wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM-Konsep Asas Pemikiran Komputasional (Tingkatan 1)

Total questions: 13

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah proses pemikiran komputasional.

Pilih susunan proses yang betul.

1. Masalah dipecahkan 2. Kenal pasti corak yang sama 3. Perkara tidak penting ditinggalkan 4. Sediakan satu model penyelesaian masalah

a)

1, 2, 3, 4

b)

1, 3, 2, 4

c)

1, 4, 2, 3

d)

4, 3, 2, 1

2.

Bahagian-bahagian kecil yang telah dipisahkan akan dianalisis untuk mengenal pasti corak-corak tertentu yang terdiri daripada sama ada kesamaan atau perbezaan.

Apakah nama teknik ini?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

3.

Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian.

Apakah teknik yang dimaksudkan?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

4.

Satu model dibina bagi masalah yang diselesaikan. Ia boleh di dalam bentuk formula, teknik peraturan atau langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah.

Apakah nama teknik ini?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

5.

Meninggalkan aspek-aspek kurang penting yang terdapat dalam corak-corak yang dicamkan dan memfokus kepada aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah.

Apakah teknik yang dimaksudkan?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

6.

Berikut adalah pecahan aktiviti memberus gigi.

  • - Jenis berus gigi
  • - Jenis ubat gigi
  • - Bilangan gosokan berus gigi sebelah kiri
  • - Bilangan gosokan berus gigi sebelah kanan
  • - Kekuatan tekanan berus pada gigi

Apakah teknik yang sesuai digunakan?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

7.

Andaikan anda ialah seorang juru lanskap. Syarikat anda ditugaskan untuk menyiapkan sebuah taman permainan di sebuah kawasan di luar bandar. Anda dipilih untuk mengkaji dan menganggarkan kos yang diperlukan bagi menyiapkan taman permainan.

Apakah teknik pertama yang sesuai digunakan?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

8.

Aspek penting bagi menyelesaikan masalah binaan anak tangga adalah lebar dan bilangan anak tangga.

Aspek kurang penting bagi menyelesaikan masalah yang sama adalah saiz dan bahan yang digunakan untuk membuat batu bata.

Teknik apakah yang dimaksudkan?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

9.

Teknik apakah yang membolehkan kita menghasilkan satu idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain yang mempunyai persamaan ataupun perbezaan?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

10.

Seorang pekerja perlu menyusun 114 buah buku terpakai ke dalam 3 buah kotak yang sama saiz dan jumlah buku dalam setiap kotak haruslah sama. Malangnya, pekerja itu mengalami kesukaran untuk menyusun kesemua buku tersebut secara sama banyak ke dalam setiap kotak. Antara berikut, manakah teknik pemikiran komputasional yang penting bagi memastikan jumlah buku adalah sama dalam setiap kotak?

a)

Leraian dan pengitlakan

b)

Leraian dan peniskalaan

c)

Peniskalaan dan pengitlakan

d)

Pengecaman corak dan pengitlakan

11.

Seorang ketua pelancong ingin memuatkan seramai 43 orang pelancong dalam beberapa buah van. Belian akan mempraktikkan teknik penyelesaian masalah dalam pemikiran komputasional. Susun mengikut urutan yang betul bagi teknik yang akan digunakan.

I. Leraian

II. Pengecaman corak

III. Peniskalaan

IV. Pengitlakan

a)

I, II, III dan IV

b)

II, III, IV dan I

c)

III, IV, I dan II

d)

IV, III, II dan I

12.

Berdasarkan pernyataan yang diberi, apakah aspek kurang penting yang boleh ditinggalkan?

a)

Nama hotel

b)

Jenis bilik hotel

c)

Harga bilik hotel

d)

Jarak hotel dengan lokasi yang ingin dituju

13.

Jadual yang diberi menunjukkan kumpulan yang akan mengambil bahagian dalam perkhemahan. Sekiranya khemah yang disediakan boleh memuatkan 10 orang, apakah teknik pemikiran komputasional yang boleh digunakan untuk menempatkan setiap kumpulan dalam khemah yang sama.

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan