Font size
WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM SPM 2010-2014
Total questions: 100
Worksheet time: 3600secs
Akidah orang mukmin boleh terpesong dengan cara
menziarahi tempat ajaran sesat
memohon hajat di kubur keramat
melawat rumah ibadat agama lain
menghadiri pengebumian orang bukan Islam
Pernyataan di bawah tepat mengenai sihir kecuali
bertujuan mengelirukan manusia
mengkhianati amanah yang diberikan
ilmu yang dikaitkan dengan bantuan syaitan
boleh memecahbelahkan pasangan suami isteri
Antara yang berikut yang manakah akibat perbuatan sihir terhadap individu?
I. Merosakkan harta awam
II. Mencetuskan pergaduhan
III. Membazirkan harta, tenaga dan masa
IV. Menghilangkan pergantungan kepada Allah SWT
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Antara yang berikut manakah benar mengenai syirik khafi?
Menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Meminta hajat daripada kubur keramat.
Mengaku Nabi Isa a.s. sebagai anaka tuhan.
Memakai tangkal azimat untuk diri.
Antara yang berikut yang manakah amalan yang boleh meningkatkan iman?
I. Menunaikan solat fardhu
II Mentaati kedua ibu bapa
III. Sentiasa membaca al-Quran
IV. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
PERKARA WAJIB UMRAH:
- MENINGGALKAN LARANGAN SEMASA IHRAM.
- ....R........
Yang dimaksudkan dengan R di atas ialah...
tawaf di Baitullah
berniat ihram di miqat
bermalam di Muzdalifah
melontar di jamrah Aqabah
Antara yang berikut yang manakah perkara-perkara yang membatalkan syarikat?
I. Seorang rakan kongsi sakit tenat
II. Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan
III. Syarikat dibatalkan oleh seorang rakan kongsi
IV. Seorang rakan kongsi berhijrah ke luar negara.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
...............X.............:-
MEMBERI KELAPANGAN DAN KESELESAAN KEPADA JEMAAH HAJI.
MENGAMBIL MASA YANG SINGKAT UNTUK MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH.
X ialah kelebihan mengerjakan haji...
Ifrad
Qiran
Badal
Tamattuk
MEMULAKAN PENGHIDUPAN BAYI DENGAN PENGHAYATAN ISLAM.
TANDA KESYUKURAN ATAS KURNIAAN ALLAH SWT.
Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah..
tahnik
akikah
bercukur
berkhatan
- BOLEH BERLAKU PERCERAIAN
- BOLEH DIPUKUL DENGAN TUJUAN MENDIDIK
Pernyataan di atas merujuk kepada akibat..
nusyuz
khuluk
fasakh
talak
TANDA PERSETUJUAN PIHAK LELAKI UNTUK MENGAMBIL PEREMPUAN SEBAGAI ISTERI. PIHAK LELAKI HARUS MEMBERI HADIAH KEPADA PIHAK PEREMPUAN.
Pernyataan di atas merujuk kepada..
meminang
mas kahwin
pernikahan
walimatul-urus
Tujuan utama perkahwinan perlu mengikut syariat Islam ialah untuk..
memelihara maruah
mendapat ganjaran pahala
menjamin perkahwinan itu sah
merapatkan hubungan silaturrahim
MENZAHIRKAN KEPENTINGAN DAN KESUCIAN IKATAN PERKAHWINAN.
MEMBERI PELUANG KEPADA SUAMI ISTERI UNTUK BERFIKIR
Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah..
idah
rujuk
talak
fasakh
EN. SULAIMAN TELAH MENZIHARKAN ISTERINYA.
Berikut ialah kifarah yang boleh dikenakan terhadapnya kecuali
memerdekakan seorang hamba mukmin
memberi makan 60 orng miskin
berpuasa dua bulan berturut-turut
bertaubat nasuha kepada Allah SWT
Kuttab yang didirikan pada zaman Khulafa al-Rasyidin khusus sebagai tempat belajar untuk golongan..
kanak-kanak
bangsawan
buta huruf
kurang berkemampuan
Antara yang berikut yang manakah sumbangan Saidina Umar bin al-Khattab r.a. semasa menjadi khalifah?
Mengarahkan mengumpul tulisan al-Quran.
Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara.
Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran negara.
Faktor-faktor berikut mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan pada zaman kerajaan bani Abbasiyah kecuali..
penyelidikan dan penulisan
perkembangan sains dan teknologi
penggunaan peralatan yang canggih
pengaruh keilmuan daripada negara Eropah
Antara yang berikut yang manakah faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan bani Abbasiyah?
I. Usaha dan galakan khalifah
II. Pembukaan wilayah-wilayah baru.
III. Pembinaan pelabuhan-pelabuhan baru
IV. Aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Berdasarkan maklumat di bawah, pernyataan yang manakah tidak benar mengenai Imam Malik r.a.?
Bapanya bernama Anas.
Lahir di Madinah
Terkenal sebagai tokoh falsafah
Mengarang kitab al-Muwatta'.
Ihya' Ulumuddin dan Tahafut al-Falasifah ialah karya..
Imam Malik rahimahullah.
Imam Bukhari rahimahullah.
Imam al-Ghazali rahimahullah.
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
*Hukum asalnya sunat tetapi menjadi wajib dalam keadaan tertentu
*Menangguhkan bayaran hukumnya haram jika mampu
Pernyataan di atas merujuk kepada
sewa
saham
hutang
gadaian
*selalu meninggalkan solat dengan sengaja
*sering mencuri
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri
kafir
fasik
mulhid
munafiq
Berikut ialah rukun gadaian kecuali
ijab dan qabul
barang gadaian
pemegang gadaian
penggadai menjelaskan hutang
Antara yang berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?
niat ihram di miqat
melontar ketiga tiga jamrah
wukuf di padang arafah
bermalam di muzdalifah
Antara yang berikut yang manakah larangan ketika ihram khusus bagi wanita?
memburu binatang darat
memakai pakaian berjahit
memakai minyak rambut di kepala
menutup muka dan dua tapak tangan
Adab yang perlu diamalkan oleh orang yang berjihad di jalan Allah swt ialah
amanah
berdisplin
berhati hati
ikhlas
*mempelajari islam
*menyebarkan ilmu
*mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan
Pernyataan di atas merujuk kepada peringkat jihad
melawan syaitan
memperbaiki diri
menghapuskan kezaliman dan kemungkaran
menentang kafir harbi dan munafik
Berikut adalah merupakan muamalat yang dibenarkan dalam islam kecuali
I. sewa
II. riba
III. gharar
IV. gadaian
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Hukum asal memberi hutang dalam Islam ialah
sunat
harus
wajib
makruh
Berikut perkara yang dilarang semasa idah bagi perempuan yang kematian suami kecuali
bekerja
bertunang
berkahwin
berhias diri
Berikut ialah hikmah diadakan larangan ihram kecuali
melatih umat islam supaya lebih berdisplin
menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh sungguh
memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain
menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah swt
*melahirkan sifat kerjasama dan rasa kasih sayang sesama insan
*memberi jaminan kepada pemberi hutang
Pernyataan di atas merujuk kepada
syarat sah gadaian
proses gadaian
kesan gadaian
hikmah gadaian
Pilih pernyataan yang benar mengenai syirik
menolak hukum Allah swt
mempercayai perkara perkara karut
berpura pura beriman kepada Allah swt
menyekutukan Allah swt dengan makhluk
Binatang Al-An am
*kerbau
*unta
*biri biri
*lembu
*X
X ialah
kuda
rusa
kibas
seladang
X *hilang hak giliran bermalam
*hilang hak nafkah zahir daripada suaminya
X dalam rajah di atas merujuk kepada akibat
zihar
fasakh
nusyuz
khuluk
*tekanan hidup
*disebat 40 kali sebatan
pernyataan di atas merujuk kepada
mencuri
minum arak
menuduh zina
menagih dadah
*menyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya
*hidup bebas tanpa peraturan agama
syirik
murtad
mulhid
kufur nikmat
Antara yang berikut yang manakah syarat sah binatang sembelihan?
I. halal dimakan
II. putus urat halkum dan dan merik
III. alat sembelihan
IV. penyembelih beragama islam
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
*mengurus sumber pendapatan negara
*mengawal perbelanjaan negara
Pernyataan di atas merupakan peranan
baitul mal
diwan al jund
baitul hikmah
diwan al kharaj
Faktor perkembangan Sains dan Teknologi
*globalisasi ilmu
*galakan para khalifah
- X
aktiviti penterjemahan yang giat dijalankan
usaha para pedagang menyebar ilmu
kestabilan politik dan pentadbiran
pembukaan wilayah wilayah baru
*Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
*Berhenti melakukan maksiat
Pernyataan di atas merujuk kepada
kaifiyat taubat
contoh taubat
hikmah taubat
syarat-syarat taubat
Semua yang berikut perbuatan dosa besar kecuali
melawan cakap ibu
menipu dalam peperiksaan
melihat aurat bukan mahram
menceritakan keburukan kawan
pegangan khawarij:
*Beriktikad bahawa pelaku dosa besar ialah
kafir
*Mengkafirkan serta menghalalkan darah
semua darah umat Islam
*X
X ialah
beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa
membataskan sumber syariah daripada al-Quran sahaja
pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
perbuatan manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah SWT
Antara yang berikut yang manakah bukan larangan dalam ihram bagi jemaah haji wanita?
memotong kuku
memakai pakaian berjahit
berburu binatang buruan darat
menutup muka dan dua tapak tangan
*Melontar di ketiga-tiga jamrah
*Bermalam di Muzdalifah
*Bermalam di Mina
Jemaah haji yang meninggalkan amalan di atas secara sengaja menyebabkan hajinya
haram
makruh
sah tetapi wajib membayar dam
batal dan wajib membayar dam
Encik Ali telah mengerjakan umrah dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji dalam bulan yang sama.
Pernyataan di atas merujuk kepada cara mengerjakan
umrah sunat
umrah wajib
haji qiran
haji tamattuk
Mahar musamma ialah mahar yang diberi oleh suami kepada isteri mengikut persetujuan
pihak keluarga isteri
pihak keluarga suami
kedua-dua pihak
pihak pejabat agama Islam
Pilih contoh lafaz talak yang betul
"Aku ceraikan engkau untuk tempoh empat bulan"
"Engkau tertalak sekiranya engkau ingkar"
"Aku ceraikan engkau sekarang"
"Perkhawinan kita dibatalkan"
*Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya
*Menjaga kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan
Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah
idah
zihar
fasakh
khuluk
Antara yang berikut yang manakah bukan larangan semasa idah raji?
berkahwin
berhias diri
menerima pinangan lelaki lain
keluar rumah tanpa izin suami
*Proaktif dan berdaya maju
*Menyelesaikan masalah dengan cepat
*Menghindari daripada unsur-unsur khurafat
Pernyataan di atas paling tepat merujuk kepada hikmah mengamalkan
adab berfikir
adab berjihad
adab bernegara
adab dengan pemimpin
Antara yang berikut yang manakah bukan adab bermusafir?
berhenti di tempat yang sesuai
menyediakan bekalan secukupnya
memohon petunjuk daripada Allah SWT
melantik seorang ketua jika melebihi tiga orang
Antara yang berikut yang manakah bukan adab rakyat terhadap pemimpin?
memberi sokongan padu untuk kepentingan negara
membantu pemimpin memajukan negara
menasihati pemimpin dengan cara baik
mentaati pemimpin dalam semua perkara
*Berjihad memperbaiki diri
*Berjihad melawan syaitan
*Berjihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran
Pernyataan di atas merujuk kepada
adab berjihad
peringkat jihad
kelebihan jihad
cara melahirkan semangat jihad
Antara yang berikut yang manakah paling tepat tentang usaha khalifah Umar al-Khatab r.a. untuk membangunkan tanah?
mengenakan cukai tanah yang tinggi
membeli tanah daripada pemilik bukan islam
memperkenalkan undang-undang Tanah Negara
menghadiahkan tanah kepada penduduk yang baru memeluk Islam
Apakah cara penyebaran Islam pada zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.?
membukukan al-Quran dalam satu naskhah
mendaulatkan kerajaan Islam darpada golongan riddah
memberi hadiah kepada penduduk tempatan yang memeluk Islam
membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Turki dan Perancis
Antara yang berikut yang manakah bukti yang menunjukkan Imam Malik rahimahullah sangat menghormati hadis Rasulullah SAW?
memberi fatwa berdasarkan hadis
mengajar hadis di masjid Nabawi sahaja
menghadiahkan al-Fatihah kepada perawi hadis
mandi dan memakai bau-bauan sebelum mengajar hadis
*Berguru dengan Imam Malik bin Anas
*Mengahafaz keseluruhan al-Quran ketika berusia 9 tahun
Pernyataandi atas merujuk kepada
Imam Shafii rahimahullah
Imam Ahmad rahimahullah
Imam Bukhari rahimahullah
Imam Abu Hanifah rahimahullah
Antara yang berikut yang manakah karya Ibnu Khaldun?
Al-Um
Al-Faraid
Al-Muwata'
Al-Muqadimah
*Encik Umar telah keluar dari rumah dengan beg pakaiannya menuju ke stesen bas.Namun begitu dia tidak tahu ke mana arah tujunya.
Apakah hukum musafir di atas?
makruh
haram
harus
sunat
Contoh kufur nikmat !
melakukan pembaziran
mengagumi diri sendiri
menunjuk-menunjuk kehebatan diri
menyatakan solat fardu merugikan masa
Puan Maimun menyuruh anaknya mandi bunga untuk mendapat jodoh.
Perbuatan di atas merujuk kepada amalan?
syirik
khurafat
sihir
nifak
Antara yang berikut orang yang manakah tidak terbatal imannya?
musyrik
murtad
munafik
fasik
Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih
Penyataan di atas merujuk kepada prinsip......
Khawarij
Syiah Zaidiyyah
Syiah Imamiyah
Ahli Sunnah Waljamaah
- Dilakukan selepas wukuf di Arafah
- Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Perkara diatas merujuk kpd ibadat?
niat ihram
bercukur
tawaf
sai
- Melambai-lambai
- Berlari-lari anak
- Berwuduk
Pernyataan diatas merujuk kepada amalan-amalan ___________ sai.
sunat
wajib
harus
makruh
perkara yang dilarang ketika walimatulurus ialah__________
pertunjukan silat
bermain kompang
persembahan nasyid
upacara tepung tawar
Berkeinginan untuk berkahwin.
Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin.
Tidak dikhuariti melakukan kezaliman terhadap pasangannya.
Hukum perkahwinan di atas ialah:
wajib
sunat
makruh
haram
- ahli
- lafaz
- modal
Perkara di atas merujuk kepada rukun:
gadaian
jual beli
syarikat
insurans
Zihar ialah perbuatan suami menyamakan mana-mana anggota isterinya dengan:
mahram suami
ibu saudara isteri
kakak angkat suami
adik perempuan isteri
- pentadbiran yang cekap
- mempunyai wawasan yang tinggi
- menghindari daripada unsur-unsur khurafat
Pernyataan di atas merujuk kepada faktor kecemerlangan kerajaan bani Umaiyah dari aspek :
kestabilan politik
kekuatan ketenteraan
kebijaksanaan khalifah
hubungan baik kerajaan dgn rakyat
Pilih susunan yg betul tentang kaedah yang digunakan oleh imam Abu Hanifah rahimahullah dalam menentukan hukum:
al-sunnah,al-ljmak,al-quran, dan al-qias
al-sunnah,al-quran,al-qias, dan al-ljmak
al-quran,al-qias,al-sunnah,dan al-ljmak
al-quran,al-sunnah,al-ljmak, dan al-qias
Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan khalifah Abu al-Abbas Abdullah al-Saffah
membangunkan kota Baghdad
mengasaskan kerajaan bani Abbasiah
mewujudkan jawatan Qadi al-Qudhah
membina pasar di tempat-tempat strategik
Pilih padanan yang betul tentang sumber kewangan pada zaman kerajaan Umaiyah.
jizyah- harta rampasan perang
kharaj- cukai tanah yang dikenakan kepada orang bukan Islam
usyur- bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami negara Islam
ghanimah- harta yang diperoleh melalui jalan perdamain setelah pihak musuh menyerah kalah
-Memecat pegawai yang kurang cekap
-Beliau dianggap khalifah al-rasyidin kelima
-Ekonomi negara berada pada tahap yang sangat kukuh
Pernyataan di atas merujuk kepada kegemilangan pemerintahan....
khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
khalifah Yazid bin Muawiyah
khalifah Marwan bin al-Hakam
khalifah Umar bin Abdul Aziz
Pilih pernyataan yang benar mengenai hasil karya HAMKA
'Lembaga Hidup' - bidang sastera
'Falfasah Hidup' - bidang sastera
'Tafsir al-aAhar' - bidang agama
'Pandangan Hidup Muslim' - bidang agama
Tujuan utama digalakkan solat sunat dan berdoa sebelum musafir ialah:
masalah mudah diselesaikan
menjauhi kerosakkan alam
selamat dalam perjalanan
sampai dengan segera
- Mendapat ganjaran Alllah swt
- Rezeki akan bertambah
- X
Pernyataan di atas menerangkan kelebihan memberi hadiah dan sedekah.
Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang paling tepat bagi X?
hidup lebih selesa
disukai oleh manusia
jiwa menjadi lebih tenang
gejala sosial dpt dibendung
Pilih pernyataan yang benar mengenai ciri "mau'izatul hasanah" dalam berdakwah
i- kata kata nasihat yang baik
ii- kata-kata yang melunakkan hati
iii- menunjukkan semangat kerjasama
iv- mengamalkan semangat kerjasama
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
- Melawan dan menghapuskan keraguan yang ada dalam diri
- Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu
Pernyataan di atas merujuk kepada jihad
memperbaiki diri
melawan syaitan
melawan munafik
menghapuskan kemungkaran
. Menyembah patung berhala
. Menyembah pokok
Perbuatan di atas ialah contoh ........ .
kufur hakikat
kufur nikmat
syirik khafi
syirik jali
. Kadar jenayah meningkat
. Mengganggu ketenteraman hidup
. Negara tidak stabil
Pernyatan di atas benar mengenai kesan ........ .
menfitnah
menghasut
mencuri
menipu
Pernyataan berikut adalah akibat terhadap mereka yang dituduh berzina kecuali
menghadapi pelbagai penyakit fizikal
menghadapi tekanan jiwa
memusnahkan masa depan
menjatuhkan maruah
Nazmi enggan menunaikan puasa bulan Ramadan kerana menganggapnya memenatkan dan sia-sia.
Nazmi mesti bertaubat kerana dia telah melakukan ...........
kufur nikmat
khurafat
kufur hakikat
riddah
Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai kesan perbuatan Riddah.
menyebabkan hubungan suami isteri terbatal
menyekat akal berfikir secara logik
menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman
menghalang usaha pembangunan masyarakat islam
Pilih pernyataan yang benar mengenai syarat-syarat sai.
I Bermula dari bukit Marwah
II Dilakukan selepas tawaf
III Cukup tujuh kali
IV Suci daripada hadas
II dan III
I dan II
III dan IV
I dan IV
Antara yang berikut yang manakah tempoh idah bagi perempuan yang bercerai hidup dan tidak hamil?
tiga kali suci
empat bulan sepuluh hari
tiga bulan
tiga idah
Semua yang berikut adalah faktor wanita yang haram dikahwini selama-lamanya kecuali
penyusuan
persemendaan
keturunan
persaudaraan
Apakah rukun haji yang dilaksanakan di Padang Arafah
wukuf
sai
bercukur
tawaf
Antara yang berikut yang manakah perkara yang dibolehkan semasa idah raj'i bagi isteri
menerima pinangan
berkahwin
keluar rumah atas urusan kerja
keluar dari rumah yang disediakan oleh suami
Antara yang berikut yang manakah bukan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa?
menunaikan wasiat mereka dalam semua perkara
berbuat baik kepada mereka meskipun berlainan agama
mentaati perintah mereka dalam semua perkara
menjaga kebajikan mereka
Abu Abbas Abdullah al-Saffah merupakan pengasas kerajaan ............... .
bani Abbasiah
bani Umaiyah
Uthmaniah
khulafa' al-Rasyidin
Apakah tindakan terbaik bagi seorang pemimpin untuk memelihara kesucian agama islam?
menegakkan hukuman dan peraturan Allah SWT
menubuhkan pusat pendidikan agama
mencegah maksiat
membina masjid
Antara yang berikut yang manakah bukan adab berjual beli?
penjual dan pembeli bersikap sabar dan tenang
melindungi hak tanpa paksaan
menjauhi unsur-unsur yang haram
penjual dab pembeli bersikap jujur dan ihsan
Jihad dituntut dalam islam kerana ia dapat ........... .
menjauhi diri daripada perkara maksiat
melahirkan individu beramanah
mendidik sifat jati diri yang tinggi
melahirkan ihsan yang berwawasan
Siapakah pengasas ajaran Bahai?
Husin ali al-Mazandarani
zaid bin ali zainal abidin
mirza gulan ahmad
haji muhammad alshaari
BARANG BERNILAI YANG DIJADIKAN CAGARAN OLEH PEMILIKNYA UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ............. .
gadaian
hutang
saham
sewa
Antara yang berikut yang manakah adab menziarahi jenazah?
I Menbicarakan urusan keduniaan di rumah jenazah
II Mengucapkan takziah kepada keluarga
III Membantu urusan pengebumian jenazah
IV Merasa kesal terhadap kematian
II dan III
I dan II
III dan IV
I dan IV
Razi menyembelih seekor ayam dengan menggunakan pisau yang tumpul.
Apakah hukum sembelihan tersebut?
makruh
sunat
wajib
haram
Antara yang berikut yang manakah kesan buruk mengamalkan ajaran sesat kepada individu?
berlaku keganasan
minda tertutup
keruntuhan institusi
hubungan silaturahim tergugat
