wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji sej spm 2019

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah tamadun awal dunia terbentuk di kawasan lembah sungai?    
a)
Kepercayaan nenek moyang
b)
Kemudahan pemujaan
c)
Keselamatan terjamin 
d)
Kesuburan tanah
2.
Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan Tembok Besar China?    
a)
Menunjukkan ketinggian seni bina 
b)
Menghalang penghijrahan penduduk 
c)
Melaksanakan pemerintahan secara autokratik
d)
Mempertahan empayar daripada serangan musuh 
3.
Apakah maksud hijrah dalam konteks tamadun Islam?

  I  Perjuangan menegakkan kebenaran    
II  Penyebaran wahyu kepada umat manusia
 
 III  Perjalanan orang Islam Makkah ke Habsyah
  IV  Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah    
a)
I dan II 
b)
 I dan IV 
c)
  II dan III 
d)
III dan IV
4.
Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah yang membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah?    
a)
Kebebasan memihak orang Islam Madinah 
b)
Kebebasan memihak kabilah Arab 
c)
Gencatan senjata selama 10 tahun
d)
Kebenaran mengerjakan umrah
5.
Sekiranya anda ingin menjadi calon khalifah dalam pemerintahan kerajaan Khulafa al-Rasyidin, apakah syarat yang perlu anda patuhi?    
a)
Berharta 
b)
Berpengaruh 
c)
Mahir bersenjata 
d)
Lelaki merdeka
6.
Pemerintah tempatan telah menganugerahkan jawatan penting kepada segelintir pedagang Islam yang berada di Asia Tenggara.   Apakah jawatan tersebut?    
a)
Bendahara 
b)
Syahbandar
c)
Laksamana 
d)
Temenggung
7.
Jawatan Sheikh-ul-Islam diwujudkan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah   Apakah peranannya?    
a)
Mengeluarkan fatwa
b)
Menyusun pentadbiran
c)
Melindungi pemerintah
d)
Menjaga kebajikan rakyat
8.
Selepas kedatangan Islam, berlaku perubahan dalam adat istiadat pertabalan raja dalam masyarakat Melayu tradisional.     Apakah perubahan tersebut?    
a)
Pembacaan ciri 
b)
Menjunjung duli 
c)
Sumpah daulat 
d)
Proses baiah
9.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan gambar tersebut?
a)
Peningkatan status masyarakat
b)
Pengenalan sistem tulisan
c)
Peralatan pertanian
d)
penggunaan alat pengebumian
10.
Dalam sistem pemerintahan Tamadun Mesopotamia raja dianggap sebagai Tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Apakah sistem pemerintahan tersebut?  
a)
Tirani
b)
Oligarki  
c)
Teokrasi  
d)
Monarki 
11.
Apakah ciri tamadun awal manusia yang berkaitan dengan maklumat berikut?  
• Hieroglif
• Cuneiform
• Ideogram 
a)
Bahasa dan tulisan  
b)
Organisasi sosial  
c)
Sistem pemerintahan  
d)
Agama dan kepercayaan
12.
Apakah fungsi binaan tersebut? 
a)
Pintu gerbang  
b)
tembok pertahanan
c)
laluan pengangkutan
d)
saluran bekalan air
13.
Gambar berikut menunjukkan Prasasti Telaga Batu yang dijumpai di Palembang pada tahun 683M.  
Apakah peristiwa yang berkaitan dengan prasasti tersebut? 
a)
Upacara pemakaman raja
b)
Upacara perkahwinan diraja 
c)
Upacara angkat sumpah pembesar  
d)
Upacara persembahan korban
14.
Maklumat berikut merujuk kepada wahyu Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
* Surah al-Muddasir ayat 1 - 7  
Apakah perintah yang terkandung dalam ayat tersebut? 
a)
Menangani penentangan Arab Quraisy
b)
Menyeru umat Islam berhijrah  
c)
Menyebarkan ajaran Islam
d)
Menyatupadukan masyarakat Arab  
15.
Maklumat berikut merupakan warkah Nabi Muhammad s.a.w kepada Maharaja Rom Timur.  
Terjemahannya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Daripada Muhammad, hamba dan pesuruh Allah, kepada Hercules (Maharaja Rom Timur). Selamat dan sejahtera kepada sesiapa yang menurut perintah Allah. Anutilah Islam, nescaya Allah akan mengurniakan anda ganjaran dua kali ganda. Seandainya anda menolak Islam, maka anda akan menanggung dosa-dosa rakyat jelata...
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada warkah tersebut?  
a)
Perluasan taklukan Islam
b)
Permulaan hubungan luar 
c)
Pelaksanaan undang-undang Islam 
d)
Penyebaran Islam secara diplomasi
16.

Gambar berikut menunjukkan Tembok Besar China yang mula dibina oleh Shih Huang Ti pada kurun ke-3 SM.

Apakah tujuan tembok tersebut di bina?

a)

Mengatasi bencana alam

b)

Memenuhi tuntutan rakyat

c)

Menentukan sempadan negeri

d)

Menjamin keselamatan wilayah

17.

Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada kurun ke-15?

# Peru

# Mexico

a)

Pemerintahan tradisional dikekalkan

b)

Kemusnahan tamadun tempatan

c)

Taraf hidup masyarakat berkembang

d)

Perdagangan antarabangsa meningkat

18.

Pada kurun ke-15, Sepanyol dan Portugal bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di luar Eropah.


Apakah kesan persaingan tersebut?

a)

Pemantapan kerjasama ketenteraan

b)

Perkongsian pelabuhan entreport

c)

Pengukuhan institusi keagamaan

d)

Pembahagian kawasan pengaruh

19.

Mengapakah institusi Baitul Mal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menguruskan harta kerajaan

c)

Mengendalikan adat istiadat istana

d)

Menentukan bidang tugas pembesar