wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BUSINESS LAW (MEBA) PART II

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut barang-barang yang tertakluk dalam Akta SOGA 1957, KECUALI:

a)

barang kemas

b)

Pakaian

c)

Basikal

d)

Buku Cheque

2.

'Caveat Emptor' adalah prinsip undang-undang berkaitan 'due diligence' (ketekunan wajar) kepada pengguna yang bermaksud:

a)

penjual boleh memanipulasi

b)

pembeli berhati-hati (buyer beware)

c)

jualan barang curi

d)

pembeli boleh ditipu

3.

Akta yang mengawal selia perniagaan jenis perkongsian di Malaysia adalah:

a)

Akta Syarikat 2016

b)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

c)

Akta Perkongsian 1961

d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013

4.

Janna Nick ingin membuka perniagaan butik dengan kawannya, Bella Aspalela. Cadangan entiti berikut adalah sesuai KECUALI:

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Sendirian Berhad

c)

Milikan Tunggal

d)

Perkongsian Liabiliti Terhad

5.

Bilangan maksima pekongsi dalam satu perkongsian biasa adalah seramai:

a)

30 orang

b)

2 orang

c)

20 orang

d)

10 orang

6.

Azman dan Kamal merupakan rakan kongsi perniagaan menjual telefon pintar. Azman telah melakukan jenayah peras ugut terhadap pelanggan di premis kedai milik mereka. Apakah status Kamal?

a)

Tidak boleh dituduh terlibat kerana hanya Azman yang melakukan jenayah tersebut

b)

Boleh dituduh kerana jenayah berlaku dalam kedai mereka berdua

c)

Tidak boleh dituduh kerana Kamal sempat melarikan diri

d)

Boleh dituduh kerana Kamal adalah rakan kongsi

7.

Perbezaan utama antara syarat (condition) dan waranti (warranty) adalah:

a)

syarat lebih tersirat maksud berbanding waranti

b)

syarat membatalkan kontrak, waranti tidak membatalkan kontrak

c)

syarat boleh menawarkan pampasan, waranti tidak boleh

d)

tiada perbezaan

8.

Salim membeli basikal daripada Abu. Razif mendakwa basikal itu miliknya, kerana ia adalah basikal yang dicuri oleh Abu. Razif menuntut basikal itu semula. Pernyataan manakah yang betul?

a)

Razif adalah bona fide purchaser

b)

Salim adalah pemilik mutlak

c)

Abu tiada hak untuk memindah milik

d)

Kontrak antara Salim dan Abu sah

9.

X menerima kuasa daripada Y untuk bertindak mewakili Y.


Pernyataan manakah yang benar?

a)

X adalah prinsipal

b)

Y adalah ejen

c)

X adalah ejen

d)

Y adalah pihak ketiga

10.

Apakah barang-barang yang tertakluk kepada Akta Sewa Beli?

a)

Rumah kediaman dan perabot

b)

Traktor dan tanah kebun

c)

Perabot dan kereta

d)

Pajakan ladang dan kenderaan