wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JUJ Set 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah berkaitan milikan tunggal?

a)

Modal dari sumber pembiayaan dalaman

b)

Liabiliti setakat modal disumbangkan sahaja

c)

Dikecualikan daripada membayar cukai individu

d)

Perniagaan mudah terbubar jika berselisih pendapat

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan sektor tertier?

a)

Melibatkan aktiviti menghasilkan bahan mentah

b)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat

c)

Penghasilan peralatan saintifik untuk kegunaan pertanian

d)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

3.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz besar?

a)

Kos overhed yang rendah

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Semangat berpasukan yang tinggi

d)

Senang mendapat pekerja berpengalaman

4.

Apakah peranan kerajaan negeri?

a)

Mengumpulkan hasil cukai pendapatan

b)

Membangunkan kegiatan ekonomi setempat

c)

Membina sistem jaringan pengangkutan yang baik

d)

Melindungi pengguna daripada penipuan peniaga

5.

 Pekerja bekerja dalam jangka masa pendek setiap tahun

 Pekerja perlu mencari pekerjaan lain

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran teknologi

c)

Pengangguran struktur

d)

Pengangguran bermusim

6.

Encik Hazihan mengambil keputusan untuk menggaji Aiman yang baru tamat pelajaran di universiti sebagai seorang kerani. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Encik Hazihan kepada Aiman?

a)

Mempunyai pengetahuan stereotaip

b)

Tidak mempunyai kemahiran baru

c)

Memerlukan program induksi

d)

Tidak membawa idea baharu

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan misi?

a)

Panduan dalam membuat keputusan

b)

Pembentukan matlamat yang lebih khusus

c)

Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan

d)

Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan

8.

Apakah tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?

a)

Membuat penambahbaikan produk

b)

Memudahkan komunikasi dalaman dan luaran

c)

Membantu pengguna yang mempunyai masalah komputer

d)

Mengurus dan menyelaras pembangunan perkakasan dalam sistem

9.

Mengapakah bahagian fungsian pembelian perlu membuat tempahan awal untuk mendapatkan bekalan bahan mentah?

a)

Membayar pembekal dengan segera

b)

Meluaskan pasaran perniagaan

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak

d)

Menyelesaikan masalah penghantaran barang

10.

Sistem urusan perniagaan berkaitan dengan tempahan dan pembelian dilakukan secara atas talian. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

e-mel

b)

e-banking

c)

e-dagang

d)

e-pemasaran

11.

X adalah salah satu proses komunikasi di mana pada tahap ini dapat mengukur keberkesanan proses komunikasi. Apakah X?

a)

Gangguan

b)

Maklum balas

c)

Penghantar

d)

Saluran

12.

Encik Nathan telah menjawat jawatan sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta. Beliau telah menggunakan wang syarikat untuk membayar wang pendahuluan kereta miliknya.


Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Nathan?

a)

Pecah amanah

b)

Salah guna aset

c)

Tidak beretika

d)

Ingkar arahan

13.

Puteri telah mendapat bantuan perubatan dan kewangan setelah kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan di tempat kerja dua tahun yang lalu.

Apakah jenis faedah kepada Puteri?

a)

PERKESO

b)

Bonus tunai

c)

Insurans

d)

KWSP

14.

Apakah tujuan mengurus harta intelek?

a)

Melindungi daripada dikenakan saman

b)

Mengelakkan daripada cetak rompak

c)

Memastikan perniagaan berjalan lancar

d)

Memastikan pembayaran cukai dijelaskan

15.

Antara yang berikut, manakah kekuatan yang perlu ada pada diri usahawan?

a)

Perhubungan baik dengan pasangan

b)

Mewujudkan sikap berdikari

c)

Memberi peluang pekerjaan

d)

Kemahiran pembangunan karakter diri

16.

Yang manakah bukan tujuan pemasaran?

a)

Memastikan produk sampai kepada pengguna

b)

Menjana keuntungan perniagaan

c)

Membuka peluang pekerjaan

d)

Meningkatkan jualan produk

17.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam pengurusan perniagaan syarikat?

a)

Pelabur

b)

Rakan kongsi

c)

Lembaga pengarah

d)

Pemegang syer

18.

Pernyataan manakah yang bukan berkaitan dengan unsur pemasaran?

a)

Memilih lokasi yang strategik untuk memasarkan produk

b)

Mencari pembekal yang memberi kemudahan kredit

c)

Menyalurkan maklumat melalui media massa

d)

Menawarkan diskaun kepada pelanggan tetap

19.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri koperasi?

a)

Kawalan operasi adalah secara autokratik

b)

Ahli menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Semua anggota berhak mengundi

d)

Pulangan syer kepada ahli dalam bentuk elaun

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri keperluan manusia?

a)

Keperluan mudah dipenuhi

b)

Menjadikan hidup lebih selesa

c)

Melambangkan kemewahan

d)

Keperluan berbeza untuk semua individu

21.

Apakah maksud bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi ?

a)

Berfungsi umum untuk bahagian tersebut

b)

Bertanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi

c)

Merupakan fungsi umum untuk seluruh organisasi

d)

Bertanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut

22.

Bahagian fungsian yang manakah perlu menganalisis pembekal untuk membandingkan harga?

a)

Bahagian pembelian

b)

Bahagian pemasaran

c)

Bahagian pentadbiran

d)

Bahagian pengeluaran

23.

Apakah aspek penting yang diperlukan untuk menghasilkan pekerja yang cekap ?

a)

Diskripsi tugas yang jelas

b)

Motivasi pekerja yang tinggi

c)

Kelayakan akademik yang tinggi

d)

Ganjaran kewangan yang adil

24.

Antara berikut , risiko yang manakah boleh dilindungi bagi perniagaan seseorang usahawan?

a)

Risiko kebakaran

b)

Risiko gempa bumi

c)

Risiko kemerosotan ekonomi

d)

Risiko perubahan citara pelanggan

25.

Apakah kepentingan perlindungan insurans terhadap sumber fizikal kepada usahawan?

a)

Melindungi nyawa pekerja

b)

Melindungi harta benda pekerja

c)

Melindungi perniagaan daripada risiko kecurian

d)

Melindungi perniagaan daripada persaingan yang tidak sihat

26.

Yang manakah merupakan sumber modal luaran Kedai Nasi Ayam Ahmad ?

a)

Inventori

b)

Pembiayaan bank

c)

Wang tunai

d)

Pengurus kedai

27.

Perniagaan Satay Chalok memiliki premis perniagaan yang mengandungi peralatan berteknologi tinggi untuk aktiviti pemprosesan sate.


Apakah jenis insurans yang sesuai diambil oleh perniagaan tersebut ?

a)

Insurans kecurian

b)

Insurans liabiliti am

c)

Insurans kebakaran

d)

Insurans kemalangan

28.

Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan memperoleh modal melalui

skim pajakan ?

a)

Dapat menghasilkan pendapatan

b)

Aset dimiliki selepas tamat tempoh pajakan

c)

Dapat digunakan tanpa mengeluarkan modal yang tinggi

d)

Sebarang kerosakan perlu diselenggarakan oleh penyewa

29.

Mengapakah penyata kewangan perniagaan penting kepada pembiaya ?

a)

Menentukkan keupayaaan kewangan perniagaan

b)

Menentukan jumlah stok yang dibekalkan untuk perniagaan

c)

Menentukan kadar keuntungan perniagaan dalam sesuatu tempoh

d)

Menentukan jenis perniagaan yang dijalankan oleh seseorang usahawan

30.

Apakah butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi ?

a)

Liabilit semasa

b)

Jualan bersih

c)

Aset semasa

d)

Ekuiti pemilik

31.

Perniagaan secara langsung memainkan peranan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Bagaimanakah perniagaan memainkan peranan ini?

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Membantu perkembangan ekonomi negara

c)

Menjalankan tanggungjawab sosial korporat

d)

Menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan

32.

1. Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?

a)

Beban cukai yang rendah

b)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

c)

Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

33.
  • Perniagaan dikendalikan mengikut satu sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama
  • Peniaga boleh menggunakan jenama atau cap dagangan pemegang hak
  • Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Kedai sejaras

d)

Syarikat sendirian berhad

34.

Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

FELDA

c)

MARDI

d)

MATRADE

35.

19. Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

36.

Encik Johny seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya daripada pemborong Samy setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan menggunakan cek.


Encik Johny terlibat dalam interaksi dengan...

a)

Bank

b)

Pembekal

c)

Pelanggan

d)

Agensi kerajaan

37.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kepentingan struktur organisasi?

a)

Mengagihkan sumber

b)

Mewujudkan rantaian arahan

c)

Melatih sumber manusia

d)

Menetapkan visi dan misi

38.

1. Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

a)

Kos operasi tinggi

b)

Mempunyai banyak cawangan

c)

Bilangan pelanggan yang ramai

d)

Menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

39.

Encik Daniel seorang pengusaha kebun durian telah mereka cipta satu peralatan mudah untuk membuka buah durian dengan cepat dan mudah.


Apakah ciri keperibadian usahawan yang ada pada Encik Daniel?

a)

Kreatif

b)

Inovatif

c)

Berpandangan jauh

d)

Berani mengambil risiko

40.

Pada pendapat anda, adakah motosikal merupakan stok bergerak perlahan?

a)

Tidak, kerana permintaan untuk motosikal tinggi

b)

Ya, kerana motosikal mudah rosak

c)

Ya, kerana motosikal mengambil masa yang lama untuk dijual

d)

Tidak, kerana motosikal boleh disimpan lama