wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa tahun 4

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.

a)

Titik peluh

b)

Mata duitan

c)

Mata keranjang

d)

Mata pencarian

2.

Encik Lim _____ apabila dia telah menjadi kaya.

a)

buah fikiran

b)

lupa daratan

c)

ayam tambatan

d)

orang bawahan

3.

Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami.

a)

durian runtuh

b)

kacang hantu

c)

dalam tangan

d)

tangan terbuka

4.

Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.

a)

berat tulang

b)

cari jalan

c)

alas perut

d)

senang hati

5.

Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.

a)

tajam akal

b)

otak udang

c)

tanda mata

d)

rambang mata

6.

Cikgu Tan ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

diam ubi

b)

naik darah

c)

lipas kudung

d)

kera sumbang

7.

Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.

a)

batu api

b)

cakar ayam

c)

bekas tangan

d)

berat sebelah

8.

Ani ____ abangnya untuk menjadi seorang peguam.

a)

ikut jejak

b)

bulat hati

c)

anak angkat

d)

anak tunggal

9.

Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.

a)

khabar angin

b)

kepala batu

c)

geli hati

d)

buah hati

10.

Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.

a)

ajak-ajak ayam

b)

gila-gila bahasa

c)

bau-bau bacang

d)

nyawa-nyawa ikan