wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perang Peribahasa!!!

Total questions: 22

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Anggota - anggota ekspedisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

makan hati

d)

makan garam

2.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
3.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
4.

Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimilah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.

a)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

lembu punya susu, sapi dapat nama

5.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
6.
Hati Normala _______________ apabila mendengar penghinaan orang kampung terhadap kedaifan keluarganya.
a)
bagai dihiris dengan sembilu
b)
bagai kacang lupakan kulit
c)
bagai murai tercabut ekor
d)
bagai cacing kena air panas
7.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
8.
Adli tidak menyesal membeli kasut kulit yang mahal itu kerana baginya __________________________.
a)
hati hendak, semua jadi
b)
alah beli, menang memakai
c)
nasi sudah menjadi bubur
d)
jauh panggang dari api
9.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
10.

Apakah maksud peribahasa di bawah


Bagai bulan jatuh ke riba

a)

Mendapat keuntungan yang sikit

b)

Mendapat keuntungan yang banyak

c)

Mendapat keuntungan yang lumayan

11.

Encik Safwan dan isterinya menjaga anak tunggal mereka dengan penuh kasih sayang serta memberikan segala keperluan yang diminta tanpa culas. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa...

a)

bagai tikus membaiki labu

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

d)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

12.

Apakah maksud yang paling tepat bagi peribahasa alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan?

a)

Melakukan pekerjaan mengikut kemampuan diri sendiri

b)

Menyesuaikan diri dengan adat dan budaya tempat baharu

c)

Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah dibuat sehingga selesai dan berjaya

d)

Membuang harta yang ada kerana mengharapkan keuntungan yang belum pasti

13.

Irfan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai kerani kerana mendapat berita kononnya dia akan diterima bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat besar, namun berita itu rupa-rupanya palsu. Sikap Syafiq ini diibaratkan seperti...

a)

mati semut kerana gula

b)

belut pulang ke lumpur

c)

sambil menyelam minum air

d)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

14.

Peribahasa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya digunakan untuk menggambarkan situasi di mana...

a)

seseorang yang mendapat bencana kerana terpedaya oleh kemewahan

b)

orang yang berpangkat tinggi tidak akan turun darjatnya jika dia merendahkan diri

c)

perselisihan faham antara adik-beradik yang akhirnya akan berbaik semula

d)

seseorang yang pulang ke kampung halaman setelah lama merantau

15.

Walaupun Tok Ilyas sudah meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu, segala jasanya membina balai raya dan membantu golongan miskin masih disebut-sebut oleh penduduk kampung. Situasi ini menepati peribahasa...

a)

air dicincang tidak akan putus

b)

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

c)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

d)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

16.

Peperangan antara dua buah negara besar di rantau itu telah menyebabkan rakyat di negara-negara kecil sekitarnya terpaksa menanggung kebuluran dan kehilangan tempat tinggal. Keadaan ini diumpamakan seperti...

a)

bagai tikus membaiki labu

b)

ukur baju di badan sendiri

c)

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

d)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

17.

Peribahasa manakah yang mempunyai MAKSUD YANG SAMA dengan peribahasa air dicincang tidak akan putus?

a)

Belut pulang ke lumpur

b)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

d)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

18.

Kita perlulah berbelanja mengikut kemampuan kewangan masing-masing dan tidak perlu meniru gaya hidup mewah orang lain sehingga membebankan diri sendiri. Amalan ini bertepatan dengan peribahasa...

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

mati semut kerana gula

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

19.

Peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung mempunyai MAKSUD YANG SAMA dengan peribahasa...

a)

sambil menyelam minum air

b)

air dicincang tidak akan putus

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

20.

Apakah maksud peribahasa mati semut kerana gula?

a)

Seseorang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau

b)

Seseorang yang mendapat bencana atau kecelakaan kerana terpedaya oleh kata-kata manis atau kemewahan

c)

Melakukan dua pekerjaan yang berbeza secara serentak dalam satu masa

d)

Cuba membaiki benda yang tidak diketahui lalu benda itu semakin rosak

21.

Walaupun Asraf sering mendapat keputusan yang corot dalam kelas, ibunya sentiasa memberi semangat dan menghantarnya ke kelas bimbingan kerana yakin bahawa​ (a)   ​ (b)  

22.

Peribahasa bagai pungguk merindukan bulan membawa maksud mengharapkan sesuatu yang mustahil atau cinta yang tidak sepadan. Tuliskan satu peribahasa berlawanan (antoni) yang membawa maksud pasangan kekasih yang amat sepadan, sama cantik, dan sama padan.​ ​ (a)   ​ (b)   ​ (c)   ​ ​ (d)