Font size
WorksheetsERA MASYARAKAT JAHILIYYAH
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala yang bermaksud ...........
cerdik
bodoh
jahat
dengki
Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tetapi mencampuradukkanya dengan penyembahan berhala, khurafat, perkara tahyul dan amalan sihir.
Pernyataan berikut merujuk kepada jahil dari segi .....
Segi akidah
Segi Akhlak
Antara berikut yang manakah merujuk kepada jahil dari segi akhlak bagi masyarakat era jahiliah.
Pilihan 3 jawapan yang betul.
Berjudi dan berzina
Berpesta
Menindas wanita dan hamba
Minum arak
Berikut merupakan akidah masyarakat Arab sebelum kerasulan nabi Muhammad SAW kecuali
Hanif
Islam
Majusi
Paganisme
Manakah antara berikut merupakan akhlak baik masyarakat Arab jahiliah
Pilih 3 jawapan yang betul.
menghormati tetamu dan menepati janji
pantang menyerah kalah dan taat pemimpin
menjaga kebersihan kuku dan mulut
berperang hanya kerana perkara kecil
Tanda kan 'right' pada pernyataan yang betul.
Rasulullah diutuskan kepada masyarakat jahiliah atas beberapa sebab iaitu
mereka berakhlak negatif seperti berjudi, berzina dan minum arak
mereka mengamalkan khurafat dalam kehidupan
buta huruf menjadikan mereka mudah dilentur
kedudukan semenanjung Arab yang strategik menjadikan Islam mudah tersebar
Agama Yahudi merupakan agama samawi yang di ubahsuai daripada ajaran nabi .................. mengikut keinginan para penganutnya. Mereka memfitnah para nabi dan menolak ajaran nabi Muhammad.
Ya'kob
Yusuf
Musa
Zulkifli
Agama ................ merupakan agama yang di ubahsuai daripada ajaran Nabi Isa mengikut keinginan penganutnya. Mereka mempercayai nabi Isa sebagai anak tuhan.
Penyataan ini merujuk kepada agama ....
Nasrani
Majusi
Animisme
Berhala
Kepercayaan Majusi merupakan kepercayaaan yang dianuti oleh ...................... .
penyembah bukit
penyembah pokok
penyembah matahari
golongan penyembah api
Kepercayaan animisme meyakini bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat. Berikut merupakan benda yang disembah kecuali ............
matahari
bintang
pokok
haiwan
Agama ............... ialah agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Agama ini adalah agama samawi sama seperti agama Islam.
Pernyataan ini merujuk kepada agama ......
Berhala
Hanif
Nasrani
Tiada agama
Agama .................... diperkenalkan oleh Amru bin Amir bin Luhai seorang pemimpin Khuzaah. Agama ini mencampuradukkan dengan agama Hanif sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan Allah.
Pernyataan ini merujuk kepada agama .....
Majusi
Penyembah berhala
Animisme
Islam
Antara berikut yang manakah akhlak buruk yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah.
Pilih 3 jawapan yang benar.
Membunuh anak perempuan
Mengamalkan tenung nasib
Tidak mengahwini mereka yang mempunyai pertalian darah
Berperang kerana hanya perkara kecil.
Ciri-ciri agama Hanif ialah ......
Pilih 3 jawapan yang benar
percaya kepada Allah tuhan yang satu
percaya kepada hari kebangkitan dan hidup selepas mati
percaya kepada kitab-kitab
percaya kepada dosa dan pahala.
Ketika Makkah berjaya dibuka oleh nabi Muhammad, sebanyak .................... berhala di sekitar Kaabah.
360
300
330
390
.........., raja nasrani membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk menyaingi populariti Kaabah di Makkah tetapi gagal.
Sulaiman
Ratu Balqis
Abu Jahal
Abrahah
Kisah tentera bergajah telah di paparkan dalam surah ........
al-Ikhlas
al-Fatihah
al-Fil
al-Humazah
Ajaran agama Hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam adalah seperti ibadah qurban, ibadah haji dan .........
puasa
umrah
solat
zakat
Masyarakat arab jahiliah mudah dilentur kerana mereka ..........
buta huruf
cerdik
kuat berperang
handal menunggang kuda
Orang Arab jahiliah sangat terkenal dengan kehebatan bersyair dan ....................
qasidah
marhaban
nasyid
berpantun
Semenanjung Arab terletak di antara 4 kuasa besar dunia pada waktu itu iaitu Rom, Parsi, Greek dan ...............
Malaysia
Afrika
Eropah
India
Rasulullah di utuskan kepada masyarakat arab untuk menyempurnakan ................
akhlak
solat
keturunan
pemodenan
Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang Arab ketika musim ...................
haji
raya
korban
puasa
Rasulullah dan para ................ telah berjaya memusnahkan berhala di sekitar Kaabah.
tentera
malaikat
sahabat
musuh
Penganut Yahudi selalu ................ para nabi dan menolak ajaran nabi Muhammad.
mengiktiraf
membantu
menyayangi
memfitnah
