NEW
Font size
WorksheetsTrial K1 Kelantan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut manakah contoh kufur hakikat
Mengakui nabi Isa anak tuhan.
Tidak mengakui balasan di akhirat.
Menggunakan nikmat ke jalan maksiat.
Mempercayai azimat boleh menahan sesuatu bahaya.
Semua yang berikut ialah akibat minum arak dan menagih dadah terhadap individu KECUALI
Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan.
Membazir harta,masa dan tenaga.
Menjatuhkan maruah diri.
Lalai daripada mengingati Allah.
• Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak
• Beriktikad bahawa Saidina Ali dan Imam mereka sebagai tuhan
Pernyataan di atas merujuk kepada pegangan
Syiah Imamiyah
Syiah Zaidiyah
Syiah Batiniah
Khawarij
Pilih pernyataan yang benar mengenai khurafat.
Menolak hukum Allah
Menyekutukan Allah dengan sesuatu
Berpura-pura beriman kepada Allah
Mempercayai perkara-perkara karut
• Tidak mentaati perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.
• Melakukan dosa besar dan berterusan melakukan dosa kecil.
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri orang yang_________.
Fasik
Murtad
Mulhid
Munafik
Kebaikan mengerjakan haji secara Ifrad ialah
Haji dan umrah ditunaikan secara berasingan
Memberi kesenangan kepada jemaah
Haji dan umrah ditunaikan serentak
Tidak dikenakan dam
• Amalan ini dilakukan selepas tengah malam 10 zulhijjah.
• Berlanjutan hingga terbenam matahari pada 13 zulhijjah.
• Waktu afdhalnya pada waktu pagi 10 zulhijjah.
Pernyataan di atas menerangkan amalan_________.
Bermalam di Muzdalifah
Melontar Jamratul Aqabah
Bermalam di Mina
Melontar ketiga-tiga jamrah
Berdasarkan pendapat Mazhab Syafie,isteri boleh menuntut fasakh sekiranya suami hilang selama
6 bulan
1 tahun
3 bulan
4 tahun
• Penerima dan pemberi hutang
• Barang yang diberi hutang
• Akad pemberian hutang
Pernyataan di atas adalah tentang
Rukun hutang
Syarat-syarat sah hutang
Larangan dalam berhutang
Perkara yang membatalkan hutang
Berikut adalah sebab yang membolehkan isteri membuat tuntutan khuluk di mahkamah KECUALI
Isteri merasakan tidak sesuai lagi hidup bersama dengan suaminya.
Isteri bimbang berlaku nusyuz terhadap suaminya jika perkahwinan diteruskan.
Suami mahu menceraikan dengan talak biasa.
Isteri telah bertemu dengan lelaki pilihan hatinya.
Antara yang berikut,manakah BUKAN syarat-syarat sah korban
Binatang al-An'am
Binatang yang cukup umur
Harus disembelih oleh orang yang bukan Islam
Binatang ternakan yang sihat dan tidak cacat
Apakah keistimewaan Hamka yang membantu menyebarkan Islam kepada masyarakat?
I. Cekap Berkarya
II. Pandai berpidato
III. Anak kepada ulama' terkenal
IV. Berani menegakkan kebenaran
I,II dan III
I,II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV
Di antara berikut manakah TIDAK BENAR mengenai peranan generasi sekarang bagi mengembalikan kegemilangan Islam seperti masa lampau.
Menghapuskan sesiapa yang mencemarkan kesucian agama Islam.
Menuntut apa sahaja ilmu yang ada.
Menuntut hak dalam demonstrasi.
Menghidupkan semangat jihad.
•"Perut yang kenyang akan memberatkan badan,membekukan hati dan menumpulkan fikiran".
Siapakah tokoh yang mengeluarkan nasihat di atas?
Imam al-Ghazali r.h.
Imam al-Bukhari r.h.
Imam al-Shafie r.h.
Imam Malik r.h.
Khuttab yang didirikan pada zaman Khulafa al-Rasyidin khusus sebagai tempat belajar untuk golongan
Orang kurang upaya
Golongan bangsawan
Buta huruf
Kanak-kanak
Di antara berikut,yang manakah BUKAN cara untuk menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan pelajar
Memberi latihan kemahiran vokasional kepada muda mudi
Menambah ilmu pengetahuan tentang jihad
Sentiasa melakukan ibadat-ibadat sunat
Mengkaji kisah para pejuang terdahulu
Di antara berikut yang manakah karya Imam Ahmad bin Hambal r.h dalam bidang hadis?
Al-Musnad
Al-Manasik al-Kabir
Al-Manasik al-Saghir
Al-Nasikh Walmansukh
Berikut adalah sumber berfikir berlandaskan syariat Islam
I. Wahyu
II. Mimpi indah
III. Akal fikiran
IV. Hasil penulisan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Kedamaian sesebuah negara bergantung kepada sikap rakyat terhadap pemimpinnya.Apakah kesan yang berlaku jika rakyat TIDAK menghormati pemimpin?
Ekonomi negara akan meningkat
Pembangunan negara berjalan lancar
Rakyat mempunyai semangat daya saing yang tinggi
Musuh akan mengambil kesempatan melemahkan negara
Apakah langkah yang TERBAIK untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Memberikan kesedaran tentang nikmat alam sekitar
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
Kerja membaik pulih oleh pihak berkuasa
Melarang penggunaan bahan berisiko terhadap alam
