NEW
Font size
WorksheetsKemunculan Tamadun Awal
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah arkeologi?
Kajian terhadap tinggalan petempatan manusia Zaman Prasejarah
Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses gali cari
● Kapak
● Pinggan mangkuk
● Pisau
Mengikut istilah sejarah, barangan di atas merujuk kepada
artifak
arkeologi
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik?
I Menternak binatang
II Menetap di tepi sungai
III Hidup berpindah-randah
IV Hidup dalam kelompok keluarga dan berkumpulan
I, III dan IV
II, III dan IV
Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti pokok, batu dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati. Mengapakah mereka beranggapan sedemikian?
Menghindari masyarakat daripada ditimpa bala
Demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup
● Terletak di antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates.
● Dikelilingi Pergunungan Zagros di bahagian timur laut.
● Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria.
Maklumat di atas merujuk kepada tamadun
Mesir
Mesopotamia
Dalam tamadun Mesopotamia, pusat bagi sesebuah kota ialah
istana
kubu pertahanan
Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah dari sebatang sungai iaitu
Sungai Nil
Sungai Tigris
Mengapakah kehidupan di bandar menjadi ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir Purba?
I Merupakan pusat pelabuhan
II Merupakan pusat pendidikan
III Terdapatnya kediaman firaun
IV Merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran
I, II dan IV
I, III dan IV
Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja iaitu firaun. Firaun dibantu oleh golongan bangsawan. Antara berikut yang manakah tugas golongan bangsawan?
I Menjaga keamanan
II Menjalankan pentadbiran
III Mengurus rekod kerajaan
IV Mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan
I, II dan IV
I, III dan IV
Firaun Hatshepsut (1501-1479 S.M.) merupakan firaun wanita pada Zaman Empayar. Era pemerintahannya dianggap setanding dengan pencapaian firaun lain.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah pembaharuan yang dilakukan oleh beliau?
I Membina terusan
II Memajukan sistem pendidikan dan perundangan
III Meluaskan kawasan empayar kerajaan Mesir Purba
IV Menukarkan padang pasir kepada tanah pertanian yang subur
II dan III
I dan IV
Hieroglif → X → Demotik
Maklumat di atas merujuk kepada perkembangan sistem tulisan dalam tamadun Mesir Purba. X ialah
Hieratik
Ideogram
Antara berikut, faktor manakah yang menyebabkan tamadun Indus mengalami kehancuran?
I Banjir
II Kemarau
III Serangan orang Aryan
IV Serangan orang Monggol
I, II dan III
II, III, dan IV
Terdapat tiga tanduk pada kepala patung proto-Siva.
Berdasarkan pernyataan di atas, tiga tanduk tersebut merujuk kepada
I Siva
II Vishnu
III Tuhan Ibu
IV Dewa Brahma
I, II dan III
I, II dan IV
Petempatan awal penduduk dalam tamadun Hwang Ho ialah
Sian
Banpo
Apakah fungsi tulang oracle dalam tamadun Hwang Ho?
Meramal sesuatu keadaan
Digunakan dalam upacara penyembahan
Upacara penyembahan masyarakat Shang melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara ini diketuai oleh golongan
bomoh
pembesar
Sun Tzu dalam bukunya, The Art Of War membicarakan tentang
cara membuat senjata
cara menangani musuh
Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat dalam tamadun Hwang Ho dan digantikan dengan
I makanan
II duit kertas
III kain sutera
IV barangan perhiasan
I, II dan III
I, II dan IV
Pokok papyrus menyumbang kepada penciptaan kertas.
Menunjukkan kemajuan dalam bidang penciptaan
Memudahkan penyimpanan segala rekod dan khazanah negara
Sistem tulisan dalam tamadun Indus dikenali sebagai
piktograf
hieroglif
