NEW
Font size
Worksheets004. KUIZ TAUHID - MUTAWASSIT (QIDAM)
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
______________ bermaksud “sedia”. Tetapi “sedia” yang kita maksudkan kepada Allah SWT tidaklah sama dengan istilah “sedia” yang kita gunakan pada makhluk.
Wujud
Baqa'
Qidam
Wahdaniah
Dalam kehidupan seharian, kita bertemu dengan benda-benda yang sedia ada, tetapi sedianya itu kerana ________________
tiada yang menyediakannya
ada yang menyediakannya.
yang menyediakannya tiada
yang meniadakannya tiada
Apakah hukum menyamakan zat Allah S.W.T dengan benda-benda yang ada di atas muka bumi?
Makruh
Syirik
Murtad
Wajib
Dalam memperkatakan sifat sedia atau sifat Qidam pada Allah SWT, kita hendaklah ______________ atau menafikan adanya permulaan.
menolak
menerima
memahami
menyakini
Setiap yang ____________________ mempunyai permulaan iaitu mula-mulanya tiada, kemudian ada. Ini kerana segala yang baru ini ada yang menjadikannya.
zat dan sifat
sifat dan makhluk
baru atau makhluk
baru dan zat
Mengapakah dikatakan Allah SWT itu wujud tanpa permulaan?
Sebabnya ialah, alam dan semua makhluk atau segala yang baru ini, semuanya Allah tidak menjadikan.
Kalau dikatakan Allah itu ada tiada permulaan, tentu Allah itu bukan Tuhan lagi kerana ini bermakna Allah SWT ada yang menjadikan.
Bagaimana pula Allah itu ada yang menjadikan? Dengan sendirinya akan terbatal pengertian bahawa Allah itu ada tiada permualaan.
Kerana itu, tentulah Allah SWT sudah ada lebih dahulu dari semua makhluk ini. Bermakna Allah SWT sudah sedia ada sebelum adanya makhluk dan segala yang baru ini.
Nyatalah bahawa Allah SWT itu tidak didahului dengan _____________.
ada
tiada
permulaan
kesudahan
Menafikan sifat Qidam, selain menggelincirkan aqidahm juga boleh merosakkan _______________.
iman
islam
syahadah
ihsan
Kalau seseorang itu menafikan sifat qidam, hatinya tidak yakin, tindak tanduknya serta usaha ikhtiarnya juga tidak tepat, dia pada hakikatnya adalah _________________.
kafir
syirik
munafik
murtad
Berikut merupakan pembahagian sifat qidam, kecuali _____________
Qadim sifati
Qadim zati
Qadim Idhafi
Qadim makani
