NEW
Font size
WorksheetsBantu Mula (By Cikgu Badrul, SK Puchong Perdana)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berikut adalah tujuan pertolongan cemas dilakukan KECUALI
Menyelamatkan mangsa
Membantu pemulihan
Mencemaskan mangsa
Mencegah kecederaan yang lebih teruk
Apakah yang dimaksudkan dengan Bantu Mula?
Bantuan kewangan yang diberikan kepada atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan atau sakit mengejut.
Bantuan makanan yang diberikan kepada atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan atau sakit mengejut sebelum ketibaan paramedik ( ambulans, doktor, atau pakar perubatan ).
Bantuan permulaan yang pertama diberikan kepada atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan atau sakit mengejut sebelum ketibaan paramedik ( ambulans, doktor, atau pakar perubatan ).
Bantuan penginapan diberikan kepada atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan atau sakit mengejut sebelum ketibaan paramedik ( ambulans, doktor, atau pakar perubatan ).
Berikut merupakan tujuan Bantu Mula diberikan KECUALI
Menyelamatkan nyawa
Mengelak dari anjing liar
Mendapat bantuan perubatan
Mengelak kecederaan lebih serius
Berikut merupakan tugas personal dalam memberi bantu mula KECUALI
Mencegah mangsa daripada makan dan minum
Mencegah kesakitan yang dialami oleh mangsa yang cedera
Mencegah jangkitan kuman
Mencegah kehilangan darah yang banyak
Apakah kegunaan First Aid Kits?
Menyimpan ubat dan peralatan kecemasan.
Menyimpan buku dan CD pertolongan cemas.
Menyimpan gambar pesakit dan doktor yang terlibat.
Menyimpan rekod perubatan pesakit.
Berikut merupakan peralatan yang disimpan di dalam First Aid Kits KECUALI
Termometer
Kain Segitiga
Pin Semat
Pembaris
Apakah kegunaan Tweezer?
Digunakan untuk mengambil kain anduh.
Digunakan untuk mengambil objek kecil yang sukar diambil oleh tangan.
Digunakan untuk mengambil kunci di dalam poket.
Digunakan untuk mengambil objek besar seperti Mangkuk Enamel.
Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan gigi palsu dan gigi palsu tersebut tidak longgar. Apakah tindakan anda?
Tanggalkan gigi palsu tersebut.
Biarkan gigi palsu tersebut.
Gamkan gigi palsu tersebut supaya lebih kuat.
Longgarkan gigi palsu tersebut supaya angin mudah masuk.
Peralatan manakah yang sesuai untuk membalut luka?
Kain kapas
Bandage
Kain buruk
Tweezer
Berikut merupakan rawatan untuk luka atau pendarahan KECUALI
Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak.
