NEW
Font size
WorksheetsSASTERA 'A'
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Sepi membungkam dalam diri
sepi diri tanpa bonda
kepiluan melamar jua
Ibu,
kau masih dalam ingatan
memoriku sepi tanpa ibu.
Nyatakan dua nada yang terdapat dalam petikan di atas.
Nada patriotik dan melankolik
Nada romantik dan melankolik
Nada protes dan romantik
Nada sinis dan melankolik
Yang berikut merupakan ciri drama dalam sastera kecuali
Watak atau pelakon
Babak
Skrip
Rentak lagu
Berikut merupakan gaya bahasa perulangan kecuali
Kata ganda
Repitisi kata
Asonansi
Anafora
Apakah nama bagi kajian Sastera Epik dalam Nilai Insan?
Sastera Panji
Hikayat Parang Puting
Hang Tuah diutus ke Siam
Hikayat Amir Hamzah
Suatu malam Raden Menteri bermimpi Ken Tambohan dilarikan harimau lalu ghaib ke dalam hutan. Apabila ia terkejut maka diceterakanlah dari hal mimpinya itu kepada Ken Tambohan. Menangislah kedua-dua suami isteri itu.
Mengapakah Raden Menteri dan Ken Tambohan menangis?
Ken Tambohan mati dibunuh oleh Palebaya
Perceraian kedua-dua suami isteri itu.
Ken Tambohan dibaham oleh harimau
Raden Menteri berkahwin lain
Mengapakah Laksamana Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang bijaksana?
Bijak belajar sehingga ke Pattani
Bijak membohongi kedatangannya ke Siam atas tujuan melawat Raja Phra Cau
Fasih berbahasa Siam
Bijak membuat helah menyatakan tubuhnya sakit lalu tidak dapat merangkak untuk menyembah Raja Phra Cau
Nyatakan satu ciri sastera hikayat.
Mempunyai sifat kepahlawanan tokoh
Terdapat unsur pengembaraan
Latar tempatnya ialah di Jawa
Ada gelaran Raden pada nama anak-anak raja.
Nyatakan maksud Teknik Saspens.
unsur ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca
Pertentangan antara dua pihak
Sesuatu kejadian itu berlaku dengan tidak disangka-sangka
gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara yang belum berlaku atau yang akan berlaku
Drama realisme merupakan drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat sebenar. Apakah ciri-ciri drama realisme?
Latar tempat dan latar masa ialah pada masa sekarang
Bahasa yang digunakan ialah Bahasa melayu moden dan latar masyarakat remaja sekarang
Latar tempatnya di alam nyata dan wataknya ialah masyarakat zaman sekarang
Latar masanya ialah pada masa sekarang dan Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris
Apakah kegunaan parang puting sebagai unsur sakti dalam sastera Hikayat?
Menyebabkan naga tidak dapat bergerak di dalam air
Menyediakan pelbagai jenis makanan dalam sekelip mata
Melakukan kerja-kerja menebang dengan sendiri
Melakukan pembunuhan terhadap naga
Inilah sawah tradisi
yang semakin dibiaki
onak dan Lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus opportunis
yang kian tamak.
Nyatakan ciri bentuk petikan di atas yang BETUL.
Rima akhir ialah aabcde serangkap
Rima akhirnya ialah bebas
Bilangan patah perkataan antara 2 hingga 6 perkataan sebaris
Mempunyai rangkap
Dia pernah membaca kitab-kitab tasawuf yang ditulis oleh Syeikh Ahmad al-Fatani. Bahkan dia hamper-hamper menghafal puisi tasawuf yang Panjang, yang ditulis oleh penyair Utama dari Pattani, Thailand itu.
Berdasarkan petikan, terdapat beberapa unsur islam. Yang manakah BUKAN salah satu daripadanya?
Kitab islam
Tokoh Islam
Tempat islam
Gelaran islam
Antara berikut merupakan Teknik plot, KECUALI
Dialog
Peleraian
Imbas kembali
Saspens
Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang, gondrong, panjang, pintal-memintal, kusut-masai itu. Setiap kali aku gariskan rambut-rambut yang kusut-masai kepunyaan Dol itu, aku teringat pada sarang tupai di kampungku, entah beberapa tahun yang lalu.
Nyatakan Teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan.
Dialog, imbas muka
Monolog dalaman, kejutan
Pemerian, imbas kembali
Monolog luaran, imbas kembali
Sudut pandangan merupakan cara membuatkan pembaca seolah-olah menjadi pelaku Utama atau orang lain dalam sesebuah cerita.
Nyatakan satu sudut pandangan yang anda pelajari dalam kesusasteraan melayu.
Sudut pandangan ketiga
Sudut pandangan orang kedua
Sudut pandangan pertama
Sudut pandangan orang pertama
"Ayah berhentilah buat kerja sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat itu akan minta nyawa di akhirat kelak. Kerja ayah ini kerja dosa. Ayah dah tua."
Mengapakah menantu Pak Yasok melarangnya membuat patung wayang?
Faezah merupakan seorang ustazah dan dia tahu hukum membuat patung wayang
Faezah takut Pak Yasok berdosa
Faezah mahu Pak Yasok insaf dan bertaubat
Faezah menyatakan Pak Yasok sudah tua
Latar masa menunjukkan masa atau waktu berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah cerita.
Apakah latar masa bagi drama Mat Piah dan Mr. Blackway?
Tengah malam, 2:30 pagi
Dinihari, 2:32 pagi
Petang, 2:32 petang
Pagi, 2:30 pagi
Apakah nama watak Utama dalam cerpen Namun Itulah Hakikat?
Pak Yasok
Penghulu Sudin
Pak Mid
Abang Said
Antara gaya Bahasa berikut, yang manakah digunakan dalam prosa dan puisi?
Anafora
Responsi
Repitisi
Asonansi
Berikut merupakan persamaan perwatakan antara Pak Yasok dengan Pak Mid, KECUALI
Seorang yang gigih bekerja
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang sanggup berkorban
Seorang yang mementingkan pendidikan
Drama Anna memaparkan pelbagai konflik antara watak. Yang manakah BUKAN konflik antara watak yang terdapat dalam drama tersebut?
Zaki dengan Anna
Anna dengan Zaki
Anna dengan Mak Munah
Zaki dengan Dr. Chan
Yang manakah antara berikut merupakan persamaan antara pantun empat kerat dengan syair?
Pantun mempunyai empat baris setiap rangkap manakala syair pula mempunyai dua baris setiap rangkap
Pantun berbentuk terikat manakala syair juga berbentuk terikat
Pantun mempunyai empat perkataan setiap baris manakala syair mempunyai tiga hingga lima perkataan setiap baris
Pantun mempunyai rima akhir yang sama setiap rangkap manakala syair mempunyai rima akhir yang tidak sama setiap rangkap
Bagaimanakah cara untuk menentukan rima akhir setiap rangkap bagi sesebuah puisi?
Huruf akhir dalam setiap baris
Perkataan akhir dalam setiap baris
Bunyi akhir bagi perkataan akhir dalam setiap baris
Vokal a, e, i, o, u dalam setiap baris
Malam itu Sharifah tidak tidur. Dia berniat untuk sedekahkan baju-baju yang baru siap itu kepada saudara-maranya di kampung. Dia akan hubungi Mak Lijah tukang jahit dan Mek Nab tukang masak mereka.
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan satu Teknik plot yang digunakan.
Imbas muka
Pemerian
Kejutan
Konflik
Reaksi mereka yang menonton berita pada malam itu dari segenap ceruk rantau tentu sekali berbagai-bagai. Seorang tukang gunting di kedainya, misalnya yang menonton sambal sedang memotong rambut seorang pelanggan mencicip-cicip bibirnya mengeluarkan bunyi 'chet chet chet' seperti seekor burung sambal menggeleng-geleng.
Yang manakah merupakan gaya Bahasa yang terdapat dalam petikan di atas?
Kata ganda, personifikasi
Simile, personifikasi
Simile, kata ganda
kata ganda, metafora
