Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Faham Ibadah 2019

Total questions: 107

Worksheet time: 2hrs 47mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan perkara wajib haji?

a)

Tawaf ifadah

b)

Niat ihram haji

c)

Niat ihram di miqat

d)

Wukuf di Padang Arafah

2.

Di antara hikmah fasakh kepada isteri ialah


I memberi peluang kepada isteri menuntut fasakh

II memberi peluang kepada isteri melakukan apa yang disukai

III menyelamatkan akidah isteri daripada suami yang murtad

IV memberi peluang kepada isteri menuntut pembatalan perkahwinan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

3.

Di antara perkara yang membatalkan syarikat ialah


I salah seorang rakan kongsi sakit tenat

II hilang kelayakan seperti gila yang berterusan

III syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi

IV salah seorang rakan kongsi berhijrah ke luar negara

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

4.

Aminah memotong rambutnya ketika dalam ihram haji.


Apakah implikasi perbuatan tersebut terhadap ibadah hajinya?

a)

Hajinya sah tetapi wajib membayar dam

b)

Hajinya sah dan tidak wajib membayar dam

c)

Hajinya tidak sah tetapi wajib membayar dam

d)

Hajinya tidak sah dan tidak wajib membayar dam

5.

Wajib umrah :

  • R
  • Meninggalkan larangan semasa ihram


R ialah

a)

tawaf di Baitullah

b)

berniat ihram di miqat

c)

bermalam di Muzdalifah

d)

melontar di Jamratul Aqabah

6.

Antara kelebihan mengerjakan haji ifrad ialah

a)

tidak perlu bayar dam

b)

masa dalam ihram lebih singkat

c)

memberi masa rehat yang panjang

d)

dapat menyempurnakan ibadah haji lebih cepat

7.

Jabatan Kastam membeli tiga ekor anjing pengesan.


Hukum jual beli di atas ialah

a)

harus

b)

haram

c)

makruh

d)

tidak sah

8.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadah korban

a)

Sunat diberi daging setelah dimasak manis

b)

Ibadat yang dilakukan sebelum solat hari raya haji

c)

Haram dagingnya dimakan oleh orang yang berkorban

d)

Sepertiga daripada daging korban diberi kepada fakir miskin

9.

Situasi :

  • Sihat tubuh badan
  • Khuatir melakukan maksiat
  • Mampu menunaikan nafkah zahir dan batin


Hukum perkahwinan berdasarkan situasi di atas ialah

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

10.

"Aku talakkan engkau dengan bayaran RM1000"


Ungakapan di atas berkaitan dengan

a)

zihar

b)

taklik

c)

khuluk

d)

fasakh

11.

Berikut merupakan implikasi sumpah li'an terhadap suami dan isteri kecuali

a)

perkahwinan terbatal

b)

suami dilepaskan daripada hukuman qazaf

c)

haram berkahwin semula buat selama-lamanya

d)

isteri berhak menuntut fasakh anak yang dinafikan nasabnya

12.

Seorang suami berkata kepada isterinya,


"Belakang awak sama seperti belakang ibu saya"


Dialog di atas merujuk kepada

a)

taklik

b)

zihar

c)

talak

d)

fasakh

13.

Antara yang berikut, bandingan haji dan umrah yang manakah benar?


I Haji : Dilakukan pada masa tertentu, Umrah : Boleh dilakukan pada bila-bila masa

II Haji : Ada wukuf, Umrah : Tiada wukuf

III Haji : Dam dikenakan pada kesalahan haji sahaja, Umrah : Tidak dikenakan dam

IV Haji : Ada tawaf widak, Umrah : Tiada tawaf widak

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

14.

Barang telah rosak

Tidak menepati syarat


Pernyataan di atas mengakibatkan sewaan

a)

tidak halal

b)

tamat kontrak

c)

tidak perlu dibayar

d)

tertangguh bayaran

15.

Gambar di bawah menunjukkan satu urusan jual beli


Nyatakan rukun jual beli yang terdapat dalam rajah di atas

a)

Menutup aurat

b)

Melakukan akad

c)

Meletakkan tanda harga

d)

Menggunakan alat penimbang

16.

Selain ahli, rukun syarikat ialah

a)

bayaran dan barang

b)

modal dan barang

c)

barang dan akad

d)

modal dan akad

17.

Antara pernyataan yang berikut yang manakah syarat-syarat saham diharuskan dalam Islam?


I Simpanan dalam bank konvensional

II Dividen ditentukan secara tetap

III Bebas daripada unsur riba'

IV Tiada unsur spekulasi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

18.

Suami berkata kepada isterinya yang masih dalam idah raj'i :


I Abang rujuk Siti

II Baliklah ke rumah abang

III Abang ambil Siti kembali

IV Abang rujuk jika Siti sudi


Berdasarkan situasi di atas, pernyataan yang manakah menunjukkan lafaz kinayah (sindiran)?

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

19.

Daripada Abu Hurairah r.a : Sabda Rasulullah SAW : Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, dia enggan, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah, para malaikat melaknatnya hingga ke subuh.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Petikan hadis di atas berkaitan dengan

a)

nusyuz

b)

fasakh

c)

talak

d)

zihar

20.

Rajah di bawah menunjukkan susunan perpindahan hak hadhanah (penjagaan anak) sekiranya ibu hilang kelayakan.


Nenek sebelah ibu

Bapa

X


X adalah mewakili

a)

Datuk

b)

Nenek sebelah bapa

c)

Saudara perempuan seibu

d)

Saudara perempuan seibu sebapa

21.

Seseorang wanita haram dikahwini disebabkan hubungan penyusuan


Antara syarat pengharaman hubungan tersebut ialah

a)

mempunyai hubungan kekeluargaan

b)

umur kanak-kanak melebihi dua tahun

c)

wanita yang menyusukan itu telah berkahwin

d)

menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang

22.

Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.


Pernyataan di atas ialah pengertian

a)

haji

b)

tawaf

c)

umrah

d)

miqat

23.

Berada di Arafah

Gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah


Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat

a)

wukuf

b)

bercukur

c)

niat ihram

d)

melontar jamrah

24.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat sai.

a)

Hajinya sah tetapi dikenakan dam jika meninggalkannya

b)

Wajib mempunyai wuduk apabila mengerjakannya

c)

Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah

d)

Wajib masuk ke tempat sai melalui pintu Safa

25.

Isteri dalam idah kerana kematian suami dilarang melakukan perkara-perkara berikut kecuali

a)

berkahwin dengan lelaki lain

b)

berhias diri semasa di dalam dan di luar rumah

c)

menerima pinangan yang dilakukan secara terang

d)

keluar rumah kerana keperluan yang dibenarkan syarak

26.

Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah walimatulurus?

a)

Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT

b)

Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah

c)

Melambangkan rasa kasih sayang antara suami isteri

d)

Menggambarkan kegembiraan atas ikatan perkahwinan

27.

Rajah di bawah merujuk kepada hutang dalam Islam.


P :

Penerima

Pemberi

Barang

Sighah (Akad)


P ialah

a)

ciri

b)

rukun

c)

hikmah

d)

syarat sah

28.

Pilih susunan wali nikah yang betul.

a)

Bapa - Datuk - Bapa saudara sebelah ibu

b)

Bapa - Datuk - Saudara lelaki seibu sebapa

c)

Datuk - Bapa - Bapa saudara seibu sebapa

d)

Datuk - Bapa - Saudara lelaki sebapa

29.

Antara yang berikut yang manakah perkara wajib haji?

a)

Bercukur

b)

Niat ihram

c)

Niat ihram di miqat

d)

Wukuf di Padang Arafah

30.

Antara syarat sah sai dalam ibadat haji mestilah dilakukan selepas

a)

bermalam di Mina

b)

bermalam di Muzdalifah

c)

melontar di jamrah

d)

tawaf ifadah

31.

Antara yang berikut yang manakah merupakan perkara sunat haji?


I Solat dua rakaat sebelum berniat ihram

II Memakai pakaian ihram berwarna putih

III Berniat ihram haji di miqat yang ditentukan

IV Berada di Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

32.

Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak.


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian

a)

nusyuz

b)

khuluk

c)

zihar

d)

li'an

33.

Antara yang berikut yang manakah susunan yang betul mengenai adab mendidik isteri yang derhaka?

a)

Memberi nasihat - Memukul bertujuan mendidik - Mengasingkan tempat tidur

b)

Mengasingkan tempat tidur - Memukul bertujuan mendidik - Memberi nasihat

c)

Memukul bertujuan mendidik - Mengasingkan tempat tidur - Memberi nasihat

d)

Memberi nasihat - Mengasingkan tempat tidur - Memukul bertujuan mendidik

34.

Perceraian antara suami isteri yang dikaitkan dengan bayaran tertentu ialah

a)

li'an

b)

nusyuz

c)

khuluk

d)

fasakh

35.

Encik Abu menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci.


Nama jenis talak bagi situasi di atas

a)

Ba'in

b)

Raj'i

c)

Sunni

d)

Bid'i

36.

Perkara wajib umrah :

Meninggalkan larangan semasa ihram

R


R ialah

a)

tawaf di Baitullah

b)

berniat ihram di miqat

c)

bermalam di Muzdalifah

d)

melontar di jamrah Aqabah

37.

Antara yang berikut yang manakah perkara-perkara yang membatalkan syarikat?


I Seorang rakan kongsi sakit tenat

II Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan

III Syarikat dibatalkan oleh seorang rakan kongsi

IV Seorang daripada rakan kongsi berhijrah ke luar negara

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

38.

X :

Memberi kelapangan dan keselesaan kepada jemaah haji

Mengambil masa yang singkat untuk mengerjakan haji dan umrah


X ialah kelebihan mengerjakan haji

a)

Ifrad

b)

Qiran

c)

Badal

d)

Tamattuk

39.

Memulakan penghidupan bayi dengan penghayatan Islam

Tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah

a)

tahnik

b)

akikah

c)

bercukur

d)

berkhatan

40.

X :

Boleh berlaku penceraian

Boleh dipukul dengan tujuan mendidik


X merujuk kepada akibat

a)

nusyuz

b)

khuluk

c)

fasakh

d)

talak

41.

Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri

Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

meminang

b)

mas kahwin

c)

pernikahan

d)

walimatulurus

42.

Tujuan utama perkahwinan perlu mengikut syariat Islam ialah untuk

a)

memelihara maruah

b)

mendapat ganjaran pahala

c)

menjamin perkahwinan itu sah

d)

merapatkan hubungan silaturrahim

43.

Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan

Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah

a)

idah

b)

rujuk

c)

talak

d)

fasakh

44.

Encik Sulaiman telah menziharkan isterinya.


Berikut ialah kifarah yang boleh dikenakan terhadapnya kecuali

a)

memerdekakan seorang hamba mukmin

b)

memberi makan 60 orang miskin

c)

berpuasa dua bulan berturut-turut

d)

bertaubat nasuha kepada Allah SWT

45.

Hukum asalnya sunat tetapi menjadi wajib dalam keadaan tertentu.

Menangguhkan bayaran hukumnya haram jika mampu.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

sewa

b)

saham

c)

hutang

d)

gadaian

46.

Berikut ialah rukun gadaian kecuali

a)

ijab dan qabul

b)

barang gadaian

c)

pemegang gadaian

d)

penggadai menjelaskan hutang

47.

Antara yang berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

a)

Niat ihram di miqat

b)

Melontar ketiga-tiga jamrah

c)

Wukuf di Padang Arafah

d)

Bermalam di Muzdalifah

48.

Antara yang berikut yang manakah larangan ketika ihram khusus bagi wanita?

a)

Memburu binatang darat

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

Memakai minyak rambut di kepala

d)

Menutup muka dan dua tapak tangan

49.

Berikut adalah merupakan muamalat yang dibenarkan dalam Islam kecuali


I sewa

II riba

III gharar

IV gadaian

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

50.

Hukum asal memberi hutang dalam Islam ialah

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

makruh

51.

Berikut perkara-perkara yang dilarang semasa idah bagi perempuan yang kematian suami kecuali

a)

bekerja

b)

bertunang

c)

berkahwin

d)

berhias diri

52.

Berikut ialah hikmah diadakan larangan ihram kecuali

a)

melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin

b)

menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh

c)

memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain

d)

menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah SWT

53.
  • Melahirkan sifat kerjasama dan rasa kasih sayang sesama insan.
  • Memberi jaminan kepada pemberi hutang.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

syarat sah gadaian

b)

proses gadaian

c)

kesan gadaian

d)

hikmah gadaian

54.

Binatang al-An'am :

Kerbau

Unta

Biri-biri

X

Lembu


X ialah

a)

Kuda

b)

Rusa

c)

Kibas

d)

Seladang

55.

X :

Hilang hak giliran bermalam.

Hilang hak nafkah zahir daripada suaminya.


X dalam rajah di atas merujuk kepada akibat

a)

Zihar

b)

Fasakh

c)

Nusyuz

d)

Khuluk

56.

Antara yang berikut yang manakah syarat sah binatang sembelihan?


I Halal dimakan

II Putus urat halkum dan merik

III Alat sembelihan yang tajam

IV Penyembelih beragama Islam

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

57.

Antara yang berikut yang manakah bukan larangan dalam ihram bagi jemaah haji wanita?

a)

Memotong kuku

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

Berburu binatang buruan darat

d)

Menutup muka dan dua tapak tangan

58.

Melontar di ketiga-tiga jamrah

Bermalam di Muzdalifah

Bermalam di Mina


Jemaah haji yang meninggalkan amalan di atas secara sengaja menyebabkan hajinya

a)

haram

b)

makruh

c)

sah tetapi wajib membayar dam

d)

batal dan wajib membayar dam

59.

Encik Ali telah mengerjakan umrah dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji dalam bulan yang sama.


Pernyataan di atas merujuk kepada cara mengerjakan

a)

umrah sunat

b)

umrah wajib

c)

haji qiran

d)

haji tamattuk

60.

Mahar musamma ialah mahar yang diberi oleh suami kepada isteri mengikut persetujuan

a)

pihak keluarga isteri

b)

pihak keluarga suami

c)

kedua-dua pihak

d)

pihak pejabat agama Islam

61.

Pilih contoh lafaz talak yang betul.

a)

"Aku ceraikan engkau untuk tempoh empat bulan"

b)

"Engkau tertalak sekiranya engkau ingkar"

c)

"Aku ceraikan engkau sekarang"

d)

"Perkahwinan kita dibatalkan"

62.

Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya.

Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan.


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah

a)

idah

b)

zihar

c)

fasakh

d)

khuluk

63.

Antara yang berikut yang manakah bukan larangan semasa idah raj'i?

a)

Berkahwin

b)

Berhias diri

c)

Menerima pinangan lelaki lain

d)

Keluar rumah tanpa izin suami

64.

2013

Dilakukan selepas wukuf di Arafah

Suci daripada hadas kecil dan hadas besar


Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat

a)

niat ihram

b)

bercukur

c)

tawaf

d)

sai

65.

2013


Melambai-lambai kaabah

Berlari-lari anak

Berwuduk


Pernyataan di atas merujuk kepada amalan-amalan ..... sai

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

66.

2013


Perkara yang dilarang ketika walimatulurus ialah

a)

pertunjukan silat

b)

bermain kompang

c)

persembahan nasyid

d)

upacara tepung tawar

67.

2013


Berkeinginan untuk berkahwin

Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin

Tidak dikhuatiri melakukan kezaliman terhadap pasangannya


Hukum perkahwinan di atas ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

d)

haram

68.

2013


Ahli

Lafaz

Modal


Perkara di atas merujuk kepada rukun

a)

gadaian

b)

jual beli

c)

syarikat

d)

insurans

69.

2013


Zihar ialah perbuatan suami menyamakan mana-mana anggota isterinya dengan

a)

mahram suami

b)

ibu saudara isteri

c)

kakak angkat suami

d)

adik perempuan isteri

70.

2014


Pilih pernyataan yang benar mengenai syarat-syarat sai.


I Bermula dari Bukit Marwah

II Dilakukan selepas tawaf

III Cukup tujuh kali

IV Suci daripada hadas

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

71.

2014


Antara yang berikut yang manakah tempoh idah bagi perempuan yang bercerai hidup dan tidak hamil?

a)

Empat bulan sepuluh hari

b)

Tiga kali suci

c)

Tiga bulan

d)

Tiada idah

72.

2014


Semua yang berikut adalah faktor wanita yang haram dikahwini selama-lamanya kecuali

a)

persemendaan

b)

penyusuan

c)

keturunan

d)

persaudaraan

73.

2014


Apakah rukun haji yang dilaksanakan di Padang Arafah?

a)

Wukuf

b)

Tawaf

c)

Sai

d)

Bercukur

74.

2014


Antara yang berikut yang manakah perkara yang dibolehkan semasa idah raji bagi isteri?

a)

Berkahwin

b)

Menerima pinangan

c)

Keluar rumah atas urusan kerja

d)

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami

75.

2014


Antara yang berikut yang manakah bukan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa?

a)

Menjaga kebajikan mereka

b)

Mentaati perintah mereka dalam semua perkara

c)

Menunaikan wasiat mereka jika mereka meninggal dunia

d)

Berbuat baik kepada mereka meskipun berlainan pegangan agama

76.

2014


Barang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian

a)

sewa

b)

saham

c)

hutang

d)

gadaian

77.

2014


Razi menyembelih seekor ayam dengan menggunakan pisau yang tumpul.


Apakah hukum sembelihan tersebut?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Haram

78.

2015


Barang gadaian rosak

Penggadai membayar semua hutangnya

Barang gadai dijual atas perintah mahkamah


Pernyataan di atas mengakibatkan gadaian

a)

sah

b)

batal

c)

rosak

d)

tamat kontrak

79.

2015


Hukum asal memberi hutang dalam Islam ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

80.

2015

Barang telah rosak atau hilang

Tidak menepati syarat


Pernyataan di atas menyebabkan sewaan.....

a)

tidak sah

b)

tamat kontrak

c)

tidak perlu dibayar

d)

tertangguh bayaran

81.

2015


Antara yang berikut yang manakah perkara sunat haji?

a)

Niat ihram di miqat

b)

Melontar di Jamratul Aqabah

c)

Solat dua rakaat selepas tawaf

d)

Meninggalkan larangan ihram

82.

2015


Antara yang berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

a)

Niat ihram di miqat

b)

Melontar ketiga-tiga jamrah

c)

Bermalam di Muzdalifah

d)

Wukuf di Padang Arafah

83.

2015


Radzi terpaksa meninggalkan Mina kerana mempunyai urusan dan melakukan nafar awal ketika melakukan ibadat haji.


Apakah hukum ibadat haji tersebut?

a)

Sah dan dikenakan dam

b)

Sah dan tidak dikenakan dam

c)

Batal dan dikenakan dam

d)

Batal dan tidak dikenakan dam

84.

2015


Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian .....

a)

idah

b)

rujuk

c)

fasakh

d)

khuluk

85.

2015


Boleh dirujuk dalam idah

Tidak perlu akad dan mahar yang baharu


Pernyataan di atas merujuk kepada .....

a)

talak bain sughra

b)

talak bain kubra

c)

talak taklik

d)

talak raji

86.

2015


Berikut ialah hikmah akikah terhadap masyarakat

a)

mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran

b)

menggalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa

c)

mendekatkan bayi dengan penghayatan Islam

d)

menghebahkan berita kelahiran bayi

87.

2016


Riba

Menipu

Menyorok barang


Pernyataan di atas merujuk kepada perkara yang dilarang dalam urusan ....

a)

hutang-piutang

b)

gadaian

c)

jual beli

d)

sewa

88.

2016


Memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya.


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

saham

b)

gadaian

c)

insurans am

d)

insurans nyawa

89.

2016


Memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu.

Menyatukan semula keluarga.


Pernyataan di atas adalah hikmah ....

a)

talak

b)

rujuk

c)

fasakh

d)

idah

90.

2016


Perceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu ialah pengertian...

a)

lian

b)

talak

c)

khuluk

d)

zihar

91.

2016


Tawaf rukun juga dikenali sebagai tawaf ...

a)

wadak

b)

ifadah

c)

sunat

d)

qudum

92.

2016

Pak Abu menjual buah langsatnya yang masih putik dipokok.


Apakah hukum jual beli tersebut dalam Islam?

a)

Sah

b)

Tidak sah

c)

Dilarang tetapi sah

d)

Dilarang dan tidak sah

93.

2016


P :

Bebas daripada unsur riba

Bebas daripada unsur spekulasi

Bebas daripada perkara haram

Bebas daripada unsur perjudian


P dalam rajah di atas ialah .....

a)

insurans

b)

saham

c)

hutang

d)

syarikat

94.

2016


Pilih langkah-langkah yang mesti dilakukan oleh suami mengikut ketentuan syarak dalam mendidik isteri yang nusyuz.


I Memberi nasihat dengan hikmah

II Memisahkan diri dari tempat tidur

III Memukul dengan tujuan mendidik

IV Merujuk pakar kaunseling

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

95.

2017


Pilih pernyataan yang benar tentang ibadat korban.

a)

Sunat dimasak manis

b)

Wajib dilakukan oleh orang yang bernazar

c)

Haram dimakan oleh orang yang berkorban

d)

Harus dilakukan sebelum solat sunat hari raya haji

96.

2017

Menjauhi maksiat

Menjamin kesucian keturunan

Merapatkan silaturahim


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah .....

a)

merisik

b)

pertunangan

c)

perkahwinan

d)

walimatulurus

97.

2017


Antara yang berikut yang manakah hikmah diwajibkan mahar?

I Tanda kesanggupan suami untuk membina rumah tangga

II Persiapan suami untuk memikul tanggungjawab

III Tanda kasihan suami kepada isteri

IV Bukti kesetiaan suami

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

98.

2017


Antara yang berikut yang manakah bukan rukun li'an?

a)

Lafaz

b)

Suami

c)

Isteri

d)

Saksi

99.

2017

Syanizah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap suaminya.


Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan ....

a)

dayus

b)

zihar

c)

nusyuz

d)

khuluk

100.

2017


Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah diadakan larangan ihram?

a)

Melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin

b)

Menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh.

c)

Memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain.

d)

Menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah SWT.

101.

2017


Hukum mengambil anak angkat ialah ...

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

sunat muakad

102.

2018

Menutup aurat.

Suci daripada hadas.


Pernyataan di atas merupakan syarat-syarat sah bagi ibadah ...

a)

sai

b)

tawaf

c)

wukuf

d)

melontar jamrah

103.

2018


Pilih susunan yang betul ketika mengerjakan ibadah umrah.

a)

niat - tawaf - sai - bercukur

b)

niat - tawaf - bercukur - sai

c)

niat - sai - bercukur - tawaf

d)

niat - sai - tawaf - bercukur

104.

2018

Suami menceraikan isterinya ketika haid.


Situasi di atas merujuk kepada talak ....

a)

bain

b)

bid'i

c)

sunni

d)

taklik

105.

2018

Melahirkan sifat kerjasama dan rasa kasih sayang sesama insan.

Memberi jaminan kepada pemberi hutang.


Pernyataan di atas merujuk kepada ..... gadaian

a)

kesan

b)

proses

c)

hikmah

d)

syarat sah

106.

2018

Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad.


Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Li'an

b)

Zihar

c)

Khuluk

d)

Fasakh

107.

2018


Antara yang berikut yang manakah perkara-perkara yang dilarang ketika ihram khusus untuk lelaki?


I Menutup kepala

II Memakai pakaian berjahit

III Menikahkan atau bernikah

IV Memotong rambut atau bulu di badan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III da IV

d)

I dan IV