wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Maulidur Rasul Al-Jawahir

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama penuh Rasulullah SAW?

a)

Abdullah Bin Muhammad

b)

Muhammad Bin Idris

c)

Muhammad Bin Abdullah Bin Abd Mutalib

d)

Muhammad Bin Abdullah Bin Abi Talib

2.

Apakah peristiwa yang berlaku sewaktu kelahiran Nabi SAW?

a)

Tentera berkuda Abrahah ingin menghancurkan Kaabah

b)

Tentera berunta Najasyi ingin menghancurkan Kaabah

c)

Tentera bergajah Abrahah ingin menghancurkan Kaabah

d)

Tentera bergajah Najasyi ingin menghancurkan Kaabah

3.

Termaktub peristiwa bergajah Abrahah ini di dalam surah apa?

a)

Surah Al-Maidah

b)

Surah At-Takwir

c)

Surah Al-Fiil

d)

Surah At-Tin

4.

Siapakah pengasuh Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil?

a)

Ummu Aiman

b)

Halimatus Saadiah

c)

Suwaibatul Aslamiyah

5.

Siapakah orang pertama yang menyusukan Nabi selepas ibunya?

a)

Suwaibatul Aslamiyah

b)

Halimatus Saadiah

c)

Ummu Aiman

6.

Siapakah pendeta yang ditemui oleh Rasulullah dan bapa saudaranya yang berdagang ke Sham?

a)

Buhaira'

b)

Bahir

c)

Zuhaira'

d)

Humaira'

7.

Apakah peranan Rasulullah dalam peperangan Fijar ketika umur 14 tahun?

a)

Merawat tentera Islam yang cedera sewaktu peperangan

b)

Menajamkan anak panah

c)

Menyediakan dan mengutip anak panah

8.

Apakah peristiwa yang berlaku ketika Baginda berumur 25 tahun?

a)

Berkahwin dengan Siti Khadijah

b)

Membawa barang dagangan Khadijah ke Syam

c)

Hijrah ke Taif

d)

Hijrah ke Habsyah

9.

Apakah nama anak-anak Nabi bersama Siti khadijah?

a)

Qasim

b)

Ibrahim

c)

Fatimah

d)

Abdullah

10.

Berapakah umur Rasullullah SAW ketika peristiwa perletakan semula hajarul aswad?

a)

35 tahun

b)

25 tahun

c)

40 tahun

d)

14 tahun

11.

Bagaimanakah orang-orang Mekah menentukan orang yang paling layak untuk menyelesaikan masalah perletakan hajarul aswad?

a)

Memilih orang-orang bangsawan Quraisy

b)

Memilih orang yang paling jujur dan amanah

c)

Memilih orang yang pertama memasuki pintu Safa

12.

Dimanakah terletaknya Gua Hira'?

a)

Jabal Nur

b)

Jabal Uhud

c)

Jabal Omar

13.

Berapa tahunkah Nabi berdakwah secara sembunyi2?

a)

10 tahun

b)

3 tahun

c)

13 tahun

d)

6 tahun

14.

Siapakah yang digelar As-Saabiquun Al-Awwalun?

a)

Siti Khadijah

b)

Abu Bakar As-Siddiq

c)

Umar Al-Khattab

d)

Zaid Bin Harithah

15.

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

[Al-Hijr: 94]


Apakah perintah Allah yang terdapat didalam ayat tersebut?

a)

Fathu Mekah

b)

Dakwah Sirriyah

c)

Dakwah Jahriyyah

d)

Perintah Berdakwah

16.

Kata malaikat itu, "Wahai Rasulullah, kami siap untuk menjalankan perintah tuan. Jika engkau mahu, kami sanggup menjadikan gunung di sekitar kota itu berlanggaran, sehingga penduduk yang ada di kedua belah gunung ini akan mati tertindih. Atau apa saja hukuman yang engkau inginkan, kami siap melaksanakannya."


Apakah peristiwa yang berkait dengan dialog di atas?

a)

Peristiwa hijrah ke Habsyah

b)

Peristiwa hijrah ke Taif

c)

Peristiwa Israk Mikraj

d)

Peristiwa Fathu Mekah

17.

Siapakah yang menemani Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk Mikraj?

a)

Abu Bakar As-Siddiq

b)

Ali Bin Abi Talib

c)

Malaikat Jibrail AS

d)

Malaikat Mikail AS

18.

Siapakah salah seorang utusan yang diutuskan oleh Rasulullah SAW ketika Baiah Aqabah yang pertama ke Yathrib?

a)

Zaid Bin Harithah

b)

Mus'ab Bin 'Umair

c)

Mus'ab Bin Zubair

19.

Apakah yang berlaku pada tahun pertama hijrah di Madinah?

a)

Mempersaudarakan golongan Ansar & golongan Muhajirin

b)

Turun Wahyu Perang

c)

Membina Masjid Nabawi

20.

Apakah perang yang digelar dengan gelaran

الفرق بين الحق و الباطل ؟

a)

Perang Khandak

b)

Perang Uhud

c)

Perang Badar

d)

Perang Mu'tah

21.

Bilakah berlakunya Perang Badar?

a)

Tahun pertama Hijrah, 17 Ramadhan

b)

Tahun ke-2 Hijrah, 27 Ramadhan

c)

Tahun ke-3 Hijrah, 17 Ramadhan

d)

Tahun ke-2 Hijrah, 17 Ramadhan

22.

Apakah perkara yang disyariatkan pada tahun ke-4 hijrah?

a)

Solat Khauf

b)

Tayamum

c)

Haji

23.

Siapakah tawanan perang daripada Bani Mustoliq yang dikahwini Rasulullah SAW?

a)

Sayyidatina Aisyah

b)

Sayyidatina Juwairiyah

c)

Sayyidatina Hafsah

24.

Berapakah ghazwah yang disertai oleh Nabi SAW?

a)

37 ghazwah

b)

26 ghazwah

c)

48 ghazwah

25.

Perang Mu'tah adalah pertembungan kaum Muslimin dengan ______?

a)

tentera Yahudi

b)

tentera Rom

c)

tentera Parsi

26.

Siapakah yang mendapat gelaran Singa Allah?

a)

Umar Al-Khattab

b)

Khalid Al-Walid

c)

Hamzah Bin Abdul Mutalib

27.

Siapakah yang mendapat gelaran At-Tohiroh?

a)

Sayyidatina Khadijah

b)

Sayyidatina Aisyah

c)

Fatimah Az-Zahra'

28.

Siapakah 3 panglima pemegang panji Islam yang syahid di dalam perang Mu'tah?

a)

Zaid Bin Thabit

b)

Jaafar Bin Abi Talib

c)

Zaid Bin Harithah

d)

Abdullah Bin Rawahah

29.

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. Ali Imran: 144).


Siapakah yang membacakan ayat ini ketika suasana terlalu tegang mendapat perkhabaran tentang kewafatan Baginda SAW?

a)

Saidina Uthman Bin Affan

b)

Saidina Umar Al-Khattab

c)

Saidina Abu Bakar As-Siddiq

d)

Saidina Ali Bin Abi Talib

30.

Bilakah Nabi Muhammad SAW wafat?

a)

12 Rabiul Awal, waktu dhuha

b)

12 Rabiul Awal, waktu subuh

c)

12 Rabiul Awal, waktu sebelum subuh