WorksheetsSains T5: Perlindungan haiwan
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Tema Sains Hayat Tahun 5
Perlindungan haiwan.
Perlindungan haiwan terbahagi kepada 2 cara iaitu melalui ...
Tabiat hidup khas
Ciri-ciri khas
Tingkah laku khas
Kebolehan khas
1. Rajah di atas menunjukkan sejenis haiwan. Apakah ciri litupan haiwan di atas?
Bersisik
Berduri
Bercengkerang
Berbulu pelepah
Apakah ciri-ciri khas yang terdapat pada kura-kura sebagai perlindungan diri daripada ancaman musuh?
Bersisik keras
Berkuku tajam
Bercengkerang keras
Memasukkan diri ke dalam cengkerang
Berikan satu contoh haiwan lain yang memiliki ciri khas yang sama dengan kura-kura?
Landak
Lipas
Pari
Paus
Nyatakan tingkah laku khas yang terdapat pada ikan buntal untuk melindungi dirinya daripada diancam musuh?
Menggunakan racun untuk membunuh musuh
Menggunakan duri untuk menyerang musuh
Mengembangkan dirinya untuk menakutkan musuh
Berenang dengan laju untuk mengelak ditangkap musuh
Nyatakan satu contoh lain yang mempunyai persamaan ciri khas dengan ikan buntal.
Landak
Ular
Penyu
Helang
Bagaimana harimau melindungi dirinya daripada haiwan yang lebih kuat daripadanya?
Berlari lebih pantas
Mengaum
Berkuku tajam
Bersisik keras
Rajah di atas menunjukkan sejenis tumbuhan yang boleh didapati di Sabah. Bagaimanakah tumbuhan ini melindungi dirinya daripada musuh?
Berduri
Beracun
Berbulu halus
Mengeluarkan bau
Rajah di atas menunjukkan sejenis tumbuhan. Bagaimanakah tumbuhan tersebut menghadapi cuaca melampau?
Daun pecah-pecah
Daun kalis air
Mengugurkan daun
Menggulungkan daun
Rajah di atas menunjukkan sejenis haiwan. Antara berikut yang manakah tingkah laku yang betul bagi haiwan tersebut menyesuaikan dirinya bagi menghadapi cuaca melampau?
Berendam
Menyamar
Bermigrasi
Berhibernasi
