wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Pendidikan Islam Tahun 6

Total questions: 25

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Nama surah bagi ayat وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ialah

a)

surah as Shams

b)

surah ad Dhuha

c)

surah al Alaq

d)

surah al Fatihah

2.

Kalimah yang mengandungi bacaan dengung ialah

a)

وَٱلشَّمۡسِ

b)

إِذَا يَغۡشَىٰهَا

c)

مَن دَسَّىٰهَا

d)

وَمَا سَوَّىٰهَا

3.

Hadis ini berkaitan

a)

solat

b)

zakat

c)

rasuah

d)

adab

4.

Apakah pengertian Rasuah?

a)

Sesuatu pemberian seseorang kepada jirannya

b)

Sesuatu pemberian yang diberikan kepada seseorang bagi membetulkan sesuatu yang salah

c)

Sesuatu pemberian yang diberikan kepada orang miskin

d)

Sesuatu pemberian yang diberikan kepada seseorang bagi menghargai jasa

5.

Berikut adalah sebab berlakunya rasuah kecuali?

a)

iman yang lemah

b)

tamak

c)

mahu cepat jadi kaya

d)

takut dengan azab Allah

6.

situasi rasuah yang betul ialah

a)

Ahmad mendapat hadiah sebab cemerlang dalam pelajaran

b)

Jannah memberikan duit kepada Siti untuk menutup kesalahannya meniru semasa peperiksaan

c)

Ali memberikan duit kepada anaknya untuk membeli buku di sekolah

d)

Majikan memberikan bonus kepada pekerjanya yang cemerlang

7.

Maksud الحسيب

a)

Allah Maha Mendengar

b)

Allah Maha Melihat

c)

Allah Maha Menghitung

d)

Allah Maha Bijaksana

8.

Berikut adalah bukti nama Allah Al Hasib kecuali

a)

Adanya Hari kiamat

b)

Adanya syurga dan neraka

c)

Adanya timbangan barang

d)

Adanya malaikat mencatat segala amalan

9.

Apakah maksud Zuljalali wal ikram

a)

Allah yang memiliki Keagungan dan kemuliaan

b)

Allah yang Maha Bijaksana

c)

Allah yang Maha Mengetahui

d)

Allah yang Maha Memberi

10.

Bukti Keagungan dan Kemuliaan Allah ialah

a)

Semua makhluk memuji keagungan manusia

b)

Kehendak Allah ada batasan

c)

Allah memerlukan makhluk untuk mencipta bumi

d)

Allah berkuasa mencipta semuanya

11.

Apakah maksud syirik

a)

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

b)

Perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

c)

Percaya hanya kepada Allah

d)

Percaya kepada persuruh Allah

12.

Syirik___________ ialah mempercayai tuhan selain Allah atau menyembah tuhan lain

a)

Syirik khafi

b)

Syirik kecil

c)

Syirik Jali

d)

Syirik pertama

13.

Berikut merupakan keadaan yang menyebabkan syirik jali kecuali

a)

menyembah matahari

b)

mempercayai bomoh

c)

menyembah berhala

d)

riak dalam melakukan ibadah

14.

Syirik Khafi juga dikenali sebagai ...........

a)

syirik kecil

b)

syirik besar

c)

syirik ringan

d)

syirik berat

15.

Hukum solat sunat hari raya ialah

a)

sunat

b)

wajib

c)

haram

d)

harus

16.

kaifiat solat sunat hari raya ialah

a)

Niat dan takbiratulihram - 7 takbir beserta tasbih- membaca surah Al-fatihah

b)

Niat-5 takbir berserta selawat- membaca surah Al fatihah

c)

Niat dan takbiratulihram - 7 takbir beserta selawat- membaca surah Al-fatihah

d)

7 Takbir beserta tasbih- niat- membaca surah Al-fatihah

17.

Apakah maksud samiyat

a)

Perkara yang tidak dapat dilukis oleh manusia

b)

Perkara yang tidak dapat digambarkan oleh mikroskop

c)

Perkara yang tidak dapat digambarkan oleh akal dan pancaindera manusia

d)

Perkara yang tidak dapat digambarkan oleh hati manusia

18.

Berikut merupakan contoh samiyat kecuali

a)

alam barzah

b)

syurga dan neraka

c)

padang mahsyar

d)

alam nyata

19.

Hukum melakukan solat jenazah ialah

a)

fardhu ain

b)

fardhu kifayah

c)

fardhu ke atas setiap muslim

d)

fardhu solat

20.

Cara menunaikan solat jenazah yang betul ialah

a)

4 takbir 1 salam

b)

4 takbir 4 salam

c)

5 takbir 1 salam

d)

4 takbir 2 rukuk

21.

Apakah peperangan yang tercetus apabila kerajaan Rom makin terancam dan mahu menyekat pengaruh Islam yang semakin meluas?

a)

Perang Hunain

b)

Perang Tabuk

c)

Perang Uhud

d)

Perang Badar

22.

apakah pengajaran peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW

a)

ingkar perintah Nabi

b)

tidak taat pada perintah Allah

c)

mengamalkan sunnah Nabi

d)

menyayangi sahabat

23.

apakah iktibar daripada peristiwa hajjatu wada'

a)

hidup bersatu padu

b)

bersungguh-sungguh menunaikan ibadat

c)

lalai dalam menunaikan solat

d)

menjadikan Al-Quran dan As sunnah sebagai panduan hidup

24.

nyatakan kepentingan menjaga alam sekitar

a)

udara akan menjadi kotor

b)

dapat menghirup udara segar

c)

bumi akan sentiasa bersih

d)

sihat tubuh badan

25.

pesanan Rasulullah dalam Khutbah yang terakhir ialah

a)

mengeratkan persaudaraan sesama Islam

b)

sentiasa bermusuhan

c)

menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup

d)

mendirikan solat 5 waktu, puasa, zakat dan haji