NEW
Font size
WorksheetsIstilah-istilah Ibadah F4 & F5
Total questions: 80
Worksheet time: 40mins
Bahasa : Mengunjungi tempat yang mulia.
Istilah : Mengunjungi Kaabah di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa-masa tertentu dengan syarat yang tertentu.
Haji
Umrah
Upah Haji (badal haji)
Bahasa : Ziarah
Istilah : Menziarahi Kaabah di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.
Umrah
Haji
Upah Haji (badal haji)
Melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
Upah Haji (badal haji)
Umrah
Haji
Berniat menunaikan haji.
Niat Ihram
Niat Haji
Niat Umrah
Berada dipadang Arafah walaupun hanya sekejap diantara gelincir matahari 9 Zulhijah hingga tertib fajar 10 Zulhijjah.
Wukuf
Tawaf
Sa'ie
Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah SWT.
Tawaf
Sa'ie
Wukuf
Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.
Sa'ie
Wukuf
Miqat
Bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
Bercukur
Tertib
Miqat
Rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan.
Tertib
Miqat
Amalan yang mesti dilakukan dalam ibadah haji dan jika tertinggal salah satunya, maka hajinya sah tetapi dikenakan dam.
Wajib Haji
Sunat Haji
Haram
Sempadan masa atau tempat untuk berniat ihram.
Miqat
Tertib
Sa'ie
Berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 zulhijjah hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.
Bermalam di Muzdalifah
Bermalam di Mina
Bermalam di Mina pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 zulhijjah).
Bermalam di Mina
Bermalam di Muzdalifah
Dilakukan selepas tengah malam pada 10 zulhijjah dan berlanjutan hingga terbenam matahari 13 zulhijjah dengan 7 biji anak batu.
Melontar Jamratul Aqabah
Melontar Ketiga-tiga Jamrah
Melontar Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan 7 biji anak batu selepas gelincir matahari pada hari tasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 zulhijjah hingga terbenam matahari.
Melontar Ketiga-tiga Jamrah
Melontar Jamratul Aqabah
Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan. Sama ada haji dahulu kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah sebelum tiba bulan haji.
Haji Ifrad
Haji Tamattuk
Haji Qiran
Mengerjakan umrah terlebih dahulu kemudian barulah niat mengerjakan haji pada bulan-bulan haji.
Haji Qiran
Haji Tamattuk
Haji Ifrad
Mengerjakan haji dan umrah secara serentak setelah masuk bulan haji.
Haji Qiran
Haji Ifrad
Haji Tamattuk
Tahallul bermaksud keluar dari ihram haji atau umrah.
Tahallul
Nafar
Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina.
Nafar
Tahallul
Meninggalakan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
Nafar Awwal
Nafar Thani
Meninggalkan Mina selepas melontar pada 13 zulhijjah.
Nafar Awwal
Nafar Thani
Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara wajib haji atau wajib umrah, atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
Dam
Tahallul
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah SWT.
Sembelihan
Korban
Akikah
Menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT.
Korban
Sembelihan
Akikah
Penyembelihan binatang ternakan (al An’am) yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Sembelihan
Korban
Akikah
Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.
Jual beli
Sewaan
Gadaian
Syarikat
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat / faedah dari sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian.
Jual beli
Sewaan
Gadaian
Syarikat
Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.
Jual beli
Sewaan
Gadaian
Syarikat
Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih.
Syarikat
Sewaan
Gadaian
Jual beli
Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.
Hutang
Gadaian
Insurans
Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila ditimpa musibah.
Insurans
Hutang
Gadaian
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.
Hutang
Gadaian
Insurans
Saham
Suatu ikatan yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan dengan lafaz nikah atau tazwij.
Perkahwinan
Merisik
Meminang
Mahar
Langkah awal proses memilih isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.
Merisik
Perkahwinan
Meminang
Mahar
Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.
Meminang
Merisik
Mahar
Perkahwinan
Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.
Wali
Hakim
Ajnabi
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
Mahar / Mas Kahwin
Barang hiasan
Barang hantaran
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Mahar Musamma
Mahar Misil
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.
Mahar Musamma
Mahar Misil
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
Walimatul urus
Mahar / Mas Kahwin
Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa makna keduanya.
Talak
Fasakh
Khuluk
Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan kepangkuannya dalam tempoh iddah.
Rujuk
Iddah
Lian
Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
Iddah
Rujuk
Lian
Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga.
Fasakh
Talak
Khuluk
Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk dan kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu.
Khuluk
Fasakh
Lian
Zihar
Keengganan isteri menunaikan kewajiban terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.
Nusyuz
Fasakh
Zihar
Lian
Suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya.
Zihar
Lian
Nusyuz
Khuluk
Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.
Atau
Sumpah isteri yang disertakan dengan kemurkaan Allah SWT untuk menolak tuduhan zina suaminya.
Lian
Zihar
Qazaf
Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak melebihi 4 orang pada satu masa.
Poligami
Monogomi
Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya dikalangan orang Islam.
Undang-undang Keluarga Islam
Enakmen
Undang-undang Sivil
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.
Anak angkat
Anak tiri
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Hadhanah
Penyusuan
Asobah
Pewaris yang berhak mendapat harta pusaka tetapi tidak ditetapkan jumlahnya seperti anak lelaki dan cucu lelaki.
Asobah
Hadhanah
Peminangan secara berterus terang.
sorih
kinayah
Peminangan secara kiasan.
sorih
kinayah
Maksud 'ajnabi' ialah ____________ .
orang asing
makhluk asing
saudara terdekat
adik beradik
Setaraf dari segi keturunan, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.
Sekufu
Ajnabi
Asobah
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya.
Wali Hakim
Wali Mujbir
Wali Akrab
Wali yang hampir dengan perempuan tersebut termasuk datuk dan bapa.
Wali Akrab
Wali Hakim
Wali Nasab
Lafaz yang diucapkan oleh wali seperti "Aku nikahkan engkau dengan anakku (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin (kadar mahar) ringgit tunai".
Ijab
Kabul
Ijab dan kabul
Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti "Aku terima nikah (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin (kadar mahar) tunai".
Ijab
Kabul
Ijab dan kabul
Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri, menurut syarak.
Nafkah batin
Nafkah zahir
Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian.
Nafkah batin
Nafkah zahir
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.
Talak Sunni
Talak Bid'ie
Talak Ba'in
Talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isterinya ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau menceraikannya dengan talak tiga sekaligus.
Talak Bid'ie
Talak Sunni
Talak Ba'in
Talak satu atau dua yang belum tamat iddahnya. Suami boleh merujuk kembali isterinya semasa iddah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru.
Talak Raj'ie
Talak Ba'in
Talak Sunni
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.
Talak Taklik
Talak Ba'in
Talak Bid'ie
Menurut mazhab Syafei, isteri yang mengelak daripada 'melayan' suaminya dengan berpuasa sunat, dikira _______________ .
nusyuz
khuluk
fasakh
Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur.
bersetubuh / berjimak
lian
berasmara
Perbuatan menuduh perempuan yang baik berzina tanpa empat orang saksi yang adil.
Qazaf
Lian
Zihar
Memasukkan buah tamar atau buah-buahan lain yang manis ke bahagian atas mulut (lelangit) bayi.
cukur jambul
tahnik
berselawat
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Akta
Enakmen
Ordinan
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Enakmen
Akta
Ordinan
Rang undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka.
Enakmen
Akta
Ordinan
Harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya, hasil daripada sumber atau usaha mereka bersama.
Harta Sepencarian
Harta Pusaka
Harta Peninggalan
Faraid
Sakit yang pada kebiasaannya boleh membawa kematian dan ia berakhir dengan kematian pesakit.
Marodhul Maut
Uzur
Pewaris yang berhak mendapat harta pusaka tetapi tidak ditetapkan nisbah tertentu.
Asobah
Asi
Ajnabi
Musoharoh maksudnya ____________
Persemendaan
Keturunan
Penyusuan
Antara salah satu asas kebahagian ialah Al-mua'syarah bil makruf yang maksud ______________ .
Pergaulan yang baik
Kasih-sayang dan kasihan belas
