WorksheetsKata Kerja Tak Transitif
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1) Nyatakan jenis-jenis Kata Kerja Tak transitif.
Aktif
Berpelengkap
Pasif
Tanpa Pelengkap
2) Kata Kerja yang tidak memerlukan apa-apa pelengkap
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja Aktif
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
3) Nyatakan pernyataan yang betul mengenai Kata Kerja Tak Transitif
Boleh dipasifkan
Tidak boleh dipasifkan
Terdiri daripada Berpelengkap dan Tanpa Pelengkap
Perlu mempunyai imbuhan
4) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif)
Semua murid bangun apabila guru masuk ke kelas
Guru memanggil murid-murid yang berada di kantin.
Ayah membaiki basikal adik yang rosak
Ayah membeli basikal yang baru
5) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif)
Guru kelas melantik Adam sebagai ketua bilik darjah
Musim kemarau kini melanda kolej saya.
Azrai suka berbual ketika guru mengajar
Pengetua merasmikan program bulan bahasa itu.
6) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap)
Guru bahasa Melayu itu menghadiahi saya sebuah buku
Saya suka mengarang diari sejak kecil
Kesihatan rakan saya beransur pulih
Senyuman guru bahasa Melayu itu mengindahkan hari-hari saya
7) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap)
Saya suka tinggal di asrama
Saya menangis kerana guru saya tidak memberikan latihan yang banyak
Saya selalu bangun awal untuk mengulang kaji pelajaran.
Para pelajar sedang bergotong-royong membersihkan bilik bahasa.
8) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap)
Bendera Malaysia berkibaran dengan megah di kejohanan olimpik dunia.
Para guru terpegun melihat bakat inovasi pelajar KV Kuala Klawang.
Hati ayah menjadi sayu apabila menerima dan membaca slip keputusan peperiksaanku yang cemerlang.
Adik memberontak apabila ayah tidak membelikannya basikal baharu.
9) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap)
Orang tua itu tidur hanya berselimutkan kain perca sahaja.
Para penghuni asrama sebulat suara tidak mahu pulang ke rumah kerana mahu mengulang kaji pelajaran bersama rakan.
Kebanyakan pelajar KVKK berasal dari Selangor.
"Bolehkah saya menuju ke hati cikgu?" gurau pelajar itu terhadap gurunya.
10) Contoh ayat (Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap)
Disebabkan guru itu selalu memberikan motivasi, kesedaran murid untuk belajar semakin bertambah.
Para pelajar KVKK suka berbuat baik dengan guru kerana mereka mahukan keberkatan dalam menuntut ilmu.
Pelajar asrama tercengang melihat kehandalan warden bermain ping pong.
Para pelajar akan singgah di surau untuk menunaikan solat zohor sebelum pergi ke kelas.
