Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Quiz 2

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Bendera ini merujuk kepada Negara?

a)

Thailand

b)

Cambodia

c)

Myanmar

d)

Filipina

2.

Berapakah jumlah negara anggota ASEAN?

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

3.

Negara Komanwel adalah negara.....

a)

pertubuhan negera-negara Islam

b)

pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh British

c)

pertubuhan bangsa-bangsa bersatu

d)

pergerakan negara-negara berkecuali

4.

Berikut adalah prinsip dalam Deklarasi Harare 1991 di Zimbabwe yang dipegang oleh negara anggota Komanwel kecuali....

a)

meyakini keamanan dunia, perkembangan ekonomi dunia dan undang-undang antarabangsa perlu bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia

b)

kebebasan dan hak sama rata untuk semua tanpa mengira bangsa, jantina atau warna kulit

c)

menolak segala bentuk diskriminasi bangsa dan perlu bertoleransi demi menjamin pembangunan yang sihat

d)

perjanjian persefahaman untuk menangani konflik politik antarabangsa

5.

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) telah ditubuhkan di Rabat, Morocco pada tahun 1969. Yang manakah bukan antara usaha OIC untuk meningkatkan persefahaman bersama?

a)

persetujuan negara anggota memerangi isu keganasan

b)

menggalakkan keganasan dalam segala bentuk dan manifestasi

c)

bekerjasama dengan PBB untuk memerangi keganasan

d)

mengutuk keganasan dalam segala bentuk dan manifestasi

6.

NAM adalah singkatan bagi....

a)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

b)

Pertubuhan Negara-Negara Islam

c)

Komanwel

d)

Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali

7.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia. Yang manakah berikut bukan peranan yang dimainkan oleh PBB?

a)

mengutuk keganasan dalam setiap bentuk dan manifestasi

b)

mengurangkan sengketa politik dan peperangan terbuka

c)

membantu negara yang dijajah mendapat kemerdekaan

d)

memberi bantuan dan perlindungan kepada perlarian mangsa peperangan

8.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada tahun 1961. Pertubuhan ini merupakan satu gabungan longgar negara-negara membangun seperti...

a)

Amerika Latin, Asia dan Amerika Syarikat

b)

Asia, Afrika dan New Zealand

c)

Amerika Latin, Asia dan Afrika

d)

Asia, Amerika Syarikat dan New Zealand

9.

Yang manakah berikut adalah prinsip yang diperjuangkan oleh NAM?

a)

Mengurangkan sengketa politik dan peperangan terbuka

b)

Bekerjasama dengan PBB untuk memerangi keganasan

c)

Menolak segala bentuk diskriminasi

d)

Menghormati hak asasi manusia dan Piagam PBB

10.

Grafik tersebut merujuk kepada...?

a)

NAM

b)

OIC

c)

PBB

d)

Komanwel

11.

Wawasan 2020 adalah dasar yang telah dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Berapakah cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020?

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

12.

Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk merealisasikan Wawasan 2020?

a)

Terlibat dengan perhimpunan haram

b)

Menjadi warganegara yang pasif

c)

Menjadi pelajar yang pasif

d)

Mengamlkan budi pekerti mulia dan bermoral

13.

Apakah implikasi jika sesebuah masyarakat tidak mengamalkan sikap muafakat dan saling membantu?

a)

Keharmonian negara terjamin

b)

Berlakunya permusuhan

c)

Saling mempercayai

d)

Kesejahteraan terjamin

14.

Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan pada 27 Jun 1998. MSC ini merujuk kepada sebuah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center (KLCC) sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Yang manakah berikut tujuan utama MSC?

a)

Mewujudkan masyarakat yang bermoral

b)

Memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat

c)

Mewujudkan masyarakat yang maju dari segi ekonomi

d)

Menggalakkan masyarakat berdaya saing

15.

Yang manakah berikut bukan antara kerjasama Malaysia dengan negara luar dalam bidang Pendidikan?

a)

Menyekat tawaran pendidikan di institusi pengajian tinggi bagi pelajar asing

b)

Menerima tawaran pendidikan di institusi pengajian tinggi di Rusia dalam bidang perubatan, bahasa inggeris dan bahasa rusia

c)

Pelajar dibenarkan mengikuti pengajian dalam bidang automatif di Jerman dibawah tajaan MARA

d)

Memberi peluang kepada syarikat-syarikat swasta menaja pelajar asing untuk belajar di institusi pengajian tempatan

16.

Yang berikut merupakan kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara luar kecuali...

a)

Mengadakan satu perjanjian ekonomi bersama Jerman untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi syarikat automotif BMW bagi seluruh rantau Asia

b)

Membangunkan ekonomi negara dengan mengadakan pertukaran kemahiran

c)

Memberi peluang kepada syarikat-syarikat swasta menaja pelajar asing untuk belajar di Malaysia

d)

Atas jalinan kerjasama ekonomi dengan Jepun, Malaysia menerima bantuan kewangan daripada Jepun melalui agensi Bantuan Pembangunan Seberang Laut (ODA)

17.

Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali kerana.....

a)

tidak ingin bebas menentukan nasib sendiri

b)

tidak ingin menjalin hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi

c)

tidak ingin hidup bebas dan aman

d)

tidak mahu melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia

18.

Yang manakah bukan jenis-jenis kerajaan Dunia?

a)

Monarki

b)

Ideologi

c)

Demokrasi

d)

Komunisme

19.

Negara kita memberi penekanan kepada kerjasama serantau. Melalui pertubuhan ASEAN, Malaysia menganjurkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) pada tahun 1974. Yang manakah berikut bukan antara konsep ZOPFAN?

a)

menggalakkan nasib negara ditentukan oleh negara lain

b)

negara ASEAN tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar

c)

mengelakkan campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China

d)

sebarang pertikaian harus diselesaikan secara aman dan bukan dengan kekerasan

20.

Logo ini merupakan logo ASEAN. Berikut merupakan maksud logo ASEAN kecuali....

a)

10 tangkai padi-melambangkan impian pengasasan Asean iaitu 10 buah negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan

b)

Bulatan-melambangakn semangat bersatu padu

c)

Moto Asean: Keamanan, Kestabilan, Kedinamikan, Kesucian, Kemakmuran

d)

Moto Asean: Keamanan, Kestabilan, Kegigihan, Kedinamikan, Kesucian dan Kemakmuran