wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGANGKUTAN (CHAPTER 1 FORM 5)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah organisma multisel memerlukan sistem pengangkutan yang efisien?

a)

Mempunyai persekitaran dalam

b)

Mempunyai homeostsis tubuh

c)

Mempunyai JLP yang besar

d)

Mempunyai nisbah JLP per I yang kecil

2.

Antara berikut yang manakah BUKAN kepentingan sistem pengangkutan?

a)

Mengedarkan nutrien, gas respirasi dan bahan kumuh

b)

Mengkoordinasikan gerak balas tubuh

c)

Mempertahankan badan dari serangan patogen

d)

Membekalkan nutrien dan oksigen kepada sel-sel badan

3.

Bagaimanakah organisma pada rajah memperolehi gas respirasi?

a)

Melalui darah yang beredar

b)

Daripada atmosfera

c)

Melalui liang stoma

d)

Resapan ringkas melalui membran plasma

4.

Darah manusia terbahagi kepada plasma dan ....................

a)

sel-sel darah

b)

bendalir limfa

c)

bendalir interstis

d)

protein plasma

5.

Berapa peratus air di dalam plasma darah?

a)

10%

b)

45%

c)

55%

d)

90%

6.

Antara berikut, yang manakah BUKAN sel-sel darah?

a)

Platelet

b)

Leukosit

c)

Trombokinase

d)

Eritrosit

7.

Apakah sel darah yang boleh membentuk oksihemoglobin?

a)

Leukosit

b)

Eritrosit

c)

Platelet

d)

Neutrofil

8.

Sel darah putih yang terlibat semasa gerak balas alergi tubuh ialah .......................

a)

Monosit

b)

Neutrofil

c)

Eosinofil

d)

Limfosit

9.

Antara berikut, yang manakah BUKAN sel darah putih granulosit?

a)

Monosit

b)

Neutrofil

c)

Basofil

d)

Eosinofil

10.

Leukosit yang boleh menghasilkan antibodi untuk memusnahkan patogen ialah ....................

a)

neutrofil

b)

monosit

c)

limfosit

d)

basofil

11.

Namakan sel darah yang terlibat dalam mekanisme pembekuan darah.

a)

Leukosit

b)

Eritrosit

c)

Protrombin

d)

Platelet

12.

Antara berikut, yang manakah tidak terkandung dalam plasma darah manusia?

a)

Bahan kumuh

b)

Platelet

c)

Protein plasma

d)

Antibodi

e)

Hormon

13.

Serangga tidak mempunyai darah tetapi bendalir badannya dikenali sebagai ......................

a)

limfa

b)

bendalir interstis

c)

hemolimfa

d)

plasma

14.

Antara berikut, yang manakah TIDAK terkandung di dalam hemolimfa serangga?

a)

Leukosit

b)

Bahan kumuh

c)

Antibodi

d)

Eritrosit

15.

Albumin ialah protein plasma yang terdapat di dalam darah. Apakah peranannya?

a)

Mengawal keseimbangan gula darah

b)

Mengawal kadar denyutan jantung

c)

Mengawal kepekatan darah

d)

Memusnahkan patogen

16.

Namakan bahan yang dirembeskan oleh basofil untuk mencairkan darah.

a)

Heparin

b)

Lisin

c)

Aglutinin

d)

Anti-histamin

17.

Antara yang berikut, manakah BUKAN kandungan hemolimfa?

a)

Bahan buangan

b)

Eritrosit

c)

Hormon dan antibodi

d)

Leukosit

18.

Antara yang berikut, manakah saluran darah yang mempunyai dinding paling tebal dan berotot?

a)

Arteri pulmonari

b)

Arteriol

c)

Aorta

d)

Arteri koronari

19.

Mengapakah arteri mempunyai dinding yang tebal dan berotot?

a)

Untuk menahan tekanan darah yang tinggi

b)

Untuk menjanakan tekanan darah yang tinggi

c)

Untuk memastikan darah mengalir sehala

d)

Untuk mencegah pembekuan darah

20.

Paramesium mempunyai kecekapan yang lebih baik dalam proses resapan ringkas berbanding manusia.

a)

Benar

b)

Palsu