NEW
Font size
WorksheetsTRIAL SEJARAH SABAH SPM 2019
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
1. Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri
tamadun.
Apakah X ?
A. Kemajuan sistem perhubungan
B. Hubungan antara kerajaan
C. Perkembangan ekonomi
D. Kehidupan berorganisasi
2. Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?
A. Ketinggian tatasusila masyarakat
B. Kemajuan pesat bidang ekonomi
C. Kesejahteraan semua lapisan rakyat
D. Kebebasan mengamalkan sebarang agama
3. Sistem demokrasi diwarisi daripada tamadun Yunani. Mengapakah sistem tersebut masih diamalkan sehingga kini?
A. Kekayaan individu dikawal
B. Hasil bumi milik negara
C. Kuasa rakyat diiktiraf
D. Raja berkuasa penuh
4. Dalam buku Republic, Plato menghuraikan struktur kerajaan yang baik.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan saranan Plato tersebut?
A. Mengamalkan sistem teokrasi
B. Memiliki angkatan tentera yang kuat
C. Pelaksanaan undang - undang yang ketat
D. Negara diketuai ahli falsafah
5. Dialog berikut mungkin berlaku pada abad
ke- 9 Masihi.
Pedagang India : Kita akan sampai ke Suvarnabhumi beberapa hari lagi.
Nakhoda kapal : Ya, betul.
Dimanakah Suvarnabhumi yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?
A. Funan
B. Tanah Melayu
C. Pulau Jawa
D. Angkor
6. Bagaimanakah pemerintah kerajaan Agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?
A. Membawa masuk buruh luar
B. Membina sistem pengairan
C. Menaik taraf kemudahan pelabuhan
D. Memperkenal kaedah penggiliran tanaman
7. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah. Apakah kesan amalan sistem tersebut?
I. Pengaruh asing lemah
II. Sistem beraja merosot
III. Perang kerap berlaku
IV. Semangat assabiah muncul
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8. Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri. Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?
A. Pertukaran hak menguasai telaga zamzam
B. Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah
C. Pengamalan semangat kesukuan
D. Perebutan kuasa memungut cukai
9. Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
A. Pembahagian wilayah
B. Bilangan penduduk bertambah
C. Sistem kabilah diteruskan
D. Unsur jahiliah dihapuskan
10. Gambar menunjukkan sambutan Maal Hijrah di Malaysia.
Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati
A. Turun wahyu pertama
B. perjuangan umat Islam
C. pembukaan semula kota Makkah
D. kelahiran Nabi Muhammad SAW
11. Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan beberapa bahagian dalam pentadbiran. Apakah bahagian tersebut?
I. Cukai
II. Kehakiman
III. Perdagangan
IV. Bahasa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12. Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan
untuk
A. mengukuhkan pertahanan laut
B. mengumpul rekod baitulmal
C. mengawal keselamatan khalifah
D. mengurus pelantikan wazir
13. Masyarakat Melayu berubah selepas kedatangan islam. Apakah perubahan tersebut?
A Menekankan persamaan taraf
B Mementingkan adat turun - temurun
C Mengutamakan pencapaian ekonomi
D Menggalakkan perkahwinan siasah
14. Ajaran Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara secara aman dan tertib.Keadaan tersebut berlaku kerana masyarakat Asia Tenggara
A. Bersedia untuk bekerjasama
B. Tabah menghadapi cabaran
C. Bersepakat dalam perjuangan
D. Sedia menerima perubahan
15. Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?
A. Pelantikan ketua adat
B. Keturunan sebelah bapa
C. Perkahwinan sesama suku
D. Anak perempuan mewarisi harta
16. Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut?
A. Pengiktirafan kewibawaan pemerintah
B. Kemantapan undang-undang negara
C. Keberkesanan sistem pentadbiran
D. Pengukuhan hubungan luar
17. Revolusi Perindustrian menyebabkan Britain dan kuasa Eropah lain bertindak menguasai negara lain.
Mengapakah Britain dan kuasa Eropah lain bertindak demikian?
A. Menghapus penindasan
B. Meneroka pasaran baru
C. Mengeksport tenaga kerja asing
D. Memajukan masyarakat peribumi
18. Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah?
I. Sistem feudal runtuh
II. Institusi agama merosot
III. Ilmu pengetahuan terhad
IV. Kerajaan Pusat Lemah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Pada abad ke-20, kapal korek mula digunakan dalam kegiatan perlombongan
di Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan kapal korek tersebut?
A. Pemodal Eropah menjadi pengeluar utama
B. Kegiatan pertanian semakin jatuh merosot
C. Lombong milik pelombong Cina tutup
D. Pembesar Melayu menjadi pemodal
20. Mengapakah undang-undang berikut dilaksanakan di Tanah Melayu ?
Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920
A. Menyebarkan ajaran agama
B. Mewajibkan pendidikan rakyat
C. Menyekat kemasukan imigran
D. Membasmi pengaruh komunis
21. Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke-17, telah membantu kuasa - kuasa Barat menjalankan kegiatan imperialisme di Asia Tenggara.
Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme?
A. Menjimatkan kos
B. Memendekkan jarak
C. Memudahkan kerja
D. Mempercepatkan arahan
22. Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.
Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?
A. Ekonomi sara diri terjejas
B. Perusahaan petani terjejas
C. Cukai yang membebankan
D. Perdagangan tukar barang terganggu
23. Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di
Sarawak.
Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?
A. Menyerang kubu pertahanan
B. Enggan membayar cukai tanah
C. Mengutip hasil hutan tanpa lesen
D. Meminta bantuan tentera asing
24. Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.
Mengapakah beliau menentang British?
A. Pembinaan balai polis
B. Pembayaran ufti tahunan
C. Pencabulan adat tradisional
D. Pengenalan peraturan tanah
25. Gambar 4 adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan
British.
Bagaimanakah baginda bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor ?
A. Menyatupadukan pelbagai kaum
B. Menyekat kemasukan buruh luar
C. Menggubal perlembagaan bertulis
D. Mendapatkan bantuan kerajaan berjiran
26. Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke-19.
Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?
A. Perjanjian
B. Realpolitik
C. Perundingan damai
D. Kuat kuasa undang-undang
27. Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A. Pertambahan bilangan kaum imigran
B. Kekuatan perpaduan orang Melayu
C. Memenuhi desakan orang dagang
D. Akur tuntutan golongan radikal
28. Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.
Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut ?
A. Memusnahkan status quo
B. Menggugat kedudukan raja
C. Pembentukan pelbagai budaya
D. Penghapusan ekonomi tradisional
29. Pada tahun 1951, Dato’ Onn bin Jaafar mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
A. Memantapkan pentadbiran kerajaan
B. Memperkukuhkan perpaduan
C. Memperkuat organisasi parti
D. Meminta sokongan baru
30. Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Mendapatkan sokongan luar
B. Mengadakan pungutan suara
C. Memperkukuhkan perpaduan
D. Berunding dengan komunis
31. Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan peribahasa berikut?
· Air dicincang takkan putus.
· Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
A. Pemulihan hubungan Malaysia-Indonesia
B. Pengukuhan hubungan Malaysia-Filipina
C. Pembentukan Parti Perikatan Sarawak
D. Penyertaan Brunei dalam Malaysia
32. Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baharu.
Siapakah dalang di sebalik anggapan tersebut?
A. Golongan agama
B. Orientalis Barat
C. Parti Komunis
D. Penjajah luar
33. Gambar menunjukkan Jata Negara kita Malaysia.
Mengapakah jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia?
I. Mempertahankan semangat kenegerian
II. Melambangkan kemajuan negara
III. Memperkukuhkan perpaduan rakyat
IV. Melahirkan rakyat bersemangat waja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
34. Pilihan raya kecil diadakan di mana-mana kawasan di negara kita sekiranya wakil rakyat
A. Menyertai parti lain
B. Dipecat dari parti
C. Meninggal dunia
D. Hilang sokongan
35. Gambar menunjukkan bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan bangsa dan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bendera tersebut kerana ia adalah lambang
A. Keagungan
B. Kegigihan
C. Kedaulatan
D. Kemajuan
36. Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan
kawasan luar bandar dapat dicapai?
I. Menyatupadukan penduduk
II. Menamatkan kutipan cukai
III. Menyediakan kemudahan pinjaman
IV. Membuka kawasan pertanian baru
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
37. Kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ melalui Dasar Pertanian Negara (DPN).
Apakah tujuan program tersebut?
A. Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah
B. Menambahkan peluang pekerjaan
C. Memperkemas sistem pemasaran
D. Membuka petempatan baru
38.Pernyataan berikut adalah cabaran kelapan Wawasan 2020.
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan?
A. Kekayaan negara dikongsi bersama
B. Pelaburan asing dipertingkatkan
C. Memantapkan jati diri rakyat
D. Membangunkan modal insan
39. Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut ?
A. Perancis bersekutu dengan Rusia
B. Bakal raja Austria dibunuh
C. Wilayah Jerman diceroboh
D. Pearl Harbour diserang
Adolf Hitler
40. Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Apakah bukti tuduhan tersebut?
A. Memperbesar angkatan tentera
B. Menakluki wilayah Itali
C. Menyertai Kuasa Bersekutu
D. Mengamalkan pemerintahan diktator
