Font size
WorksheetsKuiz Jer
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Berikan maksud darah wanita
Darah yang keluar dari faraj atau dubur wanita.
Darah yang keluar dari faraj wanita.
Darah yang keluar daripada mana-mana rongga wanita yang terbuka.
Berikut ialah jenis darah wanita KECUALI
Haid
Istihadah
Nifas
Istikharah
Berapa lamakah tempoh minimum darah haid
15 hari 14 malam
1 hari 1 malam
7 hari 7 malam
Adakah Islam membenarkan pengambilan ubatan yang bertujuan menahan darah haid dari keluar
Ya dengan syarat tidak memakan ubat itu terlalu banyak
Ya dengan syarat mendapat nasihat doktor
Tidak kerana hukumnya haram dan berdosa
Apakah kategori darah yang keluar ketika hamil
Haid
Istihadah
Nifas
Wiladah
Darah nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.
Betul
Salah
Wanita yang berada dalam tempoh nifas diharamkan melakukan ibadah seperti wanita dalam tempoh haid
Betul
Salah
Tempoh maksimum darah nifas ialah 61 hari
Salah
Betul
Adakah “birth show” sudah dikira nifas?
Tidak
Ya
Aminah keguguran pada usia kandungan 50 hari. Darah yang keluar selepas proses DNC dikira sebagai darah apa?
Darah nifas kerana usia kandungan sudah melebihi 40 hari
Darah haid kerana usia kandungan baru mencecah 50 hari
Darah istihadah
Semasa dalam tempoh hamil, Fatimah mengalami pendarahan. Darah yang keluar itu dikira sebagai darah apa?
Istihadah
Nifas
Haid
Ali menggunakan spray air untuk tujuan berwudhuk sedangkan dia dalam keadaan sihat. Adakah wudhuknya sah?
Sah
Tidak sah
Berapakah rukun wudhuk yang perlu disempurnakan?
5
6
8
4
Bagaimanakah cara berwudhuk untuk pesakit yang kakinya berbalut
Tidak perlu berwudhuk
Berwudhuk seperti biasa kemudian ratakan air di atas balutan bagi anggota yang berbalut
Perlu sertu terlebih dahulu kemudian ratakan air
Apakaha definisi tayammum
Meratakan debu pada anggota muka dan tangan
Menyamak kawasan yang terkena najis mughallazoh
Meratakan air tanah di anggota badan
Sebutkan anggota tayammum
Muka, tangan, kepala dan kaki
Muka, tangan dan kaki
Muka dan tangan
Berikut ialah sebab yang membolehkan wudhuk digantikan dengan tayammum KECUALI
Tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan minum.
Penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa
Kerana air sejuk
Bagaimanakah berwudhuk bagi pesakit yang menggunakan Colostomy Bag
Bersihkan sekelilingnya, berwudhuk dan solat seperti biasa
Tidak perlu berwudhuk kerana ia dianggap sentiasa berhadas
Tidak perlu menunaikan solat
" Perkataan dan perbuatan tertentu yang diawali dengan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.”
Definisi wudhuk
Definisi tayammum
Definisi solat
Adakah solat wajib dilaksanakan sekalipun dalam keadaan sakit?
Tidak
Ya
Kenapakah Islam memberikan rukhsah (keringanan) untuk umatnya beribadah ketika sakit dan musafir
Supaya masyarakat memuji
Untuk menyusahkan umatnya
Supaya memudahkan urusan ibadah umatnya dan menunjukkan sifat rahmah agama Islam
Doktor Halim perlu melakukan pembedahan tulang belakang segera yang mengambil masa sekitar enam jam bermula jam 12 tengahari. Bagaimanakah kaedah yang tepat untuk beliau dan jururawat yang terlibat menunaikan solat
Dibenarkan solat zohor dan asar secara jamak ta’khir
Dibenarkan solat zohor dan asar secara jamak suri
Dibenarkan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita yang istihadah ketika mahu menunaikan solat?
Berwudhuk dan solat seperti biasa
Membersihkan diri, berwudhuk dan solat seperti biasa
Tidak perlu menunaikan solat
Asri telah mengalami suatu kemalangan. Tangannya patah dan perlu disimen. Bagaimana cara yang tepat untuk Asri membasuh tangannya bagi tujuan wudhuk ketika dalam keadaan seperti ini.
Basuh kawasan yang berbalut dengan air
Wudhuk menggunakan botol spray. Ratakan sedikit air di atas kawasan balutan simen
Cukup sekadar berniat untuk wudhuk
Berikut ialah cara solat yang dibenarkan ketika sakit KECUALI
Solat duduk
Solat berbaring secara mengiring
Solat berbaring secara menelentang
Solat cangkung
Yang manakah perkara yang membatalkan puasa
Terhidu bau makanan dan wangian
Menelan air liur
Mengambil suntikan vaksin
Muntah dengan sengaja
Situasi manakah yang dibolehkan ke atas kita untuk solat jamak. Sila pilih DUA jawapan
Ketika terlibat dalam prosedur pembedahan yang lama
Ketika bermusafir dan jaraknya melebihi 2 marhalah
Ketika sibuk bekerja
Menurut perspektif Islam, apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi gugur atau meninggal dalam kandungan
Mandi, kafankan dan kebumikan
Mandi, kafan dan solatkan
Solatkan sahaja
Bayi yang lahir sempurna dan ada tanda-tanda hidup perlu dimandi, dikafankan dan disolatkan dengan sempurna
Benar
Salah
Asiah merupakan pesakit kencing manis dan perlu menjalani prosedur pemotongan kaki. Apakah yang perlu dilakukan kepada bahagian kakinya yang telah dipotong?
Perlu dibersihkan, kemudian ditanam dengan baik
Perlu dibersihkan, dikafankan, dan disolatkan dengan sempurna
Perlu dibersihkan sahaja tanpa ditanam
Puasa bermaksud
Menahan diri dari perkara yang membatalkan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat
Menahan diri dari makan dan minum air masak sahaja
Menahan diri dari perkara yang membatalkan dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam
Abu mengalami luka di pergelangan tangan kanan dan kawasan itu perlu dibalut. Abu ingin mengambil wudhuk dan bertayammum sebagai ganti untuk kawasan pergelangan tangan kanannya yang berbalut itu; meskipun telah diterangkan oleh anda untuk sekadar berwudhuk sahaja tanpa perlu bertayammum.
Apakah tindakan anda?
Mengarahkannya untuk tidak bertayammum dan tidak menyediakan set debu tayammum untuknya
Menyediakan set debu tayammum untuknya dan tidak memaksanya untuk mengikut panduan yang telah diberikan
Menegur sikapnya yang keras kepala dam memintanya berubah
Aliah mengalami serangan athma. Doktor menasihatinya untuk mendapatkan rawatan Nebulizer, namun beliau enggan kerana risau puasanya terbatal.
Apakah tindakan anda?
Membiarkan pesakit membuat keputusannya
Memberi penerangan bahawa pengambilan Nebulizer tidak membatalkan puasa dan membenarkan pesakit membuat keputusannya
Memastikan pesakit mengambil Nebulizer kerana kesihatannya lebih utama
Apakah syarat wajib puasa. Anda boleh menanda lebih dari satu jawapan.
Islam
Baligh
Berakal
Tiada sebarang keuzuran yang menghalang untuk puasa
Sebutkan syarat sah puasa. Anda boleh menanda lebih dari satu jawapan.
Niat
Meninggalkan perkara yang membatalkan puasa
Menahan diri daripada makan minum sahaja
Apakah perkara yang membatalkan puasa. Anda boleh menanda lebih dari satu jawapan.
Haid atau nifas
Mengeluarkan air mani
Bersetubuh di siang hari
Makan atau minum dengan sengaja
Berapa kalikah penyusuan sempurna perlu dilengkapkan untuk menjadikan seseorang itu sah sebagai anak susuan.
4
3
5
Puasa nazar ialah puasa yang wajib ditunaikan
Ya
Tidak
Berikut ialah pembahagian puasa kecuali
Wajib
Sunat
Haram
Suka-suka
Prosedur endoscopy yang perlu memasukkan alat tertentu ke dalam rongga badan adalah membatalkan puasa
Tidak
Ya
