NEW
Font size
WorksheetsKuiz STPM Semester 3
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Unsur yang manakah yang berkaitan dengan kohesi?
Penanda rujukan
Kesinambungan idea
Hubungan sebab dan tujuan
Hubungan latar dan kesimpulan
Penanda wacana yang manakah yang mempunyai ciri koheren?
Penanda rujukan
Penanda leksikal
Penanda penghubung
Penanda penggantian
Pernyataan yang manakah yang BUKAN ciri wacana?
I - Tidak mengutamakan kesinambungan maklumat
II - Mempunyai kesatuan yang utuh dari segi tatabahasa
III - Memperlihatkan idea yang berkesan dalam satu ayat
IV - Mempunyai tautan dan koheren yang mengutuhkan teks
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Contoh yang manakah yang sesuai dengan kesinambungan hubungan aditif?
Jambungan bunga itu indah sekali. Bunganya berwarna-warni dan masih segar.
Kita perlu berdedikasi dalam setiap tugas kita. Insya-Allah, kita akan mendepat keberkatan.
Tahun ini dia menerima anugerah kepimpinan cemerlang. Anugerah itu merupakan yang pertama dalam sejarah kerjayanya.
Azimi sering datang lewat ke pejabat. Dia sudah diberikan amaran oleh ketua jabatannya.
Wacana yang manakah yang mengandungi penanda leksikal?
Kucing itu sudah tua. Kucing itu didapati mati selepas itu.
Kita perlu berfikiran terbuka. Amalan ini memudahkan penyelesaian masalah.
Pengetua mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya. Beliau berasa sangat gembira.
Pemuda itu pendiam orangnya. Namun begitu, dia suka memberikan pertolongan dengan ikhlas.
Pernyataan yang manakah yang merupakan ciri retorik pemujukan?
Fakta diulang-ulangkan kepada sasaran
Menunjukkan bukti tentang kesahihan dakwaan
Mempunyai matlamat untuk mempengaruhi pemikiran khalayak
Memberi peluang kepada khalayak untuk membuat keputusan sendiri
Seorang pelajar menulis perenggan isinya dengan menulis huraian tentang isi utamanya pada awal perenggan. Oleh itu, dia meletakkan ayat topik pada akhir perenggan.
Berdasarkan situasi di atas, pelajar itu menggunakan teknik
analogi
induksi
deduksi
eklektik
Aspek yang manakah yang memperlihatkan perbezaan antara teknik pemujukan dengan teknik penghujahan?
Tujuan penyampaian
Cara mempengaruhi audiens
Jenis maklumat yang dihebahkan
Maksud yang hendak disampaikan
Teknik penghujahan digunakan dalam keadaan yang berikut, KECUALI
I - pembelaan oleh peguam yang tertuduh
II - penyampaian fakta dalam majlis perdebatan
III - taklimat yang disampaikan oleh ketua jabatan
IV - tunjuk cara untuk memasang permainan kanak-kanak
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pernyataan yang manakah yang TIDAK BETUL tentang retorik?
Mempunyai unsur mempengaruhi khalayak
Memperlihatkan penggunaan bahasa yang gramatis
Tidak memerlukan persembahan yang menarik dan efektif
Sesuai digunakan sama ada dalam urusan formal atau tidak formal
Faktor yang manakah yang dapat menghasilkan kelainan bahasa dalam sesuatu masyarakat?
I - Penguasaan bahasa yang cemerlang
II - Fokus tentang tajuk yang dibincangkan
III - Kawasan yang didiami oleh pengguna bahasa
IV - Hubungan antara penutur dalam sesuatu komunikasi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Bahasa istana dan bahasa formal mempunyai perbezaan dari segi
menggunakan nahu yang betul
penggunaan dalam situasi rasmi
mengandungi unsur bahasa halus
penggunaan kata sapaan atau kata panggilan
Yang manakah yang berkaitan dengan penutur diglosia?
Fasih dalam dwibahasa
Menggunakan bahasa baku
Tidak pernah menggunakan dialek
Menggunakan dua variasi bahasa yang berlainan prestij
Pernyataan yang manakah yang berkaitan dengan dialek daerah?
Berkembang secara semula jadi
Tiada perbezaan kosa kata dengan bahasa standard
Mempunyai sebutan yang sama antara sesuatu dialek
Terdapat kelainan pertuturan antara individu dalam dialek yang sama
Bahasa pasar dan bahasa pijin mempunyai persamaan dari aspek
wujudnya penutur jati
penutur dari bahasa yang berbeza
penggunaan kosa katanya tidak kekal
hubungan bagi sesuatu masyarakat sahaja
Apakah pengertian laras bahasa?
Kelainan bahasa kerana perbezaan tempat tinggal
Ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangnya
Hubungan antara perkataan dengan perkara yang dirujuknya
Ujaran dalam konteks yang sebenar berdasarkan budaya masyarakat
Yang manakah ciri laras bahasa sains?
Memerlukan tafsiran
Banyak menggunakan kata nama
Bersifat eksplisit dan tersusun jelas
Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
(i) - Bahasanya ringkas, tepat, dan jelas
(ii) - Penjelasannya berkesinambungan
(iii) - Menggunakan kata kerja bentuk tunggal
Ciri di atas berkaitan dengan
laras iklan
laras sukan
laras resipi
laras sastera
Yang manakah yang berkaitan dengan laras sastera kreatif?
I - Memanfaatkan unsur imaginatif
II - Menekankan unsur-unsur fakta
III - Menggunakan kata-kata berkonotatif
IV - Mengutamakan istilah yang berkaitan sastera
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- - Banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Eropah '
- - Sifatnya objektif dan terperinci
- - Kosa katanya memerlukan tafsiran
Ciri-ciri di atas adalah tentang
laras agama
laras ekonomi
laras sastera
laras undang-undang
Ayat yang manakah yang mengandungi rangkai kata yang bermaksud konotatif?
Dia baru angkat kaki dari sini.
Tolong angkat kaki kamu lebih tinggi.
Tikar buruk itu telah dibuangnya ke dalam tong sampah.
Pihak forensik sedang memeriksa tikar buruk yang mengandungi darah mangsa.
Perkataan "sedang" termasuk dalam perkaitan makna dari segi leksikal jenis
antonim
sinonim
polisemi
homonim
Banyak peralatan moden yang ada, tetapi dia masih mahu menggunakan peralatan pertukangan rumah yang tradisional, seperti gerudi lama, ketam kayu, dan tukul kayu.
Yang manakah kata superordinat yang terdapat dalam petikan di atas?
tukul kayu
ketam kayu
peralatan moden
peralatan pertukangan
Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya mengalami penyempitan makna?
Saudara, encik
Madrasah, imam
Jambu, klinik
Abang, ustazah
(i) - Semak
(ii) - Rendang
Perkataan-perkataan di atas boleh tergolong sebagai
I - Sinonim
II - Homonim
III - Homograf
IV - Meronim
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kiasan yang manakah yang tidak termasuk dalam jenis kiasan berpindah?
Kiasan melarat
Kiasan berbunga
Kiasan melompat
Kiasan berkacau
- - Salah bantal
- - Bunting pelamin
Apakah jenis simpulan bahasa di atas?
Resaman bahasa
Cerita yang masyhur
Kepercayaan orang ramai
Benda biasa dalam masyarakat
"Kalau segan bertanya, tentulah akan menimbulkan salah faham"
Yang manakah peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas?
Gajah dipandang seperti kuman
Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
Daun nipah dikatakan daun labu
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar
Terenang-renang tak hanyut, terapung-apung tak timbul
Ungkapan di atas merupakan
bahasa terbalik
bahasa bertimbal
bahasa melampau
bahasa menggiat
Bahasa sindiran ialah bahasa yang
ungkapannya dikiaskan kepada perkara yang lain
mengata pihak tertentu dengan ejekan disertai dengan aksi
mengata seseorang yang tidak mahu mematahi nasihat yang diberi
menggunakan satu perkataan dengan dua makna yang kadang-kadang maksudnya sungguh-sungguh
X = Tidak bermaksud kiasan, tetapi untuk mengusik
Contoh yang manakah yang betul bagi ragam bahasa X?
Kalau selalu berbelanja, lambatlah menjadi kaya
Kita, apalah sangat, rupa tak ada, ilmu pula tak tinggi
Untuk menandingi kecemerlangan mereka, wajarkah kita berdiam sahaja?
Inikah yang kau kata pemuda yang budiman itu, yang menyusahkan penduduk kampung kita?
Penyandang jawatan yang berikut menggunakan panggilan Yang Berhormat, kecuali
Ahli Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan
Ketua Setiausaha Negara
Setiausaha Kerajaan Negeri
Individu yang manakah yang memiliki gelaran kurniaan dan gelaran ikhtisas?
Puan Hajah Masni
Tan Sri Dr. Husdaini
Prof. Madya Mohd Ishak
Tuan Haji Syed Abdullah
Yang manakah BUKAN gelaran keturunan orang-orang besar?
I - Daeng
II - Awangku
III - Sharifah
IV - Che Wan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Siapakah yang layak mendapat panggilan hormat sahibul fadilah?
Mufti
Ustaz
Imam Besar
Kadi Besar
