WorksheetsSAINS TAHUN 5 - Haiwan (Cara lindung diri)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Berikut adalah cara haiwan melindungi diri daripada musuh KECUALI...
Berduri tajam
Tanduk
Berbulu tebal
Bisa
Sotong kurita melindungi diri daripada musuh dengan cara...
Memutuskan anggota badan
Melarikan diri
Menyemburkan dakwat hitam
Mengeluarkan bau yang busuk
Berikut adalah tingkah laku khas haiwan menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang melampau KECUALI..
Berendam di dalam lumpur
Bonggol di belakang
Lemak tebal
Menyamar
Ibu kanggaru melindungi anaknya daripada musuh dengan cara...
Menyimpan anak di dalam kantung
Menyimpan anak di dalam mulut
Melarikan diri
Menendang musuh
Cara haiwan memastikan kemandirian spesiesnya ialah...
Bertelur
Beranak
Makan
Singa laut mempunyai bulu yang tebal untuk menyesuaikan diri di kawasan sejuk
Betul
Salah
Bagaimanakan buaya memastikan kemandirian telurnya?
Memasukkan ke dalam mulut
Menyembunyikan telur di dalam jerumun
Menyembunyikan telurnya di dalam pasir
Menyimpan telurnya di dalam badan
Pilih dua haiwan yang menyamar untuk melindungi diri daripada musuh
Siput babi
Rama-rama
Kumbang
Sesumpah
Mengapakah haiwan perlu memastikan kemandirian spesiesnya?
Supaya manusia ada makanan
Supaya generasi akan datang dapat melihat haiwan tersebut
untuk mengelakkan kepupusan
Bagaimanakah burung bangau dan paus menyesuaikan diri dengan cuaca yang melampau?
Bonggol pada badan
Berbulu tebal
Berhibernasi
Bermigrasi
Beruang kutub mempunyai bulu yang tebal untuk mengelakkannya mati kesejukan. Apakah cara lain haiwan tersebut menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk?
Lemak tebal
Migrasi
Hibernasi
Menyamar
Bagaimanakah skunk melindungi dirinya?
Berpura-pura mati
Kentut yang busuk
Berlari laju
Menyamar
Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian spesies?
Keupayaan haiwan untuk mendapatkan makanan bagi menjalankan aktiviti harian
Keupayaan haiwan memastikan spesiesnya terus hidup
Apakah yang dimaksudkan dengan jerumun?
Tempat tidur buaya
Sarang buaya yang diperbuat daripada lumpur dan daun-daun kering
Penguin menyesuaikan diri dengan cuaca melampau melalui...
Bulu tebal
Lemak tebal
Hibernasi
Hubungan makanan antara hidupan
Rantai makanan
Siratan makanan
Maksud siratan makanan ialah...
Hubungan makanan antara hidupan
Gabungan beberapa rantai makanan
Pengeluar di dalam satu habitat ialah....
Karnivor
Omnivor
Tumbuhan
Mikroorganisma
Populasi yang paling besar di dalam sesuatu habitat ialah haiwan karnivor.
Betul
Salah
Tumbuhan --> belalang --> X --> Ular --> Y
Apakah haiwan X dan Y?
Katak, Harimau
Katak, helang
Burung, Harimau
Burung, Helang
Pak Samad mendapati hasil tanamannya rosak akibat dimakan ulat.
Apakah haiwan yang sesuai dibela oleh Pak Samad untuk memastikan tanamannya tidak rosak?
Helang
Burung pipit
Burung hantu
Ular
Apakah yang dilakukan oleh haiwan sekiranya semua tumbuhan dalam sesuatu habitat dimusnahkan?
Mati kelaparan
Bertambah banyak
Berpindah ke kawasan lain
Haiwan karnivor adalah yang hanya makan daging...
Antara berikut, ,manakah haiwan karnivor di dalam sesuatu habitat?
Harimau
Burung pipit
Burung helang
Beruang
Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan omnivor?
Haiwan yang makan tumbuhan
Haiwan yang makan daging
Haiwan yang makan tumbuhan dan daging
Di dalam sesuatu siratan makanan perlu ada sekurang-kurangnya ______________ rantai makanan.
1
2
3
4
