wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Bahasa Melayu_SMK

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Baru pagi tadi abang Faris ______________ jambang dan misainya.

a)

mencantas

b)

menebang

c)

mencukur

d)

menghakis

2.

"____________ amat berbesar hati kerana tuanku sudi mencemar duli melawat kampung ini," sembah tuk penghulu kepada putera mahkota.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Patik

d)

Beta

3.

Nelayan itu menebarkan __________ jala untuk menangkap ikan di sungai.

a)

sehelai

b)

serawan

c)

selembar

d)

sepasang

4.

Zuhairi membatalkan niatnya untuk ke bandar ________ basikalnya rosak di tengah jalan.

a)

sambil

b)

kerana

c)

kecuali

d)

tetapi

5.

Pendayung itu tidak dapat digunakan lagi kerana sudah __________.

a)

luluh

b)

koyak

c)

usang

d)

sompek

6.

Perjalanan kakak ke bandar Miri telah ________ berlakunya tanah runtuh di kilometer 205.

a)

terkandas

b)

terhalang

c)

tergendala

d)

terbengkalai

7.

Ketua pengawas akan __________ Jalur Gemilang ketika lagu Negaraku dinyanyikan oleh murid-murid.

a)

naikkan

b)

menaiki

c)

kenaikan

d)

menaikkan

8.

Mengenalpastikan kesalahan dalam ayat di bawah.


Peserta-peserta yang menyertai perarakan pada Hari Sukan sekolah diminta beratur mengikut rumah sukan masing-masing.

a)

Peserta-peserta

b)

pada

c)

masing-masing

d)

tiada kesalahan

9.

Mengenalpastikan kesalahan dalam ayat di bawah.


Ayah memuji kesungguhan abang mengusahakan kolam penternakan ikan air tawar sehingga dia mampu memperoleh dapatan yang lumayan setiap bulan,

a)

kesungguhan

b)

penternakan

c)

dapatan

d)

tiada kesalahan

10.

Mengenalpastikan kesalahan dalam ayat di bawah.


Datuk menceritakan tentang pengalaman beliau semasa negara dijajah oleh komunis pada zaman dahulu kepada cucu-cucunya.

a)

tentang

b)

pada

c)

kepada

d)

tiada kesalahan

11.

Mengenalpastikan kesalahan dalam ayat di bawah.


Saya gemar membaca karya penulisan A. Samad Said kerana banyak pengajaran-pengajaran yang dapat saya peroleh.

a)

membaca

b)

pengajaran-pengajaran

c)

peroleh

d)

tiada kesalahan

12.

Mengenalpastikan ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong di bawah adalah BETUL atau SALAH.


Adik gemar sarapan pagi dengan roti bakar telur separuh masak.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Mengenalpastikan ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong di bawah adalah BETUL atau SALAH.


Setelah berfikir dengan masaknya, Saiful mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Mengenalpastikan ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong di bawah adalah BETUL atau SALAH.


Ujian ini diadakan untuk mencabar kecerdasan minda murid.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Mengenalpastikan ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong di bawah adalah BETUL atau SALAH.


Datuk Irwan mencabar Sani supaya membawa pekara itu ke mahkamah.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Mengenalpastikan ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong di bawah adalah BETUL atau SALAH.


Puan Devi berhenti keratanya di tepi jalan kerana hendak membeli buah-buahan.

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Mengenalpastikan ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong di bawah adalah BETUL atau SALAH.


Ayah terkejut apabila enjin keretanya berhenti secara tiba-tiba.

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Putera raja yang berhajat untuk beristirahat itu segera ke dapur istana setelah terhidu bau masakan yang enak.


Apakah yang akan dilakukan oleh putera raja selepas itu?

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersantap

d)

bersemayam

19.

Ibu masih menyimpan koleksi barangan __________ milik nenek sebagai kenang-kenangan.

a)

lampau

b)

lanjut

c)

lama

d)

lalu

20.

Penglihatan Ridwan menjadi silau apabila terkena pantulan cahaya matahari.


Perkataan antonim bagi silau ialah

a)

cerah

b)

kabur

c)

kelam

d)

jelas

21.

Dalam ucapannya, guru besar __________ agar murid-murid sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

a)

mengajak

b)

mendesak

c)

mengajarkan

d)

menyarankan

22.

Adik hanya dapat makan __________ daripada kek-kek cawan itu kerana sudah kekenyangan.

a)

sebilangan

b)

segala

c)

seluruh

d)

setiap

23.

keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi __________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.

a)

riuh-rendah

b)

simpang-siur

c)

kelam-kabut

d)

bengkang-bengkok

24.

Puan Zaleha __________ apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.

a)

putih mata

b)

gelap mata

c)

mata duitan

d)

rambang mata

25.

Kesedaran tentang pentingnya __________ masa dapat mendidik murid supaya lebih __________.

a)

penyeliaan......berbudi bahasa

b)

pentadbiran......berdikari

c)

pengawasan......bersyukur

d)

pengendalian......berdisiplin