wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Percubaan Pahang K1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Menurut pandangan Barat, konsep tamadun merangkumi pembangunan

a)

A bandar

b)

B tatasusila

c)

C kesopanan

d)

D moral

2.

Gambar 1 menunjukkan tinggalan bandar Mohenjo-Daro dalam tamadun Indus.

Mengapakah masyarakat dalam tamadun Indus mampu membina bandar tersebut?

a)

A Negara kota bersatu padu

b)

B Wilayah pemerintahan meluas

c)

C Kemasukan unsur tamadun luar

d)

D Kegiatan pertanian berkembang

3.

Athens mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Bagaimanakah sistem tersebut diamalkan di Athens?

a)

A Rakyat biasa dilantik menjadi pemerintah

b)

B Golongan bangsawan memerintah wilayah

c)

C Kaum wanita diberi hak menyertai Ahli Majlis

d)

D Warga lelaki menjadi ahli Dewan Perhimpunan

4.

Mengapakah bidang berikut diberi penekanan

dalam pendidikan di Athen

Sukan

Seni berpidato

kesusasteraan

a)

A Menanam sikap keberanian

b)

B Melahirkan individu seimbang

c)

C Melatih pemimpin berwibawa

d)

D Mengukuhkan semangat patriotisme

5.

Maklumat di bawah meruju kepada pemerintah tamadun India.


Tamadun India - Chandragupta Maurya


Bagaimanakah tokoh di atas melaksanakan dasar perluasan empayar?

a)

A Melalui penyebaran agama Buddha

b)

B Menyerang kerajaan pusat

c)

C Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil

d)

D Melantik wakil pemerintah di kawasan taklukan

6.

Maklumat berikut menerangkan kerajaan awal di Asia Tenggara yang terkenal

Srivijaya - terletak di Selat Sunda

Kedah Tua - terletak di Selat Melaka

Apakah keistimewaan kerajaan tersebut?

a)

A Pusat kegiatan ilmu

b)

B Kubu pertahanan yang kuat

c)

C Laluan perdagangan India dan China

d)

D Kawasan kegiatan pertanian yang utama

7.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

A Mengetuai upacara keagamaan

b)

B Menjaga keamanan dalam negara

c)

C Menggubal undang-undang bertulis

d)

D Memutuskan jenis hukuman terhadap pesalah

8.

Peristiwa berikut melibatkan Nabi Muhammad SAW yang dilantik sebagai hakim.

Peristiwa perletakan - HajarAswad ke tempat asalnya di penjuru Timur Kaabah.

Apakah kesan peristiwa berkenaan?

a)

A. Pembahagian kuasa pemimpin

b)

B. Persengketaan antara kabilah diatasi

c)

C. Peperangan antara kabilah tercetus

d)

D. Pembukaan semula Kota Makkah

9.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak turut berhijrah ke Habsyah?

a)

I Nabi tidak mendapat jemputan daripada penduduk Habsyah

b)

II Pemulauan oleh penduduk Habsyah terhadap keluarga Nabi

c)

III Menjaga keselamatan umat Islam yang tidak berhijrah

d)

IV Memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah

10.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat Perjanjian Hudaibiyah walaupun kandungannya lebih memihak kepada Quraisy Makkah?

a)

A Taktik untuk menyerang Makkah

b)

B Strategi untuk menyebarkan Islam

c)

C Usaha untuk menawan orang Quraisy

d)

D Cara untuk mengelakkan peperangan

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad


  • Menjalin hubungan persaudaraan
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW memastikan kedua-dua kepentingan tersebut dicapai?

a)

A Melantik gabenor sebagai pentadbir

b)

B Menubuhkan pasukan tentera tetap

c)

C Menggubal perlembagaan negara

d)

D Menyatukan wilayah-wilayah kecil

12.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin seseorang khalifah dilantik melalui syura.

Apakah kebaikannya?

a)

A Meneruskan tradisi orang Arab

b)

B Mendapat sokongan orang bukan Arab

c)

C Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

d)

D Membantu kesinambungan pemerintahan

13.

Maklumat di bawah berkaitan dengan tindakan pemerintah di Eropah pada masa empayar Turki Uthmaniyah berkembang.


Maharaja John VI Cantacuzens membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan dalam usaha menuntut takhta


Apakah kesan tindakan Maharaja ini?

a)

A Menguasai pemerintahan kerajaan Islam

b)

B Mendapat perlindungan daripada ancaman Parsi

c)

C Memperolehi perlindungan masyarakat Kristian

d)

D Memudahkan perluasan Islam di Eropah

14.

Mengapakah sistem hijabah yang diperkenalkan pada zaman Bani sesuai diamalkan pada masa kini?

a)

A Menjamin keselamatan pemimpin

b)

B Memperkukuhkan pertahanan negara

c)

C Memacu perkembangan ekonomi

d)

D Memupuk perpaduan rakyat

15.

Rajah berikut merujuk teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara


Asia Tenggara DARI Arab , China & India


Apakah persamaan ketiga-tiga teori di atas?

a)

A Dilakukan melalui usaha penaklukan

b)

B Disebarkan melalui kegiatan perdagangan

c)

C Raja menjadi penyebar utama dalam negaranya

d)

D Peranan mubaligh dan ahli sufi sebagai penyebar utama

16.

Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.


Apakah perubahan tersebut?

a)

I Institusi kesultanan diperkenalkan

b)

II Islam dijadikan asas perundangan

c)

III Jawatan pembesar dilantik secara warisan

d)

IV Sistem raja berkuasa mutlak diamalkan

17.

Rajah berikut merujuk undang-undang tidak bertulis, juga dikenali sebagai adat


Adat di Malaysia - ADAT TEMENGGUNG (PARILINEAL)

  • ADAT PERPATIH (MATRILINEAR)


Mengapakah Adat perpatih dianggap bersifat matrilineal?

a)

A Nasab keturunan lebih mengutamakan jurai keturunan ibu

b)

B Semua hukuman berbentuk denda dan ganti rugi berupa harta

c)

C Anak lelaki diberi hak mewarisi harta pusaka

d)

D Peraturan tidak wujud secara bertulis

18.

Apakah aspek persamaan antara ketiga-tiga kesenian berikut?


· Nazam atau naban

· Seni Dikir

· Ghazal




a)

A Kesenian yang memuji raja

b)

B Nyanyian yang menerima pengaruh Islam

c)

C Dimainkan oleh golongan perempuan sahaja

d)

D Seni kata lagu menggunakan bahasa arab sepenuhnya

19.

Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional


Apakah persamaan tersebut? 

a)

A Raja pemilik tanah secara mutlak

b)

B Golongan agama menerajui pentadbiran

c)

C Petani berpeluang meningkatkan status sosial

d)

D Rakyat berhak memilih pemerintah

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan mata wang yang digunakan oleh tiga buah negeri di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah.


Terengganu - Kupang Emas

Kelantan - Dinar Emas

Pahang - Jongkong Tampang


Apakah kesan penggunaan mata wang tersebut?

a)

A Peningkatan kadar upah

b)

B Kelancaran kutipan cukai

c)

C Kelicinan urusan perdagangan

d)

D Perkembangan kegiatan perlombongan

21.

Pembesar Mandarin di Vietnam sebelum kedatangan Perancis.

Bagaimanakah cara perlantikan pembesar tersebut ke dalam pentadbiran ?

a)

A Warisan turun-temurun

b)

B Melalui peperiksaan

c)

C Diperkenan oleh raja

d)

D Cadangan golongan agama

22.

Apakah kesan yang timbul daripada sistem pendidikan vernakular pada zaman penjajahan di Tanah Melayu?

a)

A Ramai penduduk menjadi golongan intelektual

b)

B Menimbulkan semangat kebencian pada penjajah

c)

C Penduduk tempatan berkhidmat sebagai pegawai tadbir

d)

D Kesukaran mewujudkan semangat perpaduan nasional

23.

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

A Perang Rusia-Jepun

b)

B Perang Dingin di Eropah

c)

C Perjuangan golongan Luddite

d)

D Perjuangan Parti Komunis Malaya

24.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.

Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?

a)

A Bantuan golongan bangsawan

b)

B Perpaduan penduduk peribumi

c)

C Kerjasama dengan kuasa asing

d)

D Pengukuhan pemerintahan tradisional

25.

Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.


1910 - 1915

Pemimpin - Perdana Menteri


Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut ?

a)

A Pembunuhan Penasihat British

b)

B Perluasan kuasa British

c)

C Pengunduran tentera Siam

d)

D Penawanan Pasir Puteh

26.

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20?

a)

I Mengugut pemimpin

b)

II Menyekat kegiatan dakwah

c)

III Menghalang kemasukan risalah

d)

IV Menyekat peluang belajar ke luar negara

27.

Apakah yang menentukan sempadan kerajaan yang diperintah oleh raja dalam masyarakat Melayu Tradisional?

a)

A Keluasan tanah jajahan

b)

B Kebijaksanaan raja memerintah

c)

C Kebajikan yang disediakan kerajaan

d)

D Kesetiaan rakyat terhadap raja

28.

Alam beraja

Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak


Apakah perkara yang dapat dikaitkan dengan perbilangan adat yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan?

a)

A Penggubalan undang-undang

b)

B Pembentukan wilayah

c)

C Perpaduan masyarakat

d)

D Pemilihan pemimpin

29.

Apakah peranan Gabenor Malayan Union yang dianggap mencabar kedudukan agama Islam?

a)

A Mengistiharkan tarikh perayaan

b)

B Mengawal kegiatan di masjid

c)

C Memungut zakat dan fitrah

d)

D Mengurus harta pusaka

30.

Dialog berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu tahun 1946 berkaitan reaksi terhadap Malayan Union :


Sultan Kedah : Beta diugut oleh Sir Harold Mac Michael

Pembesar : Bagaimanakah tuanku diugut?


Bagaimanakah Sir Harold Mac Michael mengugut Sultan Kedah jika baginda enggan menerima Malayan Union?

a)

A Dibuang negeri

b)

B Diturunkan tahta

c)

C Menjajah negeri

d)

D Melucutkan jawatan pembesar

31.

Mengapakah penubuhan Jawatakuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggap titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A Gabungan semua parti politik membentuk Parti Perikatan

b)

B Sokongan pihak British untuk memberi kemerdekaan segera

c)

C Persetujusn membentuk satu parti mewakili semua kaum

d)

D Kesanggupan UMNO untuk berunding dengan kaum lain

32.

Jadual berikut menunjukkan keputusan Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.


Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

PERIKATAN - 51

PAS -1


Apakah faktor kemenangan Parti Perikatan?

a)

A Matlamat manifesto jelas

b)

B Mempunyai sumber kewangan

c)

C Memperjuangkan persamaan hak

d)

D Mengadakan kerjasama dengan penjajah

33.

Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.

Mengapakah idea tersebut dipersetujui British?

a)

A Mengurangkan kuasa Raja-raja

b)

B Penyatuan pentadbiran tanah jajahan

c)

C Menghapuskan pengaruh komunis

d)

D Mengehadkan kemasukan imigran

34.

Peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia ialah

a)

A memujuk Singapura menyertai persekutuan

b)

B menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

C melaksanakan sistem Birokrasi Barat

d)

D meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.

35.

Bidang Kuasa X


  • Memelihara hak istimewa orang Melayu
  • Memanggil dan membubarkan Parlimen
  • Mengisytiharkan undang-undang darurat


Apakah X ?

a)

A Dewan Negara

b)

B Dewan Rakyat

c)

C Yang di-Pertuan Agong

d)

D Majlis Raja-Raja Melayu

36.

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem pengagihan kuasa pentadbiran seperti Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Antara berikut yang manakah termaktub dalam Senarai Bersama?

a)

A Tanah

b)

B Pelajaran

c)

C Pertahanan

d)

D Hiburan Awam

37.

Apakah perkara yang menjadi asas untuk menyuburkan semangat perpaduan negara dalam Penyata Razak 1956?

a)

A Sistem persekolahan yang seragam

b)

B Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

c)

C Persekolahan percuma di peringkat rendah

d)

D Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan

38.

Dasar di bawah menggambarkan keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang maju dan berdaya saing


X - Merapatkan jurang ekonomi

  • Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
  • Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi

X ialah :

a)

A Wawasan 2020

b)

B Dasar Ekonomi Baru

c)

C Dasar Pembangunan Nasional

d)

D Rancangan Pembangunan Lima Tahun

39.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

A

  • Ditubuhkan pada bulan September 1961.
  • Dianggotai oleh negara di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas?

a)

I Mengekalkan keamanan dunia

b)

II Menggalakkan kerjasama teknologi

c)

III Mengukuhkan kerjasama pertahanan

d)

IV Mengeratkan hubungan negara anggota

40.

Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.

Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?

a)

A Menamatkan perlindungan politik

b)

B Menghalang perhubungan perdagangan

c)

C Memutuskan hubungan diplomatik

d)

D Menyekat bantuan kemanusiaan