wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MENGENAL PASTI PENIPUAN DAN MUSLIHAT DI INTERNET

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Adakah selamat

untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk sesuatu perwatakan yang anda

cipta di Internet?

a)

Ya, tidak mengapa

b)

Ya, tetapi terhad kepada nama, alamat dan usia sebenar.

c)

Ya, tetapi hanya sekali sekala

d)

Lebih baik tidak mendedahkan maklumat peribadi.

2.

Phishing bermaksud…

a)

Memancing dan menangkap phish (ikan).

b)

Seseorang sepatutnya lebih berhati-hati menyemak ejaan.

c)

Laman web dan e-mel dicipta untuk menipu dan mencuri maklumat anda

d)

Semua di atas.

3.

Bolehkah anda menerima e-mel yang mempunyai motif penipuan daripada seseorang sekiranya anda tidak pernah memberi alamat e-mel anda kepada orang tersebut?

a)

Tidak, anda hanya menerima e-mel itu daripada seseorang yang anda kenal.

b)

Ya, penipuan phishing menggunakan perisian khusus untuk mengutip maklumat dari sumber-sumber lain.

c)

Tidak, anda hanya dapat menerima e-mel itu sekiranya anda memberi alamat e-mel anda kepada terlalu ramai kawan.

d)

Tidak, hanya kawan dan keluarga mengetahui alamat e-mel anda.

4.

Yang mana daripada berikut merupakan cara untuk mengelakkan daripada penipuan di Internet?

a)

Fikir sebelum klik

b)

Lakukan carian web nama syarikat sebelum anda memberikan mereka apa- apa maklumat mengenai diri anda

c)

Baca cetakan halus

d)

Semua di atas.

5.

E-mel berangkai adalah ...

a)

Cara untuk memastikan anda mempunyai nasib yang baik.

b)

Cara untuk kekal berhubung dengan kawan anda.

c)

Cara untuk anda membantu penjenayah siber menyebarkan

penipuan dan muslihat.

d)

Tiada satu pun daripada di atas.

6.

Ujian personaliti adalah ...

a)

Cara yang menyeronokkan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai diri anda.

b)

Cara penjenayah siber untuk mengumpul maklumat peribadi

anda.

c)

Cara untuk membuat jantina berlawanan lebih tertarik kepada anda.

d)

Tiada satupun daripada di atas.

7.

Peraduan pop-up adalah...

a)

Lawak jenaka.

b)

Hanya iklan yang menjengkelkan tetapi biasanya selamat.

c)

Cara untuk memenangi peraduan dan alat-alat elektronik yang menyeronokkan

d)

Tiada satupun daripada di atas.

8.

Sebuah tablet telah ditawarkan melalui bida (lelongan) di sebuah laman web untuk harga RM30. Anda tidak perlu terlalu teruja dengan tawaran istimewa itu kerana

a)

Terdapat kos tersembunyi seperti yuran pendaftaran

dan caj penghantaran.

b)

Bidbot mungkin digunakan untuk

memacu bidaan.

c)

Anda membayar setiap bidaan yang anda letakkan walaupun

anda tidak memenangi barangan tersebut.

d)

Semua di atas

9.

Yang mana daripada berikut adalah penipuan?

a)

Memenangi komputer riba dengan menjadi penguji sesuatu produk.

b)

Peralatan sukan percuma kerana mengisi borang kaji selidik.

c)

Pihak keselamatan bank anda meminta anda menukar kata laluan kepada akaun bank.

d)

Semua di atas

10.

Syarikat perniagaan yang sah di sisi undang-undang jarang menghantar kepada anda e-mel yang memerlukan anda memberikan nama akaun/nama pengguna/kata laluan anda dengan serta merta atau anda akan menghadapi akibat buruk jika tidak melakukannya. Bagaimana anda pastikan jika sesuatu e-mel itu betul-betul daripada syarikat yang anda kenali?

a)

Buka penyemak seimbas web (web browser) anda dan log-on ke laman web syarikat itu dengan cara yang biasa anda lakukan.

b)

Klik pada pautan dalam e-mel.

c)

Tidak membuat apa-apa.

d)

Tiada satu pun daripada di atas

11.

Sekiranya anda menerima e-mel phishing anda hendaklah

a)

Laporkan kepada http://www.antiphishing.com

b)

Tidak membuat apa-apa, ianya tidak akan menyakiti sesiapa

sekiranya tiada tindakan yang diambil.

c)

Balas balik e-mel dengan perkataan yang biadap.

d)

Tiada satu pun daripada di atas

12.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah termasuk

a)

Menggunakan perisian anti-virus, anti-pengintipan dan firewall.

b)

Berfikir dua kali sebelum membuka fail lampiran dan mengklik pautan walaupun daripada orang dan syarikat-syarikat yang saya kenali.

c)

Memberitahu semua orang yang menggunakan komputer cara-cara untuk melindungi diri dan komputer mereka.

d)

Semua di atas

13.

Kecurian identiti hanya berlaku kepada

a)

Orang dewasa.

b)

Orang muda yang membuat perkongsian maklumat peribadi.

c)

Mereka yang mempunyai firewall yang dipasang pada komputer mereka.

d)

Semua di atas.

14.

Menghantar maklumat peribadi seperti butiran di kad pengenalan atau nombor kad kredit melalui e-mel adalah selamat sekiranya....

a)

Ia adalah kepada sebuah syarikat yang terkenal.

b)

Ia adalah kepada sekolah saya.

c)

Ia adalah kepada keluarga saya.

d)

Tiada satupun daripada di atas

15.

Anda menerima tawaran untuk menjual duit syiling lama anda dengan harga RM20,000.00 Setelah anda kongsi gambar duit syiling RM1 dengan orang yang menghubungi anda di Whatsapp, anda diberitahu bahawa RM20,000.00 telah dimasukkan ke dalam akaun anda. Namun anda perlu membayar sebanyak RM750.00 untuk fee pemprosesan sebelum anda boleh mengeluarkan duit tersebut. Apa yang anda akan lakukan?

a)

Tiada siapa yang mahu berikan saya RM20,000. Saya sanggup bayar sedikit fee pemprosesan untuk mendapatkan RM20,000.

b)

Tawaran ini terlalu bagus untuk dipercayai. Ianya mesti satu penipuan. Saya mesti blok nombor tersebut.

c)

Ternyata ianya satu penipuan. Saya mesti beritahu orang lain mengenai perkara ini supaya mereka berhati-hati.

d)

B dan C