarawak:
- Sawaku
- Kalaka
- Melano
Senarai tersebut merujuk kepada...
Suku kaum
Nama sungai
Kerajaan Melayu
Wakil Kesultanan Brunei
Berikut berkaitan dengan gelaran ketua suku kaum di Sarawak:
Suku Kaum - Gelaran Ketua
Kenyah - Peran Lepo
Iban - Tuai Rumah
Bidayuh - X
Apakah X?
Menteri
Penghulu
Tua Kapung
Kelunan Maren
Perjanjian berikut ditandatangani oleh James Brooke dengan pemerintah tempatan:
- Perjanjian 1841 antara James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim.
- Perjanjian 1842 antara James Brooke dengan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin.
Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?
James Brooke diiktiraf sebagai pemerintah Sarawak
James Brooke bersetuju memberi bantuan ketenteraan
Kekuasaan Sultan Brunei bermula di Sarawak
James Brooke memonopoli hasil bumi di Sarawak
Mengapakah Dinasti Brooke melibatkan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran Sarawak?
Dasar amanah
Dasar pecah dan perintah
Mengelakkan pertelingkahan
Mewujudkan perpaduan antara kaum
Berikut menunjukkan pentadbiran berasaskan kaum di Sarawak semasa pemerintahan Dinasti Brooke:
Melayu - Pentadbiran
Cina - Ekonomi
Iban - X
Apakah X?
Kesihatan
Pendidikan
Ketenteraan
Perhubungan
