wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Penilaian Perkembangan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3 2019

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat tunggal yang betul.

a)

Saya dan Ali tinggal di Taman Kasturi.

b)

Siti membaca buku sambil mendengar radio.

c)

Saya anak sulung dalam keluarga saya.

d)

Ayah menanggalkan kasutnya lalu masuk ke dalam rumah.

2.

Yang berikut merupakan kata nama am KECUALI

a)

ikan

b)

tayar

c)

pokok

d)

Ali

3.

Pilih simpulan bahasa yang betul.


Ming Hua adik saya. Dia juga __________ dalam keluarga.

a)

anak ikan

b)

anak emas

c)

anak sulung

d)

anak yatim

4.

Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Hanif selalu pulang ke kampung.

b)

Hanif ke kebun untuk membantu neneknya memetik sayur.

c)

Hanif seorang yang ringan tulang.

d)

Hanif suka memancing ikan.

5.

Nyatakan maksud pantun di bawah.


Jeti baharu di tepi pangkalan,

Peraih dan nelayan akan bertemu;

Hormati guru jadikan amalan,

Murid dilayan berkatlah ilmu.

a)

Kita mestilah menjadi seorang nelayan.

b)

Kita mestilah dilayan agar berkatlah ilmu.

c)

Kita mestilah sentiasa hormati guru.

d)

Kita mestilah pergi ke jeti baharu.

6.

Yang berikut merupakan kata nama khas KECUALI

a)

Klinik Haiwan Mulia

b)

Doktor Maria

c)

Anis

d)

kucing

7.

Pilih ayat suruhan yang betul bagi respons di bawah.


Baiklah, ibu. Saya akan menukar sarung bantal ini.

a)

Varuni, berikan bekal makanan ini kepada ayah.

b)

Varuni, tolong ambilkan saya kamus di atas rak itu.

c)

Varuni, tolong masukkan bagasi nenek ini ke dalam kereta.

d)

Varuni, tukarkan sarung bantal ini.

8.

Pilih ayat yang betul berdasarkan rangkai kata di bawah.


mengajar - bercerita

a)

Ayah mengajar Varuni cara-cara memancing ikan.

b)

Ayah mengajar Varuni cara-cara menjahit baju.

c)

Ayah mengajar Varuni cara-cara bercerita.

d)

Ayah mengajar Varuni cara-cara berenang.

9.

Pilih maksud yang sesuai bagi perkataan rimba raya.

a)

hutan yang sangat luas.

b)

hutan yang sangat kecil.

c)

hutan yang sudah pupus.

d)

hutan yang sangat menakutkan.

10.

Lengkapkan ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.


Varuni menyertai lawatan sambil belajar. ______ akan melawat ke Pusat Sains Negara.

a)

Kami

b)

Mereka

c)

Saya

d)

Dia

11.

Lengkapkan ayat di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.


Datuk duduk di atas se_______ kerusi rehat.

a)

biji

b)

naskhah

c)

kaki

d)

buah

12.

Pilih bandingan semacam yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.


Yen Ni tidak suka makan gula-gula kerana rasanya __________.

a)

masin macam garam

b)

berat macam batu

c)

manis macam gula

d)

pahit macam hempedu

13.

Pilih kata kerja transitif yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ibu ______________ ayam menggunakan pemanggang.

a)

mengukus

b)

memanggang

c)

menggoreng

d)

merebus

14.

Pilih kata kerja tak transitif yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ali _________ di biliknya.

a)

tidur

b)

membaca buku

c)

berjoging

d)

menulis karangan

15.

Pilih kata kerja pasif yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Sampah _____________ oleh Puan Sonia.

a)

mengutip

b)

membuang

c)

dikutip

d)

dimakan

16.

Pilih kata adjektif jarak yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ali duduk __________ dengan motosikalnya.

a)

dekat

b)

jauh

c)

atas

d)

nyaris

17.

Pilih respons yang sesuai berdasarkan soalan bertumpu di bawah.


Siapakah nama kamu?

a)

Nama ayah saya ialah Ahmad.

b)

Nama ibu saya ialah Aminah.

c)

Nama nenek saya ialah Siti.

d)

Nama saya ialah Ali.

18.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan bertumpu di bawah.


Karnival itu diadakan di mana?

a)

Karnival itu diadakan pada 7 April 2019.

b)

Karnival itu diadakan pada pukul 7.30 pagi.

c)

Karnival itu diadakan di Dataran Niaga Jalan Kempas.

d)

Karnival itu diadakan di Persatuan Usahawan Bukit Kapar.

19.

Lengkapkan pantun di bawah.


Mengail toman umpannya daging,

Mari ke taman kita ____________.

a)

bersenam

b)

berlari

c)

berjoging

d)

berjalan

20.

Pilih kata adjektif ukuran yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Jam dinding lebih ___________ daripada jam tangan.

a)

kecil

b)

pendek

c)

tinggi

d)

besar

21.

Pilih kata adjektif pancaindera yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Pemandangan di sekitar pantai amat __________.

a)

indah

b)

lazat

c)

sedap

d)

nyaring

22.

Pilih perumpamaan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ali dan Abu bersahabat baik. Hubungan mereka erat ________________________.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai isi dengan kuku

23.

Pilih kata hubung yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Emak menggosok baju _________ mendengar radio.

a)

lalu

b)

dan

c)

sambil

d)

kerana

24.

Pilih kata sendi nama yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Anis menampal poster __________ papan kenyataan.

a)

dari

b)

pada

c)

ke

d)

daripada

25.

Pilih kata arah yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Kita mestilah sentiasa memandang ke _________ semasa memandu kereta.

a)

belakang

b)

bawah

c)

hadapan

d)

tepi

26.

Pilih kata tanya yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


____________kah lelaki yang datang ke rumah kamu semalam?

a)

Apa

b)

Bila

c)

Siapa

d)

Mengapa

27.

Pilih respons yang sesuai berdasarkan soalan bercapah di bawah.


Mengapakah pemandu kenderaan perlu berhati-hati di jalan raya?

a)

Pemandu kenderaan perlu berhati-hati di jalan raya supaya sentiasa selamat dan tidak terlibat dengan kemalangan jalan raya.

b)

Pemandu kenderaan perlu berhati-hati di jalan raya supaya dapat menjimatkan masa dan tenaga.

c)

Pemandu kenderaan perlu berhati-hati di jalan raya supaya sentiasa sampai cepat di tempat yang ingin dituju.

d)

Pemandu kenderaan perlu berhati-hati di jalan raya supaya berlaku kemalangan jalan raya.

28.

Pilih kata perintah yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


__________ melintas jalan raya sesuka hati.

a)

Sila

b)

Jangan

c)

Harap

d)

Minta

29.

Pilih kata seru yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


___________ , sakitnya kaki saya!

a)

Wah

b)

Aduhai

c)

Aduh

d)

Cis

30.

Pilih maksud yang sesuai bagi perkataan bongsu.

a)

yang terakhir

b)

yang terawal

c)

yang kedua

d)

yang ketiga

31.

Pilih kata nafi yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Perempuan yang cantik itu ________ kakak saya.

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

32.

Pilih kata dasar yang sesuai bagi perkataan mempersilakan.

a)

sila

b)

silakan

c)

persila

d)

persilakan

33.

Pilih kata berimbuhan awalan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ibu ___________ pokok bunga di halaman rumah.

a)

mesiram

b)

mensiram

c)

memsiram

d)

menyiram

34.

Nyatakan idea utama berdasarkan perenggan ayat di bawah.


Ali dan Abu suka bermain bola keranjang. Mereka akan bermain bola keranjang setiap hari selepas waktu persekolahan. Mereka bermain bola keranjang di gelanggang bola keranjang. Mereka sentiasa bermain bersungguh-sungguh kerana mereka ingin mewakili sekolah dalam sukan bola keranjang.

a)

Mereka bermain bola keranjang setiap petang di gelanggang bola keranjang.

b)

Ali dan Abu suka bermain bola keranjang.

c)

Mereka akan bermain bola keranjang setiap hari selepas waktu persekolahan.

d)

Mereka sentiasa bermain bersungguh-sungguh kerana mereka ingin mewakili sekolah dalam sukan bola keranjang.

35.

Pilih kata berimbuhan akhiran yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Tolong ___________ pensel itu.

a)

ambilkan

b)

ambili

c)

beri

d)

mengambil

36.

Pilih kata majmuk yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ayah memakai ____________ yang baharu dibelinya semalam.

a)

jam dinding

b)

jam tangan

c)

telefon bimbit

d)

jam loceng

37.

Pilih kata ganda penuh yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ah Seng membeli ______________ yang enak itu di kedai Pak Ali.

a)

kuih-muih

b)

kuih-kuih

c)

kuih bahulu

d)

kuih keria

38.

Pilih kata ganda separa yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


_________ ialah anak nyamuk yang rupanya seperti ulat kecil dan hidup di dalam air.

a)

Kekuda

b)

Jejentik

c)

Kekisi

d)

Kekura

39.

Pilih kata ganda berentak yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Keluarga Varuni mengundang ________________ mereka ke rumah.

a)

saudara-saudara

b)

anak buah

c)

saudara-mara

d)

tetamu

40.

Pilih ayat seruan yang betul.

a)

Wah, cantiknya rumah itu!

b)

Aduh, berani kamu mencuri kasut saya!

c)

Amboi, sakitnya kepala saya!

d)

Eh, malangnya nasib aku hari ini!

41.

Pilih ayat tunggal yang betul.

a)

Safee, Ali dan Abu tinggal di Taman Muhibbah.

b)

Ayu membaca surat khabar sambil mendengar radio.

c)

Saya suka memancing ikan di sungai.

d)

Abang menanggalkan seliparnya lalu masuk ke dalam rumah.

42.

Pilih kata berimbuhan awalan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Kakak ___________ sayur di dapur.

a)

mepotong

b)

menpotong

c)

memotong

d)

mempotong

43.

Nyatakan idea sampingan berdasarkan perenggan ayat di bawah.


Ali dan Abu suka bermain bola keranjang. Mereka akan bermain bola keranjang setiap hari selepas waktu persekolahan. Mereka bermain bola keranjang di gelanggang bola keranjang. Mereka sentiasa bermain bersungguh-sungguh kerana mereka ingin mewakili sekolah dalam sukan bola keranjang.

a)

Mereka bermain bola keranjang setiap petang di gelanggang bola keranjang.

b)

Ali dan Abu suka bermain bola keranjang.

c)

Mereka akan bermain bola keranjang setiap hari selepas waktu persekolahan.

d)

Mereka sentiasa bermain bersungguh-sungguh kerana mereka ingin mewakili sekolah dalam sukan bola keranjang.

44.

Pilih kata ganda berentak yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Alif membeli ________________ yang enak itu di warung Pak Ali.

a)

kuih-moih

b)

kuih-muih

c)

kuih-kuih

d)

kekuih

45.

Pilih kata nafi yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Ai Ling ________ suka makan mi goreng.

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

46.

Pilih kata tanya yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


____________kah harga sepotong kek ini?

a)

Apa

b)

Bila

c)

Siapa

d)

Berapa

47.

Pilih maksud yang sesuai bagi perkataan sulung.

a)

yang terakhir

b)

yang terawal

c)

yang kedua

d)

yang ketiga

48.

Pilih kata kerja tak transitif yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Annabel _________ di trek taman rekreasi.

a)

tidur

b)

bernyanyi

c)

berjoging

d)

beradu

49.

Pilih kata kerja pasif yang sesuai bagi melengkapkan ayat di bawah.


Buku itu _____________ oleh Puan Sonia.

a)

dibaca

b)

dibuai

c)

ditonton

d)

dimasak

50.

Lengkapkan ayat di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.


Ibu menggunakan se_______ pisau untuk memotong sayur.

a)

tandan

b)

hiris

c)

bilah

d)

buah