WorksheetsTENAGA
Total questions: 13
Worksheet time: 4mins
· Menghasilkan tenaga elektrik daripada tenaga kimia
· Terdiri daripada sel-sel kering
Maklumat di atas menerangkan tentang satu sumber tenaga
Apakah sumber tenaga itu?
Arang batu
Petroleum
Kayu api
Bateri
Tenaga kimia -> tenaga keupayaan -> tenaga kinetik ->tenaga bunyi + tenaga haba.
Berdasarkan perubahan tenaga tersebut, aplikasikan perubahan tenaga tersebut dalam bentuk situasi yang sesuai.
Dapur gas yang digunakan ketika ibu memasak
Ayah berjalan ke masjid menggunakan lampu suluh
Seorang murid makan nasi. Kemudian dia bermain bola bersama rakan-rakan mereka
Seorang murid makan nasi. Kemudian murid tersebut menaiki gelongsor dan menuruninya
Apabila sebuah televisyen dihidupkan, beberapa perubahan tenaga terlibat iaitu
tenaga elektrik, tenaga cahaya, tenaga bunyi, tenaga haba
tenaga kimia, tenaga bunyi, tenaga keupayaan, tenaga kinetik
tenaga kinetik, tenaga elektrik, tenaga kimia
tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga haba
Apakah yang dimaksudkan dengan "Sumber tenaga yang boleh diperbaharui"?
Sumber tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan.
Sumber tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan.
Apakah contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui?
Petroleum
Biojisim
Makanan
Bateri
Pengguna tenaga yang bijaksana ialah pengguna yang....
Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik
Menambahkan pencemaran alam sekitar.
Apakah langkah penjimatan tenaga yang sesuai?
Buka kesemua peralatan elektrik apabila tidak digunakan
Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
Tandakan / untuk jenis tenaga yang tidak boleh dibaharui.
arang batu
ombak
petroleum
gas asli
Situasi yang manakah dikatakan berhemat menggunakan tenaga?
Ali ingin membaca buku di biliknya. Bilik itu suram. Ali membuka lampu siling dan juga lampu mejanya.
Ramu hendak ke kenduri di rumah kawannya. Dia menumpang kereta kawannya yang kebetulan juga mahu ke sana.
Suzy membuka semua lampu rumahnya walaupun hari siang.
