wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fizik 2 Ujian 2 Dinamik & Hukum Newton

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Hasil darab daya dan halaju adalah

a)

tegangan

b)

momentum

c)

pecutan graviti

d)

daya tarikan graviti

2.

Andaikan anda sedang berada di tepi tebing yang dalam atau tepi bumbung bangunan yang tinggi dengan membawa beban yang berat di tangan. Ketika anda terasa akan terjatuh, tiba-tiba anda teringat bagaimana hukum fizik boleh menyelamatkan anda! Apakah hukum fizik tersebut?

a)

hukum inertia

b)

hukum inertia

c)

hukum keabadian tenaga

d)

hukum keabadian momentum

3.

Sebuah trak yang berat memiliki lebih momentum berbanding kereta pada kelajuan yang sama kerana trak tersebut

a)

mempunyai jisim yang lebih besar

b)

mempunyai halaju yang lebih tinggi

c)

mempunyai jarak roda yang lebih jauh

d)

tidak mempunyai bentuk yang membelah angin

4.

Momentum diabadikan

a)

jika tidak dipengaruhi oleh daya luar

b)

di dalam pelanggaran elastik dua bola

c)

di dalam pelanggaran tidak elastik dua bola

d)

semua yang disenaraikan adalah betul

5.

Satu objek yang berat dan satu jasad yang ringan mempunyai momentum yang sama. Mana satukah yang mempunyai halaju yang lebih tinggi?

a)

Objek berat

b)

Objek ringan

c)

Kedua-duanya mempunyai halaju yang sama

d)

Halaju objek berat adalah sifar manakala halaju objek ringan bukan sifar

6.

Perubahan momentum boleh berpunca daripada

a)

daya

b)

pecutan

c)

dorongan

d)

semua yang disenaraikan adalah betul

7.

Seorang peninju dengan cepat menggerakkan kepalanya ke belakang apabila dia melihat kepalanya akan terkena tumbukan lawan. Apakah sebenarnya yang berlaku dalam pergerakan kepala ini?

a)

Mengelirukan lawan.

b)

Menambah momentum dan mengurangkan daya.

c)

Menambahkan tempoh terkena tumbukan yang akan mengurangkan daya.

d)

Mengurangkan tempoh terkena tumbukan yang akan menambahkan daya.

8.

Siapakah yang memperkenalkan hukum gerakan?

a)

Einstein

b)

Mark Twain

c)

Issac Newton

d)

Leornado da Vinci

9.

Palang pengadang (guardrails) sepanjang tepi jalan akan meremuk (membengkok dan tertanggal) apabila kenderaan melanggarnya. Ianya direka cipta begini bertujuan

a)

agar kenderaan tidak melantun balik ke tengah jalan

b)

supaya ianya boleh ditukar ganti dan memberi pekerjaan kepada rakyat

c)

untuk meningkatkan tempoh hentaman dan mengurangkan daya pelanggaran

d)

untuk meningkatkan tempoh momentum dan mengurangkan daya pelanggaran

10.

Kereta Samad yang mempunyai jisim 1000 kg telah kehabisan minyak. Dia menolaknya ke stesen minyak dan berjaya menggerakkan kereta tersebut pada 0.05 m/s2. Berapakah daya yang Samad kenakan untuk menolak kereta tersebut?

a)

5N

b)

20N

c)

50N

d)

100N

11.

Momentum sesuatu objek bergantung kepada

a)

saiz dan bentuknya.

b)

jisim dan halajunya.

c)

jisim dan tenaganya.

d)

jisim dan pecutannya.

12.

Momentum bagi peluru yang ditembak dari sepucuk pistol adalah besar kerana peluru itu

a)

berjisim kecil.

b)

bergerak pada satu garis lurus.

c)

mempunyai isipadu yang padat.

d)

bergerak dengan halaju yang tinggi.

13.

Untuk mengurangkan rasa perit apabila menangkap bola lisut (baseball) adalah dengan meningkatkan

a)

daya sentuhan.

b)

masa sentuhan.

c)

masa tangkapan.

d)

perubahan momentum.

14.

Mana satukah yang lebih tinggi momentumnya? Sebuah kereta yang berhenti di lampu merah atau basikal yang dikayuh selaju 15 km/j?

a)

Kereta

b)

Basikal

c)

Kedua-duanya sama

d)

Tidak dapat ditentukan kerana kekurangan maklumat

15.

Dalam sebarang pelanggaran __________ adalah sentiasa malar (sama)

a)

jumlah halaju

b)

jumlah tenaga

c)

jumlah kelajuan

d)

jumlah momentum

16.

Apabila kelajuan sesuatu objek bertambah dua kali ganda, momentum yang terhasil adalah

a)

berkurangan.

b)

tidak berubah.

c)

meningkat dua kali ganda.

d)

meningkat empat kali ganda.

17.

Kebanyakan kenderaan moden dilengkapi pelapik pada papan pemuka (padded dashboards). Hal ini dapat mengurangkan kecederaan akibat pelanggaran dengan meningkatkan

a)

daya hentaman.

b)

masa hentaman.

c)

kelajuan pemandu.

d)

perubahan momentum pemandu.

18.

Mana satukah antara pelanggaran berikut tidak sempurna sama ada kenyal atau tak kenyal?

a)

Bola boling yang menghentam pin boling.

b)

Panah yang mengena pada sebiji epal lalu melekat.

c)

Pasu bunga yang pecah berderai apabila terkena kepala seseorang.

d)

Halangan dalam perlawanan ragbi menyebabkan kedua-dua pemain bergumpal bersama.

19.

Sebuah troli 0.250 kg bergerak pada kelajuan 0.4 m/s. Berapakah momentumnya?

a)

0.100 kg m/s2.

b)

0.150 kg m/s2.

c)

0.425 kg m/s2.

d)

0.625 kg m/s2.

20.

Seorang peluncur ais menolak kereta luncur dalam keadaan rehat di atas permukaan ais, menyebabkan kedua-duanya bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan pecutan yang berbeza. Keadaan ini adalah bertepatan dengan

a)

Hukum Gerakan Newton Kedua.

b)

Hukum Gerakan Newton Ketiga.

c)

Hukum Gerakan Newton Pertama objek yang rehat.

d)

Hukum Gerakan Newton Pertama objek yang bergerak.

21.

Dengan daya yang sama, jika jisim ditingkatkan, ia menyebabkan

a)

pecutannya bertambah.

b)

pecutannya kekal sama.

c)

objek berhenti bergerak.

d)

pecutannya berkurangan.

22.

Dengan mengabaikan rintangan udara, jika sebiji bola sepak dan bola boling dijatuhkan serentak pada ketinggian yang sama, mana satukah yang akan sampai dahulu ke lantai?

a)

Bola sepak.

b)

Bola boling.

c)

Bola yang lebih besar isipadu.

d)

Kedua-dua bola sampai pada masa yang sama.

23.

Satu daya 8 N ke kiri dan satu lagi daya 4 N ke kanan bertindak ke atas satu jasad, berapakah daya bersih yang terhasil dan arah pergerakan jasad tersebut.

a)

4 N ke kiri.

b)

4 N ke kanan.

c)

8 N ke kiri.

d)

12 N ke kanan.

24.

Apakah daya bersih bagi ilustrasi pergerakan berikut?

a)

1000 N ke kanan.

b)

2000 N ke kanan.

c)

4000 N ke kiri.

d)

6000 N ke kiri.

25.

Sebuah basikal seberat 20kg memecut pada 10 m/s2. Berapakah daya yang diperlukan untuk menggerakkannya?

a)

10 N.

b)

20 N.

c)

30 N.

d)

200 N.