wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trial sejarah SPM Perak

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri kehidupan bandar bertamadun menurut tokoh berikut?


'Ibn Khaldun'

a)

A - Kebebasan beragama

b)

B - Kemajuan infrastruktur

c)

C - Kemajuan sosioekonomi

d)

D - Ketinggian tatasusial masyarakat

2.

Orang Mesir Purba menanam mayat Bersama barangan dan peralatan keperluan manusia. Mengapakah amalan tersebut dilakukan?

a)

A - menunjukkan darjat si mati

b)

B - mengelak harta mereka dirampas

c)

C - membalas budi si mati semasa hidup

d)

D - percaya kepada kehidupan selepas mati

3.

Sresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India.


Apakah matlamat penubuhan tersebut?

a)

A - melahirkan pekerja mahir

b)

B - mengawal kadar gaji pekerja

c)

C - menjaga kepentingan majikan

d)

D - menetapkan had masa bekerja

4.

Apakah binaan tersebut?

a)

A - Acropolis

b)

B - Aqueduct

c)

C - Pantheon

d)

D - Colloseum

5.

Lokasi kerajaan Angkor terletak berhampiran Tasik Tonle Sap.


Apakah manfaat lokasi tersebut terhadap kerajaan Angkor?

a)

A - Kepadatan penduduk

b)

B - Laluan perdagangan

c)

C - Pelabuhan entrepot

d)

D - Kesuburan tanah

6.

Kewujudan Bahasa Sanskrit di Asia Tenggara dikaitkan dengan kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha.


Apakah kepentingan Bahasa tersebut?

a)

A - menentukan taraf sosial

b)

B - menyatukan golongan rakyat

c)

C - meningkatkan pencapaian intelek

d)

D - mengembangkan aktiviti perdagangan

7.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.


Apakah kepentingan peristiwa tersebut kpd masyarakat Arab?

a)

A - Perbalahan dpt dielakkan

b)

B - Perkembangan perdagangan di Mekah

c)

C - Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

d)

D - Penyebaran Islam di Makkah

8.

Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Mekah berhijrah ke Habsyah.


Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

a)

A - menjalin hubungan diplomatik

b)

B - mengelakkan penindasan

c)

C - mengadakan rundingan damai

d)

D - memenuhi jemputan pemerintah

9.

Antara berikut yang manakah berkaitan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah?


I - Wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar

II - Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah

III - terbinanya bangunan yang moden

IV - mempersaudarakan org Islam Mekah dengan Madinah

a)

A - I dan II

b)

B - I dan IV

c)

C - II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah kepentingan peristiwa pembukaan semula kota Mekah oleh Nabi Muhammad SAW terhadap kerajaan Islam Madinah?

a)

A - meningkatkan kemajuan ekonomi

b)

B - penerusan system kabilah

c)

C - memperkukuh negara

d)

D - pertambahan penduduk

11.

Telah berlaku pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.


Apakah kesan drpd pertembungan tersebut?

a)

A - Penyerapan budaya

b)

B - Peningkatan ilmu

c)

C - Kewangan terjejas

d)

D - Ramai tentera terkorban

12.

Para ulama telah mengislamkan pemerintah seperti Raja Phaya Tu Nak Pa dan Raja Malik al-Salih.


Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja?

a)

A - menyekat pengaruh Islam

b)

B - menguasai bidang pentadbiran

c)

C - mendapatkan pengiktirafan

d)

D - mempengaruhi rakyat jelata

13.

Selepas kedatangan Islam, system politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.


Apakah perubahan tersebut?

a)

A - Institusi kesultanan diperkenalkan

b)

B - Jawatan penghulu dilantik secara warisan

c)

C - Islam dijadikan asas perundangan

d)

D - Sistem raja berkuasa mutlak dihapuskan

14.

Apakah peranan istana Melaka semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah?

a)

A - Pusat penterjemahan

b)

B - Pusat pengajian agama

c)

C - Pusat pentadbiran madrasah

d)

D - Pusat pengislaman golongan diraja

15.

Apakah perkara yang paling penting sebelum para pedagang dapat menjalankan aktiviti jual beli di Melaka?

a)

A - membuka gerai

b)

B - membayar cukai

c)

C - membayar zakat

d)

D - berjumpa laksamana

16.

'Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan system feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional'


Apakah persamaan tersebut?

a)

A - raja pemilik tanah secara mutlak

b)

B - golongan agama menerajui pentadbiran

c)

C - petani berpeluang meningkatkan taraf sosial

d)

D - rakyat berhak memilih pemerintah

17.

Berikut merupakan ciptaan baru yang dihasilkan akibat perkembangan dalam bidang preindustrial.


John Hargreaves - Spinning Jenny

Richard Arkwright - Water frame


Apakah kepentingan alat2 tersebut?

a)

A - Mengurangkan bekalan bahan makanan

b)

B - Meningkatkan penggunaan tenaga buruh

c)

C - memperluas aktiviti perdagangan antarabangsa

d)

D - Mengeluarkan produk secara besar-besaran

18.

Dasar2 yang diperkenalkan oleh British pada abad ke-20 adalah seperti berikut:

>Enakmen Tanah Padi 1917

>Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa


Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?

a)

A - Melindungi kepentingan pengusaha ladang

b)

B - Menyekat pencerobohan terhadap tanah adat

c)

C - Menstabilkan harga tanaman tradisional

d)

D - Memperbaiki kualiti penghasilan tanaman

19.

Jumlah kemasukan kaum imigran ke NNMB bertambah dari tahun 1891 hingga 1901.


Apakah kesan pertambahan penduduk tersebut?

a)

A - pengukuhan kuasa pemimpin tempatan

b)

B - peningkatan penempatan setinggan

c)

C - kewujudan masyarakat majmuk

d)

D - kemajuan pertanian sara diri

20.

1895 - Menewaskan China

1905 - Menewaskan Russia


Apakah kesan kejayaan Jepun tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

A - pengukuhan system pertahanan

b)

B - peluasan semangat nasionalisme

c)

C - kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

d)

D -kemunculan semangat nasionalisme

21.

Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

A - menhormati Sultan

b)

B - mengekalkan kuasa sultan

c)

C - kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

D - kuasa mutlak terletak di tangan sultan

22.

Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapuran ialah

a)

A - mewartakan tanah pertanian

b)

B - memberi peluang pendidikan

c)

C - mendapatkan petempatan khas

d)

D - menyediakan tapak perniagaan

23.

Antara berikut, yg manakah ciri kenegaraan dlm Kesultanan Melayu Melaka?


I - Rakyat

II - Perlembagaan

III - Pembesar

IV - Kedaulatan

a)

A - I dan II

b)

B - I dan IV

c)

C - I dan III

d)

D - III dan IV

24.

Jemaah Menteri Penasihat Raja telah ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.


Apakah fungsi Jemaah tersebut?

a)

A - menguruskan pembangunan

b)

B - menjaga hal ehwal luar

c)

C - menjaga keselamatan raja

d)

D - menuruskan perkara bukan rahsia

25.

Tindakan British memperkenalkan Malayan Union telah membangkitkan kemarahan org Melayu.


Mengapakah hal ini berlaku?

a)

A - mencampuri adat istiadat tempatan

b)

B - menjejaskan hak kaum peribumi

c)

C - menghalang perpaduan kaum

d)

D - mengubah sempadan negeri

26.

Apakah manfaat yang diperoleh org Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

A - kebebasan berpolitik

b)

B - menguasai pentadbiran

c)

C - menentukan kerakyatan

d)

D - kedudukan istimewa dilindungi

27.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957.


Mengapakah perjanjian tersebut penting kpd penduduk Tanah Melayu?

a)

A - meneruskan kuasa British

b)

B - Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk

c)

C - mendapat hak untuk memerintah sendiri

d)

D - menamatkan system pemerintahan monarki

28.

Berikut merupakan penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia.

'Kempen Ganyang Malaysia'


Mengapakah Indonesia bertindak sedemikian?

a)

A - terpengaruh dengan dakyah komunis

b)

B - tidak dijemput untuk berunding

c)

C - terperdaya dgn penjajah Belanda

d)

D - tindakan peluasan wilayah terhalang

29.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dlm menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

A - memujuk Singapura menyertai persekutuan

b)

B - menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

C - melaksanakan system birokrasi Barat

d)

D - meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

30.

Apakah persamaan matlamat perjuangan parti Hizbul Muslimin dan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)?

a)

A - menggalakkan perpaduan

b)

B - menyatukan org Melayu

c)

C - mencapai kemerdekaan

d)

D - menubuhkan negara Islam

31.

Apakah maksud lambing bulan sabit dlm Jata Negara di atas?

a)

A - kedaulatan raja

b)

B - perpaduan kaum

c)

C - islam agama rasmi

d)

D - hak istimewa Melayu

32.

Matlamat Rancangan Malaya Pertama kurang Berjaya kerana kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah.


Bagaimanakan cara bagi mengatasi masalah tersebut?

a)

A - mempelbagaikan sector ekonomi

b)

B - membuka kawasan pertanian baharu

c)

C - menyediakan kemudahan pinjaman

d)

D - menamatkan kutipan cukai pertanian

33.

Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kpd perpaduan kaum. Antara berikut, yg manakah syor laporan tersebut?

a)

A - aliran vokasional diperkenalkan

b)

B - sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum

c)

C - BM sebagai Bahasa pengantar sekolah menengah

d)

D - system persekolahan bercorak integrasi

34.

Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.

>Blok kapitalis

>Blok komunis


Apakah ciri blok kapitalis?

a)

A - kebebasan individu dikawal

b)

B - mengamalkan pemerintahan demokratik

c)

C - mengamalkan system satu parti

d)

D - memiliknegarakan perniagaan

35.

Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dgn negara Israel?

a)

A - menjaga pendirian majoriti negara Islam

b)

B - tidak mempunyai kepentingan ekonomi

c)

C - tidak diiktiraf oleh negra sekutu Malaysia

d)

D - bukan anggota Pertubuhan Bangsa2 Bersatu

36.
# Harappa
Mohenjo-Daro

Senarai di atas adalah bandar terancang dalam Tamadun Indus.

Apakah faktor yang mendorong pembinaan bandar tersebut?
a)
Kemahiran ilmu geometri
b)
Kegiatan bidang keagamaan
c)
Kejayaan kegiatan  penerokaan
d)
Keluasan kawasan pemerintahan
37.
Apakah kepentingan kalendar yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Shang?
a)
Meraikan hari kelahiran
b)
Menentukan musim menuai
c)
Mengesahkan pelantikan raja
d)
Menetapkan tarikh berperang
38.
Gambar berikut menunjukkan Tembok Besar China yang mula dibina oleh Shih Huang Ti pada kurun ke-3 SM. 
Apakah tujuan tembok tersebut di bina?
a)
Mengatasi bencana alam
b)
Memenuhi tuntutan rakyat
c)
Menentukan sempadan negeri
d)
Menjamin keselamatan wilayah
39.
Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?
- Sukan
- Kesusasteraan
- Seni berpidato
a)
Menanam sikap berani
b)
Melatih pemimpin tempatan
c)
Melahirkan individu seimbang
d)
Mengukuhkan semangat patriotisme
40.
Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.

Al-Arqam Bin Abu Arqam

Apakah sumbangan yang dimaksudkan?
a)
Mengumpul ayat al-Quran
b)
Mengetuai hijrah ke Habsyah
c)
Mewakafkan rumah sebagai pusat dakwah
d)
Menyampaikan maklumat kegiatan musuh