wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Final 1)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

" Akan ______ selesaikan masalah ini dengan seberapa segera agar tidak menimbulkan kerisauan tuanku", kata Tun Ali kepada Sultan Mansur Syah.

a)

patik

b)

beta

c)

hamba

d)

baginda

2.

Litar Lumba Formula 1 Sepang menjadi simbol ______ seluruh rakyat Malaysia.

a)

keangkuhan

b)

kesayangan

c)

kebanggaan

d)

kemasyhuran

3.

______ buah sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu yang semakin teruk.

a)

Segala

b)

Separuh

c)

Beberapa

d)

Setengah

4.

Nenek tida dapat memasukkan benang ke dalam lubang jarum itu kerana lubangnya sangat ______.

a)

tipis

b)

bulat

c)

halus

d)

tumpul

5.

Perbuatan menonton televisyen _____ makan makanan ringan boleh menjejaskan kesihatan.

a)

lantas

b)

sambil

c)

tetapi

d)

lalu

6.

" Fazrin, _____ kamu turuti sangat hati yang lara, kelak merana diri sendiri,"kata Abang Farid.

a)

sila

b)

usah

c)

harap

d)

tolong

7.

Wartawan pelatih itu sedang membuat ______ tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran sebuah kawasan perumahan.

a)

sedutan

b)

litupan

c)

serahan

d)

liputan

8.

Seorang kanak - kanak memasukkan beberapa _____ duit syiling ke dalam mesin itu untuk membeli setin minuman.

a)

biji

b)

keping

c)

helai

d)

buah

9.

Encik Rashid dan keluarganya bercadang untuk berpindah ke negeri Sarawak ____ bulan depan.

a)

pada

b)

sejak

c)

dari

d)

daripada

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Anak jutawan itu menghidap leukemia jika kecil.

b)

Doktor pelatih itu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

c)

Diabetes berkait rapat akan cara pemakanan seseorang.

d)

Dia bukan berasal daripada keluarga yang berada.

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Nadhirah kelihatan gembira sekali setelah menerima hadiah daripada ibu bapanya.

b)

Fatimah menyerahkan kedua - dua pucuk surat itu pada kakaknya yang baru pulang dari pejabat.

c)

Hanani sangat sayang akan kedua - dua ekor anak kucing yang dihadiahkan oleh rakan baiknya.

d)

Oleh kerana kesilapannya dalam membuat keputusan, Abang Zahid terpaksa menerima hukuman itu.

12.

______ tentang isu itu akan disiarkan secara lansung di televisyen pada malam ini.

a)

Dibahaskan

b)

Pembahas

c)

Perbahasan

d)

Bahasan

13.

Manakah antara berikut merupakan ayat penyata?

a)

Siapakah tokoh kemerdekaan negara Malaysia?

b)

Mesyuarat pada petang ini dibatalkan dan akan ditunda pada hari esok.

c)

Aduh, sakitnya perut saya ini.

d)

Murid dari kelas 6 Baiduri telah berjaya memenangi pertandingan nyanyian Lagu Retro.

14.

Keadaan di dalam stadium menjadi ______ apabila penyanyi terkenal itu muncul di atas pentas.

a)

gembar - gembur

b)

serbah - serbih

c)

porak - peranda

d)

gegak - gempita

15.

Perasaanya ______ sejak anak bongsunya disahkan menghidap penyakit kronik.

a)

haru - biru

b)

kelam - kabut

c)

gundah - gulana

d)

tunggang-langgang

16.

Janganlah membuat tuduhan secara ______ selagi kita belum mendapat bukti yang kukuh.

a)

bidan terjun

b)

separuh tiang

c)

serkap jarang

d)

rambang mata

17.

Zulhafiz telah meluahkan _______ untuk memilik sebuah komputer riba kepada ayahnya.

a)

ada hati

b)

isi hati

c)

ambil hati

d)

jantung hati

18.

Murid - murid itu hanya berpandukan _____ untuk sampai ke perkampungan orang asli yang dicarinya.

a)

papan hitam

b)

papan kenyataan

c)

papan tanda

d)

papan tulis

19.

Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Seperti kacang lupakan kulit.

b)

Seperti cincin dan permata.

c)

Seperti isi dengan kuku.

d)

Air yang dicincang tidak akan putus.

20.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar ialah...

a)

Mulut tempayan

b)

Mulut manis mematahkan tulang.

c)

Bagai murai tercabut ekor.

d)

Berat mulut.

21.

Manakah objek yang sesuai dengan penjodoh bilangan puntung.

a)

rokok

b)

tiang

c)

bara

d)

tebu

e)

kayu api

22.

Manakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk bunga?

a)

longgok

b)

kuntum

c)

rumpun

d)

jambak

23.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Tumbukan kencang petinju itu telah menumbangkan lawannya.

b)

Angin yang bertiup kencang itu telah menerbangkan bumbung balai raya.

c)

Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang supaya tidak jatuh ke lantai.

d)

Wanita itu memiliki kulit muka yang kencang.

24.

Pilih ayat yang betul.

a)

Masih pasang dalam ingatan saya akan peristiwa itu.

b)

Pasang suami isteri itu baru sahaja berangkat ke Mekah.

c)

Waktu sebegini sungguh sesuai untuk berkelah kerana air laut baru pasang.

d)

" Tolong pasang pelita - pelita ini di sekeliling kampung," kata tuk penghulu.

25.

Pilih ayat yang betul.

a)

Tayar kereta itu terbenam di dalam lumpur.

b)

Kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yang terbenam.

c)

Perasaan marahnya masih belum terbenam lagi.

d)

Kami tidak dibenarkan keluar rumah setelah matahari terbenam.