wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEGAR PERIBAHASA

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikan maksud peribahasa di bawah:


Seperti hujan jatuh ke pasir

a)

masa yang dibuang begitu sahaja

b)

kebaikan yang todak diberi penghargaan

c)

nasihat yang tidak dihargai

d)

perkara yang memalukan

2.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah:


Sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenarnya.

a)

Indah khabar daripada rupa

b)

burung terbang dipipiskan lada

c)

orang mengantuk disorongkan bantal

d)

Bagai anak ayam kehilangan ibu

3.

Berikan maksud peribahasa di bawah ini:


Seperti kaca terhempas ke batu

a)

Mengemukakan pendapat dan lain-lain sesudah perkara diputuskan

b)

Perasaan yang sangat sedih atau kecewa

c)

kerja sudah siap tetapi masih diperbualkan atau bersungut.

d)

Sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang

4.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud dalam ayat-ayat tersebut:


Keadaan yang sentiasa terancam dan tidak selamat.

a)

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

b)

Belakang parang jika diasah lagikan tajam

c)

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betina

d)

Seperti abu di atas tunggul

5.

Kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa yang diberi:


Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

a)

Biar mati anak, jangan mati adat

b)

Budi bahasa amalan kita

c)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

d)

Adat manusia, yang jauh tinggal-tinggalkan

6.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa di bawah:


Bernasib malang kerana gagal dalam sesuatu perkara, tetapi yang sudah ada di tangan hilang pula.

a)

Lepas mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya

b)

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

c)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

d)

Bagai menjolok sarang tebuan

7.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maka peribahasa di bawah:


Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

a)

Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga

b)

Melepaskan anjing tersepit

c)

Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau jua

d)

Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

8.

Berikan maksud peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah:


Ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua

a)

jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.

b)

Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.

c)

Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.

d)

Hendaklah merebus telur terlebih dahulu sebelum memakannya

9.

Baca dialog di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.


"Kita mestilah berikhtiar untuk menyelamatkan rakan-rakan kita yang tersesat di dalam hutan itu," kata Mira kepada Filzah

a)

Bertepuk sebelah tangan, manakan berbunyi

b)

Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga

c)

Mencari jalan

d)

Mencari akal

10.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:


Bagai hempedu lekat di hati

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bukit sama didaki, lurah sama dituruni

d)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

11.
Pihak lawan telah mengibarkan _____ sebagai tanda mengundurkan diri.
a)
putih mata
b)
buku lima
c)
bendera putih
d)
duit kopi
12.

Qaisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan _____ untuk menambahkan pengetahuan pembacanya.

a)
lidah biawak
b)
lidah bercabang
c)
lidah pendeta
d)
lintah darat
13.

Hajar sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke negeri _____.

a)
paku belanda
b)
makan angin
c)
bawah angin
d)
orang halus
14.
Budak yang _____ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
a)
gila bayang
b)
otak udang
c)
habis bulan
d)
paku mati
15.
Hang Lekir ___________________ apabila sampai di negeri Inderapura yang indah itu.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti telur di hujung tanduk
c)
seperti embun di hujung rumput
d)
seperti ular kena palu
16.
Hati wanita itu ____________________ apabila mengetahui anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
a)
bagai isi dengan kuku
b)
bagai kaca terhempas ke batu
c)
bagai aur dengan tebing
d)
bagai murai tercabut ekor
17.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
18.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
19.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
20.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
21.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
22.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
23.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
24.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
25.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
26.

1) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak

a)

BAPAK BOREK ANAK RINTIK

b)

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI

c)

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

d)

TIKUS MEMBAIKI LABU

27.

2) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan kehidupan bermasyarakat

a)

HIDUP SANDAR-MENYANDAR, BAGAI AUR DENGAN TEBING

b)

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT

c)

BAGAI PINANG DIBELAH DUA

d)

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

28.

3) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan hubungan seseorang yang rapat atau persahabatan yang erat

a)

BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA

b)

BAGAI ISI DENGAN KUKU

c)

BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS

d)

BAGAI AUR DENGAN TEBING

29.

4) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan perbuatan melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai

a)

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

b)

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

c)

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG

d)

ALANG-ALANG BERMINYAK BIAR LICIN

30.

5) Peribahasa seerti dengan IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI, PECAH SEMUA

a)

SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR HABIS SEMUA TERPALIT

b)

RUSA MASUK KAMPUNG

c)

BERTELUR SEBIJI, RIUH SEKAMPUNG

d)

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

31.

8) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

a)

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

b)

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

c)

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA

d)

SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA PASTI MENJADI KAIN

32.

9) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja

a)

BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS

b)

MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI

c)

IBARAT MENCURAH AIR KE DAUN KELADI

d)

MENCURAH GARAM KE LAUT

33.

Nasi sudah menjadi bubur

a)

Hukuman yang muktamad

b)

Kerja dikongsi, untung diambil sendiri

c)

Serba tidak sempurna

d)

Sudah terlanjur

34.

Antara berikut peribahasa yang hampir sama maknanya dengan peribahasa "kais pagi, makan pagi "

a)

Kain tersangkut, kain tinggal

b)

Kain tak cukup sebelit pinggang

c)

Kais dulu maka makan

d)

Kain sehelai sepinggang habis

35.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

Anak wayang

b)

Ringan tulang

c)

Bagai menatang minyak yang penuh

d)

Anak ghara

36.

Terangkan maksud peribahasa " seperti kera kena belacan"

a)

Orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang pandai.

b)

Melakukan pekerjaan dengan pantas

c)

Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

d)

Tidak boleh duduk diam

37.

Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas

a)

sedangkan lidah lagi tergigit.

b)

bagaikan anak ayam kehilangan ibu

c)

keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

d)

mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang

38.

Terangkan maksud peribahasa " sudah jatuh ditampa tangga"

a)

Setelah ditipu atau mendapat sesuatu kemalangan, barulah hendak beringat atau berjaga-jaga

b)

Seseorang yang malang, berturut-turut mendapat kesusahan

c)

Seseorang yang malas berusaha, pasti hidupnya susah

d)

Seseorang yang membuat kesalahan, semua orang terlibat sama

39.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

Puan Hasnita berasa gembira kerana akhirnya kedua-dua orang anaknya sudah berbaik semula setelah berbulan- bulan berselisih faham. Hal ini diibaratkan

a)

pahit dahulu, manis kemudian

b)

hati gajah sama dilapah, hati kuman

sama dicecah

c)

kecil api menjadi kawan, besar

menjadi lawan

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

40.

Peribahasa "pukul anak sindir menantu" bermaksud

a)

membuat dua kerja sekali gus

b)

memburuk-burukkan nama baik keluarga

c)

mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada orang lain

d)

mencela orang lain tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi

41.

Sikap Danish memanjakan Ammar jadikan anaknya itu semakin ____________ dan tidak mahu berusaha sendiri.

a)

batu api

b)

banyak lemak

c)

batu loncatan

d)

bangkai bernyawa

42.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

Hubungan yang erat antara Hui Beng dengan Zarinah menyebabkan mereka sering diperhatikan bersama-sama tidak kira di mana-mana sahaja. Hubungan antara mereka itu tepat dengan peribahasa

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai dakwat dengan kertas

c)

Seperti cincin dengan permata

d)

Bagai mentimun dengan durian

43.

Hassanuddin berasa _______________ kerana dipilih untuk mewakili kelasnya dalam pertandingan perbahasan. Peribahasa yang paling sesuai ialah

a)

berat hati

b)

besar hati

c)

iri hati

d)

ambil hati

44.

Antara berikut, yang manakah merupakan maksud peribahasa " bagai pungguk rindukan bulan"

a)

Orang yang hidup menyendiri tanpa banyak kawan di sisinya

b)

Orang yang menanti-nantikan peluang untuk memperoleh keuntungan

c)

Orang yang mengidam-idamkan gadis yang jelita namun hasratnya gagal dicapai

d)

Orang yang berasa rindu akan peristiwa masa silam yang menimbulkan kenangan manis

45.

Berikan peribahasa yang sesuai.

"Kata-kata yang menyakitkan hati"

a)

Tajam lidah

b)

Mulut murai

c)

Mulut tempayan

d)

Tanngkap muat

46.

Peribahasa yang sesuai dengan.....

"Orang yang sangat diharapkan"

a)

Tiang kampung

b)

Tulang belakang

c)

Ayam tambatan

d)

Rinngan tulang

47.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai....

"Orang yang bekerja di dalam sesuatu jabatan"

a)

Kakitangan

b)

Bau-bau bacang

c)

Orang dalam

d)

Orang harapan

48.

Marzuqi tidak pernah mengeluh atau menyesali nasib. Baginya dalam kehidupan, kadang-kala kita rasa senang dan gembira dan kadang-kala sedih dan memeritkan

a)

bagai hujan jatuh ke pasir

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

c)

bagai menelan mestika embun

d)

air pun ada pasang surutnya

49.

Hadif sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu pengajaran sehingga dia digelar pelajar lelaki yang pintar dan cekap.

a)

garam jatuh ke air

b)

bagai menelan mestika embun

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

ada kerak adalah nasi

50.

Amir suka membantu rakan-raknnya tetapi kadang-kadang pertolongannya sia-sia.

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

bagai menelan mestika embun

c)

ada gula adalah semut

d)

alah bisa tegal biasa

51.

Irsyad belajar bersungguh-sungguh kerana dia pasti dia akan meraih kecemerlangan dalam pelajarannya. Dia percaya setiap perbuatan tentu akan meninggalkan kesannya.

a)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

b)

ada kerak, adalah nasi

c)

alah bisa tegal biasa

d)

belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

52.

Sewaktu menetap di Florida, Harith mematuhi peraturan dan undang-undang di sana kerana dia tahu dia perlu mengikut peraturan dan tempat tinggal di sana.

a)

ringan tulang berat perut

b)

seperti anak ayam kehilangan ibu

c)

malu berkayuh perahu hanyut

d)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

53.

Amirul menghadapi masalah dalam pelajarannya. Namun, dia bernasib baik kerana adik-beradiknya percaya orang yang bodoh sekalipun kalau diajar betul-betul akan menjadi pandai.

a)

belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

b)

alah bisa tegal biasa

c)

ada kerak, adalah nasi

d)

garam jatuh ke air

54.

Danish Imran pandai membahagikan masa dan sudah biasa dengan kesibukan dan kesukaran sebagai penolong ibu dan bapanya.

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

b)

alah bisa tegal biasa

c)

ada semut adalah gula

d)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

55.

Nadzmi berjanji pada dirinya untuk menjaga ibu bapanya sebagaimana mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang.

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

b)

biar putih tulang jangan putih mata

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

kusut di hujung, bawa ke pangkal

56.

Suasana di pasar malam itu riuh rendah dengan pegerai-pegerai yang mengambil kesempatan untuk menjual dagangan mereka kerana ramai penduduk setempat yang akan mengunjunginya.

a)

ada semut adalah gula

b)

ada kerak adalah nasi

c)

biar putih tulang jangan putih mata

d)

bagai hujan jatuh ke pasir

57.

Tafheem memang mempunyai sikap ringan tulang, sama seperti bapanya.

a)

ada kerak adalah nasi

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

bagai menelan mestika embun

d)

ada gula adalah semut

58.
Haziq telah lupa bantuan yang dihulurkan oleh Adam selepas berjaya melanjutkan pelajaran.
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut. 
a)
melentur buluh biarlah dari rebungnya
b)
bagaimana acuan begitulah kuihnya
c)
seperti kacang lupakan kulit
d)
muafakat membawa berkat
59.
Sikap Eizlan yang degil dan enggan menerima nasihat daripada peniaga berpengalaman menyebabkannya mengalami kerugian.
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut. 
a)
orang yang mengantuk disorongkan bantal
b)
garam jatuh di air
c)
seperti rusa masuk kampung
d)
mencurahkan air ke daun keladi
60.

seperti katak di bawah tempurung

a)

tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya

b)

apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja

c)

orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

d)

terhad pengetahuan atau pengalaman