Font size
WorksheetsKSPK 2017
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Pilih tunjang yang tidak terdapat dalam KSPK
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sastera dan Kerohanian
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Fizikal dan Estetika
Memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Di atas merupakan :
Matlamat KSPK
Objektif KSPK
Fokus KSPK
Visi dan Misi KSPK
Pilih kenyataan yang SALAH mengenai objektif KSPK
Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
Melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan mengikut tahap murid
Berikut merupakan maksud kerangka KSPK. Pilih yang tidak berkenaan.
Komunikasi – pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Fizikal dan Estetika – pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Sains dan Teknologi – Pengetahuan dan kemahiran matematik
Kemanusiaan – penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Pilih kenyataan yang betul mengenai pembelajaran bersepadu
Perbualan awal : 80 minit seminggu
Rehat : 150 minit seminggu
Aktiviti Penutup : 60 minit seminggu
Matematik Awal : 60 minit seminggu
Berapakah strategi PdP yang terdapat dalam KSPK?
6
7
8
9
Berikut merupakan strategi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam KSPK, kecuali
Belajar Melalui Bermain
Pembelajaran Berpusatkan Murid
Pembelajaran Fizikal
Pembelajaran Masteri
Pilih standard yang TIDAK terdapat dalam DSKP-KSPK.
Standard Prestasi
Standard Pengukuhan
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Apakah peranan DSKP di dalam melaksanakan sistem pembelajaran dan proses pentaksiran ?
Guru mudah melihat dan menilai setiap perkembangan kanak-kanak dalam aspek fizikal, sosial, jasmani dan intelektual
Guru boleh mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui standard pembelajaran
Membantu memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP
Membantu memudahkan guru dalam merancang standard pembelajaran yang berkesan
Pilih tafsiran Tahap Penguasaan secara umum yang tepat.
Tahap 1 : Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu
Tahap 2 : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Tahap 3 : Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu dalam situasi baharu atau secara kreatif dengan tertib atau beradab.
Tahap 2 : Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan tugasan yang diberikan atau memberi respons terhadap perkara asas.
Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai Bahasa Instructional sekurang-kurangnya ______ di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
400 minit seminggu
500 minit seminggu
600 minit seminggu
800 minit seminggu
Aktiviti ini merangkumi perbualan awal, rehat dan penutup.
Aktiviti PdP
Aktiviti Rutin
Pembelajaran Bersepadu
Pembelajaran Berpusatkan Murid
Pilih yang mana adalah Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kelestarian Alam Sekitar
Pendidikan Islam
Penjagaan Flora dan Fauna
Patriotisme
Proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru.
Kenyataan di atas merujuk kepada:
Pentaksiran Sekolah
Standard Kandungan
Elemen Merentas Kurikulum
Pembelajaran Bersepadu
Perkembangan awal kanak-kanak meliputi elemen berikut kecuali :
Sosio Emosi
Fizikal
Literasi Awal
Matematik Awal
Aktiviti Luar diperuntukkan masa selama..
60 minit seminggu
120 minit seminggu
150 minit seminggu
100 minit seminggu
Pilih penyataan yang betul mengenai Standard Prestasi:
Tahap 2 : Boleh mendengar tetapi tidak memberi respons.
Tahap 2 : Boleh mendengar, memahami dan memberi pelbagai respons dengan bertatasusila.
Tahap 1 : Boleh mendengar tetapi tidak memberi respons.
Tahap 1 : Boleh mendengar dan memberi respons.
Apakah yang dimaksudkan dengan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK)?
Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan
Kesediaan murid dalam memahami pembelajaran yang disediakan oleh guru
Tahap prestasi murid semasa dalam tahun pentaksiran
Tahap perkembangan murid yang merangkumi enam Tunjang dalam KSPK dan kesediaan murid ke tahun satu
Jumlah minit perbualan awal dalam seminggu adalah :
150 minit
120 minit
100 minit
80 minit
Standard Pembelajaran adalah :
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan
Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
Tahap perkembangan murid yang merangkumi enam Tunjang dalam KSPK
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
