NEW
Font size
WorksheetsTEST 1 MPU1113U1 PENGAJIAN MALAYSIA 2
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Semua yang berikut adalah pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, KECUALI
Sultan Abu Syahid
Sultan Muzaffar Syah
Sultan Ibrahim Syah
Sultan Ahmad Syah
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pembesar ini bertugas sebagai penjaga perbendaharaan kerajaan. Peranannya menyamai menteri kewangan sekarang. Pernyataan ini merujuk kepada ___________.
bendahara
penghulu bendahari
temenggung
laksamana
Klang ialah sebahagian daripada wilayah Selangor. Namun pada abad ke-15, ia duduk di bawah taklukan Melaka. Selepas kota Melaka diserang Portugis, Klang duduk pula di bawah taklukan kerajaan ________
Perak
Pahang
Johor
Kedah
Tugas utama Syahbandar pada zaman Kerajaan Melayu Melaka adalah _________
menguruskan kegiatan perdagangan di Melaka
menguruskan hal-hal kewangan
mengetuai urusan
penasihat Raja
Berikut merupakan sebab-sebab agama Islam mudah diterima oleh masyarakat tempatan semasa Kesultanan Melayu Melaka KECUALI
Islam mudah difahami
masyarakat Melaka ingin menukar agama
peranan pemerintah
Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan
Perjanjian ini telah membahagikan Alam Melayu kepada dua bahagian, iaitu Tanah Melayu di bawah naungan British dan Sumatera, Kepulauan Riau-Lingga di bawah naungan Belanda. Perjanjian ini merujuk kepada _________
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney 1826
Perjanjian Pangkor 1874
Penjajahan Jepun telah memperkenalkan satu slogan untuk membangkitkan semangat penduduk Tanah Melayu, iaitu _____________
Asia untuk orang Asia
Malaya untuk orang Malaya
Kemakmuran Asia
Malaya untuk orang Asia
Berikut merupakan faktor-faktor British mudah menakluki Tanah Melayu KECUALI
memisahkan penduduk mengikut pekerjaan dan tempat tinggal
mengambil hati sultan dan pembesar Melayu
tidak memberikan pendidikan yang tinggi kepada anak bangsa negara yang dijajah
berbaik-baik dengan orang bukan Melayu
Padanan berikut menunjukkan penglibatan pegawai British di negeri-negeri Melayu tertentu. Antara padanan berikut, yang manakah TIDAK BENAR?
Francis Light - Pulau Pinang
J.W.W.Birch - Perak
Sir Hugh Low - Perak
Stamford Raffles - Selangor
Antara pernyataan berikut, yang manakah BUKAN tujuan kerajaan British memperkenalkan dasar desentralisasi kuasa?
Mengagihkan kuasa pusat kepada negeri-negeri Melayu
Memudahkan kekayaan disalurkan kepada masyarakat tempatan
Membentuk satu penyatuan bagi keseluruhan Tanah Melayu
Memudahkan penguasaan Inggeris ke atas semua negeri Melayu
Pegawai British yang dilantik sebagai Gabenor Malayan Union apabila diisytiharkan pada 1 April 1946 ialah ______________
Sir Harold Mac Michael
Sir Malcom MAcDonald
Sir Edward Gent
Sir Henry Gurney
Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai PUTERA dan AMCJA?
AMCJA dan PUTERA telah bergabung untuk mengemukakan Perlembagaan Persekutuan
AMCJA dan PUTERA ialah parti komponen dalam Parti Perikatan
AMCJA dan PUTERA menerima baik cadangan Malayan Union
Semua di atas adalah benar
Slogan "Malaysia untuk orang Malaysia" yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew menunjukkan Singapura memperjuangkan ____________
kelebihan diberikan kepada penduduk Singapura
persamaan hak rakyat Singapura dengan penduduk Tanah Melayu
hanya penduduk Tanah Melayu sahaja mendapat keistimewaan
orang Cina mesti mendapat hak yang sama dengan orang Melayu
Salah satu kesan hasil daripada pengenalan Malayan Union adalah penubuhan UMNO. Pengasas parti UMNO pada masa ini ialah _______
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Dato Onn Jaafar
Dr. Burhanuddin
Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ditubuhkan pada _____
13 September 1963
16 Ogos 1963
13 Mei 1963
16 September 1963
Malayan Union 1946 mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI
kuasa raja-raja Melayu dikekalkan
diketuai oleh Gabenor Inggeris
pengenalan kerakyatan jus soli
merangkumi 9 buah negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka
X telah berjaya melahirkan sebuah perlembagaan baharu dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita penubuhan Malaysia 1963. X ialah __________
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
Suruhanjaya Cobbold
Referendum Singapura
Jawatankuasa Antara Kerajaan
A.M.Azahari mempunyai agenda sendiri menentang Penubuhan Malaysia 1963. Hal ini kerana beliau berhasrat untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak dalam satu pertubuhan yang dinamakan ___________
Kalimantan Utara
Persatuan Asia Tenggara
Kalimantan Selatan
Malaysian Malaysia
Negara yang TIDAK menentang pembentukan Malaysia 1963 ialah ______________
Singapura
Brunei
Indonesia
Filipina
Berikut merupakan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957, KECUALI
pilihan raya umum Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai 1955 bagi menunjukkan kesediaan rakyat Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri
suatu rundingan diadakan di London yang dihadiri oleh empat orang wakil PERIKATAN dan empat orang wakil raja-raja Melayu
satu suruhanjaya dibentuk untuk mendraf Perlembagaan Persekutuan yang diketuai oleh Lord Reid
pengekalan prinsip jus soli dalam perlembagaan dilakukan untuk memastikan sokongan orang bukan Melayu
Jawatan temenggung menduduki tangga ke berapa dalam hierarki 4 pembesar utama?
Pertama
Dua
Tiga
Empat
Mereka merupakan golongan yang menetap di dalam perahu atau di pinggir-pinggir pantai. mereka ialah manusia yang tahan lasak, tahu selok belok laut dan memberikan ketaatsetiaan kepada kesultanan Melaka dan johor. Kenyataan ini adalah merujuk ________________.
orang sungai
orang pantai
orang asli
orang laut
Masyarakat Melayu pada peringkat awal menentang penjajah British kerana faktor-faktor berikut KECUALI
British telah campurtangan dalam hal ehwal adat dan agama Tanah Melayu
British memperkenalkan cukai-cukai seperti cukai Kepala
British juga menyebarkan agama Kristian
Buku-buku banyak ditulis oleh Briitsh
Jika di Tanah Melayu dilantik seorang residen, Manakala di Sabah dan Sarawak pegawai British tersebut dikenali sebagai ___________.
Gabenor British
Pesuruhjaya Tinggi British
gabenor
Leftenan general
Unit pentadbiran Negeri-Negeri Selat menggabungkan Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Unit ini ditubuhkan pada tahun _________ dan diketuai oleh seorang ________.
1824, pesuruhjaya tinggi
1824, Residen Jeneral
1836, residen Konsular
1826, Gabenor
Antara tokoh berikut, yang manakah merupakan tokoh perjuangan di negeri Sabah?
rentap
Antanum
Banting
Penghulu asun
Antara akhbar berikut, yang manakah berperanan sebagai lidah orang melayu menyampaikan tentangan terhadap Malayan Union?
Al-iman
Saudara
Panduan Guru
Majlis
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Suruhanjaya Cobbold
Diketuai oleh Lord Cobbold
Tujuan pembentukannya adalah meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
80% penduduk sabah dan sarawak menyokong pembentukan malaysia
membentuk atau menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Negara yang tidak menentang pembentukan Malaysia 1963 ialah
Singapura
Indonesia
Brunei
Filipina
Salah satu kesan hasil daripada pengenalan Malayan Union adalah penubuhan UMNO. Pengasas parti UMNO pada masa ini ialah
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Dato' Onn Jaafar
Dr. Burhanuddin
Salah satu objektif penubuhan malaysia adalah untuk membebaskan beberapa buah negara yang masih berada di bawah penjajahan British. Apakah negeri tersebut?
i Sabah
ii Sarawak
iii Brunei
iv Singapura
i dan ii
i, ii, dan iv
ii, iii, dan iv
i, ii, iii, dan iv
Penentangan terhadap british → kebangkitan nasionalisme → Malayan Union → (X) 1952, 1956
Perkara di atas menunjukkan proses-proses yang berlaku sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. X dalam kurungan tersebut merujuk _______________
rundingan Baling
rundingan kemerekaan
pilihanraya
Persekutuan Tanah Melayu
Suruhanjaya Reid dianggotai oleh Lord Reid, Sir William McKell, Tuan B.Malik dan individu X.
Siapakah X?
Sir Ivor Jennings
Sir Andrew Clarke
Sir Lord Landsdowne
Tunku Abdul Rahman
Bagaimanakah pihak British menguasai ekonomi tempatan?
Memeterai perjanjian
Menjalin kerjasama dengan raja
Memperkenalkan teknologi moden
Memperkenalkan tanaman komersial
1. Apakah maksud nasionalisme?
Gerakan penentangan untuk mengukuhkan kuasa raja.
Gerakan masyarakat tempatan untuk memajukan diri.
Gerakan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa luar.
Gerakan masyarakat tempatan untuk menarik kedatangan kuasa luar.
Mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap British menemui kegagalan?
Mudah berputus asa.
Tidak bekerjasama dengan British.
Kekurangan ilmu dan senjata moden.
Terpedaya dengan tipu muslihat British.
Bagaimanakah pihak Jepun mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan?
Memperkenalkan ekonomi kawalan.
Mengenakan catuan bekalan makanan.
Mengimport bahan makanan dari Thailand.
Memaksa penduduk tempatan menanam ubi.
Apakah status Raja-raja Melayu di bawah Malayan Union?
Ketua Negara.
Ahli Majlis Melayu.
Ketua Agama Islam.
Pemutus undang-undang.
Bendahara yang terkenal pada zaman Kerajaan Melayu Melaka ialah ______.
Tun Teja
Tun Perak
Wak Raja
Paduka Sri Maharaja
Rancangan penempatan semula masyarakat yang tinggal di pinggir hutan ke kampung-kampung baharu dinamakan __________.
Rancangan Cheeseman
Rancangan Gurney
Rancangan Templer
Rancangan Briggs
Undang-undang Darurat Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan tamat pada tahun __________.
1957
1960
1963
1970
Pegawai British yang diberikan tanggungjawab untuk mendapatkan tandatangan persetujuan raja-raja Melayu berhubung pembentukan Malayan Union ialah _________.
Sir Edward Gent
Sir Cecil Clementi
Sir Gerald Templer
Sir Harold Mac Michael
Isu utama yang memaksa Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia ialah _______.
air
minyak
timah
emas
Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 kerana faktor ________.
politik
ekonomi
sosial
agama dan bahasa
Pemerintahan Indonesia yang kuat menentang gagasan Malaysia ialah _______.
Subandrio
Sukarno
Macapagal
A.M.Azahari
Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A,M.Azahari menentang cadangan pembentukan Malaysia kerana ingin ___________.
membentuk sebuah negara republik
mencapai kemerdekaan sendiri
mengekalkan pemerintahan British di Brunei
membentuk sebuah kerajaan Kalimantan Utara
Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan pembentukan Malaysia 1963?
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Perlembagaan Malaysia 1957.
Laporan Suruhanjaya Reid.
Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Berikut merupakan faktor yang mendorong pembentukan Malaysia, KECUALI
membela nasib masyarakat tempatan di Sabah dan Sarawak.
ancaman komunis yang semakin berleluasa.
memerdekakan wilayah-wilayah yang masih di bawah penjajahan British.
membentuk sebuah negara merdeka yang lebih besar dengan Tanah Melayu sebagai kuasa pusat.
Slogan 'Malaysia untuk orang Malaysia' yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew menunjukkan Singapura memperjuangkan _______.
kelebihan diberikan kepada penduduk Singapura
persamaan hak rakyat Singapura dengan penduduk Tanah Melayu
hanya penduduk Tanah Melayu sahaja mendapat keustimewaan
orang Cina mesti mendapat hak yang sama dengan orang Melayu
Antara faktor berikut, yang manakah BUKAN pandangan Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan Malaysia?
Menyekat pengaruh komunis di Singapura.
Mempercepatkan kemerdekaan dan memajukan ekonomi Sabah dan Sarawak.
Mengimbangi komposisi kaum antara Melayu dengan Cina.
Untuk menarik perhatian dan sokongan negara luar terhadap beliau.
