wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 4 - 5

Total questions: 40

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.

Lapisan atmosfera yang manakah penting dalam perkembangan sistem telekomunikasi?

a)

Stratosfera

b)

Mesosfera

c)

Troposfera

d)

Termosfera

2.

Apakah bentuk muka bumi yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?


  • · Terbentuk akibat pemisahan plat
  • · Berbentuk V yang sempit dan dalam
a)

Arka pulau

b)

Pentas benua

c)

Jurang lautan

d)

Cangkat benua

3.

Apakah kepentingan luluhawa kimia kepada ekonomi Malaysia?

a)

Menghasilkan batu granit untuk sektor pembinaan

b)

Membentuk gua batu kapur sebagai lokasi pelancongan

c)

Menghasilkan garam akibat proses penghabluran garam

d)

Mempercepatkan aktiviti kuari dengan pemecahan bongkah

4.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kemusnahan terumbu karang?

a)

Mewartakan taman laut

b)

Mengubah laluan kapal

c)

Menempatkan tukun tiruan

d)

Menggalakkan penggunaan kelong

5.

Apakah kejadian apabila pancaran matahari tegak di garisan Sartan pada 21 Jun?

a)

Musim Luruh di Hemisfera Selatan

b)

Kutub Selatan mengalami siang 24 jam

c)

Mengalami siang dan malam sama panjang

d)

Waktu siang lebih panjang di Hemisfera Utara

6.

Jadual 1 menunjukkan suhu tahunan bagi stesen P.


Berapakah julat suhu tahunan di stesen P?

a)

11°C

b)

22°C

c)

27°C

d)

33°C

7.

Maklumat berikut adalah kesan fenomena cuaca dan iklim.


  • · Pencairan ais di kutub
  • · Peningkatan aras laut

Mengapakah berlakunya kesan fenomena cuaca dan iklim tersebut?

a)

Kemarau

b)

Hujan asid

c)

Pulau haba

d)

Kesan rumah hijau

8.

Jadual 2 menunjukkan min suhu tahunan dua lokasi di Malaysia.


Mengapakah berlaku perbezaan min suhu tahunan di dua lokasi tersebut?

a)

Pengaruh kelautan

b)

Tiupan angin monsun

c)

Ketinggian muka bumi

d)

Kedudukan garisan lintang

9.

Peta 1 menunjukkan kawasan petempatan di Malaysia.


Mengapakah kerajaan membangunkan kawasan berlorek dalam Peta 1?

a)

Membasmi kemiskinan

b)

Membekalkan sumber air bersih

c)

Menjamin keselamatan penduduk

d)

Mewujudkan kemudahan komunikasi

10.

Bagaimanakah aktiviti penyahutanan memberi kesan terhadap kepelbagaian biologi?

a)

Peningkatan kelembapan udara

b)

Kepupusan spesies hidupan liar

c)

Peningkatan suhu setempat

d)

Kejadian hakisan tanih

11.

Foto 1 menunjukkan aktiviti ekonomi di Malaysia.


Apakah kesan aktiviti tersebut terhadap alam sekitar?

a)

Penipisan lapisan ozon

b)

Suhu setempat meningkat

c)

Kejadian tanah runtuh

d)

Jerebu

12.

Foto 2 menunjukkan satu spesies hidupan liar di Malaysia.


Mengapakah spesies hidupan liar tersebut perlu dikekalkan dalam hutan di Malaysia?

a)

Sumber tarikan pelancong

b)

Bertindak sebagai pengeluar

c)

Mengawal hutan daripada diceroboh

d)

Memelihara keseimbangan ekosistem hutan

13.

Kawasan berlorek dalam Peta 2 adalah kawasan tumbuh-tumbuhan semula jadi.


Apakah faktor yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tersebut?

a)

Ketinggian bentuk muka bumi

b)

Kelembapan udara

c)

Taburan hujan

d)

Suhu stabil

14.

Foto 3 menunjukkan spesies tumbuhan semula jadi di Malaysia.


Apakah usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi kepupusan tumbuhan semula jadi tersebut?

a)

Mewartakan hutan simpan

b)

Mewujudkan ladang hutan

c)

Melaksanakan penghutanan semula

d)

Melakukan penyelidikan dan pembangunan

15.

Mengapakah hutan di kawasan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei?

a)

Tekanan udara tinggi

b)

Proses fotosintesis aktif

c)

Kadar kelembapan tinggi

d)

Mengurangkan kehilangan air

16.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan konsep penduduk optimum?

a)

Jumlah penduduk melebihi sumber alam

b)

Jumlah penduduk kurang daripada sumber alam

c)

Jumlah penduduk seimbang dengan sumber alam

d)

Jumlah kelahiran penduduk melebihi sumber alam

17.

Berikut adalah kadar perubahan penduduk negara R.

Berapakah kadar pertumbuhan penduduk di negara R?

a)

1.7%

b)

2.2%

c)

2.7%

d)

3.4%

18.

Apakah kesan yang timbul akibat migrasi antarabangsa ke Malaysia?

a)

Pasaran barangan meluas

b)

Taraf kesihatan meningkat

c)

Kadar kelahiran berkurangan

d)

Peluang pekerjaan bertambah

19.

Graf 1 menunjukkan piramid penduduk sebuah negara.

Apakah kesan struktur dan komposisi penduduk dalam piramid di atas terhadap pembangunan negara tersebut?

a)

Taraf kesihatan tinggi

b)

Pasaran barangan luas

c)

Bekalan buruh ramai di pasaran

d)

Peluang pekerjaan bertambah

20.

Berikut adalah lokasi petempatan di Malaysia.


  • · Wilayah Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • · Wilayah Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Apakah aktiviti ekonomi yang dapat dikaitkan dengan petempatan tersebut?

a)

Pertanian

b)

Perikanan

c)

Pelancongan

d)

Perlombongan

21.

Foto 4 menunjukkan petempatan di Malaysia.

Apakah kesan perkembangan petempatan tersebut terhadap fenomena cuaca?

a)

Hujan asid

b)

Pulau haba

c)

Kesan rumah hijau

d)

Penipisan lapisan ozon

22.

Kawasan manakah yang mengalami proses pembandaran yang lebih pesat?

a)

Pusat pendidikan

b)

Kawasan pertanian

c)

Pelabuhan perikanan

d)

Kawasan perindustrian

23.

Apakah faktor perkembangan bandar berikut?


  • · Sintok, Kedah
  • · Serdang, Selangor
a)

Berhampiran pelabuhan kontena

b)

Terdapat pusat pengajian tinggi

c)

Pusat pengumpulan hasil pertanian

d)

Tumpuan kegiatan perlombongan bijih timah

24.

Mengapakah kebanyakan petempatan luar bandar wujud di lembah sungai?

a)

Tanah subur

b)

Sumber mineral

c)

Keselamatan terjamin

d)

Kekurangan teknologi

25.

Kawasan X dan kawasan Y dalam Foto di tersebut merupakan lokasi petempatan.


Antara berikut, yang manakah sumbangan Kawasan X kepada Kawasan Y?

a)

Menyediakan pasaran

b)

Membekalkan tenaga buruh

c)

Membekalkan bahan mentah

d)

Menyediakan peluang pekerjaan

26.

Mengapakah bandar-bandar di Malaysia tidak mencapai hierarki sebagai Megalopolis?

a)

Keluasan terhad

b)

Jumlah penduduk kurang 10 juta

c)

Kegiatan ekonomi tidak pelbagai

d)

Kekurangan kemudahan pengangkutan

27.

Apakah kesan proses urbanisasi kepada alam sekitar fizikal di Malaysia?

a)

Migrasi meningkat

b)

Kesesakan lalu lintas

c)

Perubahan landskap bandar

d)

Peningkatan kadar jenayah

28.

Apakah ciri kependudukan di negara yang mengalami situasi kurang penduduk?

a)

Taraf hidup tinggi

b)

Taraf teknologi rendah

c)

Kadar kelahiran tinggi

d)

Peluang pekerjaan kurang

29.

Mengapakah sungai masih lagi penting sebagai jalan pengangkutan di Sabah dan Sarawak?

a)

Tidak tercemar

b)

Jaringan jalan raya terhad

c)

Darjah ketersampaian tinggi

d)

Merupakan pengangkutan tradisi

30.

Apakah langkah untuk mengurangkan masalah setinggan di bandar-bandar besar?

a)

Pembinaan rumah kos rendah

b)

Guna tanah secara maksimum

c)

Menambahkan peluang pekerjaan

d)

Meningkatkan kemudahan kesihatan

31.

Apakah sumbangan perkembangan jaringan lebuh raya kepada perkembangan ekonomi?

a)

Pasaran barangan luas

b)

Mencantikkan landskap

c)

Mobiliti penduduk tinggi

d)

Darjah ketersampaian tinggi

32.

Mengapakah jaringan jalan raya padat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia?

a)

Pengangkutan udara terhad

b)

Kos pembinaan lebih murah

c)

Tumpuan bandar-bandar besar

d)

Terlindung tiupan angin monsun

33.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembinaan terowong di Lebuh Raya Utara-Selatan?

a)

Kawasan pergunungan

b)

Dilitupi hutan tebal

c)

Tarikan pelancong

d)

Pencemaran udara

34.

Lokasi X dan Y dalam Peta 3 adalah lokasi petempatan di Malaysia.

Mengapakah lokasi tersebut menjadi tumpuan penduduk?

a)

Kawasan pertanian ladang

b)

Bandar pentadbiran negeri

c)

Bandar pelabuhan kontena

d)

Lokasi perindustrian petrokimia

35.

Bagaimanakah sistem telekomunikasi moden dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara?

a)

Memajukan sistem pendidikan

b)

Meningkatkan taraf kesihatan penduduk

c)

Meningkatkan tahap keselamatan negara

d)

Meluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa

36.

Peta 4 menunjukkan kawasan berpenduduk padat.

Mengapakah kawasan berlorek P dan Q berpenduduk padat?

a)

Kawasan bebas cukai

b)

Kawasan perlombongan bijih timah

c)

Terdapat bandar pentadbiran negeri

d)

Kewujudan lapangan terbang antarabangsa

37.

Apakah maksud konsep darjah ketersampaian tinggi?

a)

Jalan raya berkualiti

b)

Kos perjalanan rendah

c)

Masa perjalanan singkat

d)

Kawasan mudah dihubungi

38.

Apakah kepentingan pengangkutan awam tersebut di Lembah Klang?


  • · KL Monorel
  • · Transit Aliran Ringan (LRT)
a)

Mengangkut barangan

b)

Mengurangkan kemalangan

c)

Mengurangkan pencemaran udara

d)

Meningkatkan kemasukan buruh asing

39.

Jadual 3 menunjukkan peratus pertumbuhan penduduk negara R.


Mengapakah berlakunya perubahan peratus pertambahan penduduk negara tersebut?

a)

Emigrasi tinggi

b)

Kos hidup tinggi

c)

Wanita berkerjaya

d)

Taraf pendidikan rendah

40.

Apakah kesan penerokaan kuari kepada alam sekitar?

a)

Mencemarkan alam

b)

Risiko tanah runtuh

c)

Peningkatan suhu

d)

Pembiasan angin