NEW
Font size
WorksheetsSAINS KSSM Tingkatan 2
Total questions: 25
Worksheet time: 12mins
Namakan planet paling dekat dengan matahari.
Utarid
Bumi
Musytari
Neptun
Apakah maksud pemuliharaan in situ?
Mengekalkan spesis di luar habitat asal
Mengekalkan spesis di taman botani
Mengekalkan spesis di habitat asal
Mengekalkan spesis di zoo
Dalam rajah siratan makanan di atas, katak dikategorikan sebagai
pengeluar.
pengurai.
pengguna primer.
pengguna sekunder.
Transpirasi adalah salah satu proses yang terlibat dalam kitar nutrien bagi sesuatu ekosistem. Nyatakan kitar nutrien yang terlibat.
Kitar air
Kitar nitrogen
Kitar karbon
Kitar oksigen
Bagaimanakah organisma hidup berinteraksi dengan persekitaran?
Ular memakan arnab.
Rumput menggunakan cahaya matahari dalam fotosintesis.
Kulat menguraikan bangkai rusa.
Ikan gapi menjadi pemangsa kepada jentik-jentik.
Interaksi simbiosis terdiri daripada interaksi-interaksi berikut kecuali
mutualisme.
parasitisme.
komensalisme.
persaingan.
Vitamin merupakan salah satu kelas makanan, tetapi hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Mengapa?
Membekalkan tenaga
Membaiki tisu-tisu yang rosak
Mengekalkan kesihatan yang baik
Menjadi penebat haba
Apabila cahaya lampu suluh dihalakan ke dalam bikar yang mengandungi air kapur, didapati
cahaya boleh diserap.
cahaya tidak boleh menembusi air kapur.
cahaya boleh dipantulkan.
cahaya boleh menembusi air kapur.
Namakan alat yang boleh mengesan kewujudan cas elektrik pada sesuatu objek.
Ammeter
Penjana Van der Graaff
Elektroskop
Elektron
Simbol komponen elektrik di atas adalah bagi
mentol.
perintang.
bateri.
galvanometer.
Kelebihan bagi litar bersiri ialah
setiap komponen elektrik dikawal oleh suis yang sama.
setiap alat elektrik boleh dimatikan secara berasingan.
penambahan alat elektrik tidak menjejaskan fungsi alat elektrik lain dalam litar yang sama.
setiap alat elektrik boleh dihidupkan secara berasingan.
Grace telah menitiskan dua titik fenolftalein ke dalam larutan M yang tidak berwarna. Dia mendapati larutan tersebut kekal tidak berwarna. Larutan M adalah
beralkali.
sama dengan sifat ammonia.
berasid.
sama dengan sifat natrium hidroksida.
Bayu laut adalah contoh pengaliran haba melalui salah satu proses berikut di bawah. Nyatakan proses tersebut.
Perolakan
Konduksi
Sinaran
Penyerapan
Ciri-ciri yang digunakan dalam konsep Bangunan Hijau ialah
menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
menggunakan sumber tenaga daripada petroleum.
menggunakan bahan-bahan kitar semula.
mempunyai sistem peredaran udara yang terhad.
Nyatakan salah satu contoh aplikasi pantulan bunyi.
Sonar yang digunakan untuk mengesan objek di dasar laut
Alat bantu pendengaran yang menguatkan bunyi
Suara yang jauh boleh didengari dengan jelas dengan menggunakan pembesar suara
Mikrofon yang digunakan di dalam dewan yang besar dan dipenuhi orang
Galaksi berpilin di atas merupakan salah satu jenis galaksi dalam alam semesta. Bima sakti adalah contoh galaksi berpilin. Ciri-ciri Bima Sakti adalah seperti berikut kecuali
merupakan galaksi yang sederhana besar.
terdiri daripada lebih kurang 200 bilion bintang.
terdiri daripada sistem suria.
merupakan galaksi yang tidak seragam.
Sebuah hutan hujan tropika yang didiami oleh pelbagai tumbuhan dan haiwan yang saling bersandaran antara satu sama lain adalah sebuah
ekosistem.
komuniti.
populasi.
habitat.
Rajah di atas menunjukkan ujikaji bagi menunjukkan konsep haba dalam cecair. Mengapakah air berwarna digunakan?
Untuk menunjukkan cecair boleh membebaskan dan menyerap haba dengan jelas
Untuk menunjukkan warna boleh mengalir dalam cecair dengan jelas
Untuk menunjukkan cecair boleh mengembang dan mengecut dengan jelas
Untuk menunjukkan haba boleh mengalir melalui cecair dengan jelas
Dalam pergerakan komet, apabila komet menghampiri Matahari, komet akan mengalami perubahan berikut kecuali
menjadi semakin laju.
menjadi semakin besar.
mencair.
kelihatan seperti berekor panjang.
Apabila meteoroid memasuki atmosfera Bumi, meteoroid akan dikenali sebagai
meteoroid.
meteor.
meteorit.
asteroid.
Planet yang juga dikenali sebagai planet gergasi bergas.
Neptun
Bumi
Zuhal
Marikh
Satu tahun cahaya bersamaan dengan
9.5 X 1012
1.5 X 108
9.5 X 10-12
1.5 X 10-8
Mengapakah Matahari kelihatan lebih besar dan lebih cerah berbanding dengan bintang lain dalam alam semesta?
Kerana berputar mengelilingi Matahari
Kerana mempunyai lapisan atmosfera
Kerana suhu Matahari yang tinggi
Kerana jarak yang agak dekat dengan Matahari
See Yew Soon ingin minum air di dalam gelas dengan penyedut minuman seperti dalam rajah, tetapi air tidak dapat disedut keluar. Cadangkan satu cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah itu.
Membuat satu lubang lain pada penyedut minuman itu
Menampal lubang itu dengan salutip
Memotong sedikit bahagian penyedut minuman yang berlubang
Menukarkan bahagian berlubang penyedut minuman ke bahagian bawah (ke dalam air)
Kereta sorong adalah salah satu contoh tuas. Nyatakan kedudukan beban bagi kereta sorong.
Fulkrum terletak di antara daya dan beban.
Beban terletak di antara fulkrum dan daya.
Daya terletak di antara fulkrum dan beban.
Beban terletak di hujung fulkrum.
