NEW
Font size
WorksheetsTopik 1 : SEJARAH & POLITIK DI MALAYSIA
Total questions: 24
Worksheet time: 12mins
Faktor utama yang menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada abad ke-15.
Penduduk Melaka yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Penyebaran agama Islam di Melaka.
Harga barang dagangan yang murah.
Lokasi Melaka dipertengahan laluan perdagangan antara timur dan barat.
Antara berikut, yang manakah BUKAN kerajaan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Johor
Perak
Pahang
Selangor
Siapakah pengasas kesultanan baharu di Selangor.
Raja Lumu
Raja Ali Haji
Daeng Celak
Daeng Merewah
Salah satu teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara menunjukkan bahawa Islam berkembang di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat di India dan Pantai Koromandel pada kurun ke-13M. Siapakah yang mengemukakan pendapat tersebut.
S.Q Fatimi
John Crawford
Snouck Hurgronje
Emanuel Gadinho Eredia
Semua karya yang berikut berkembang semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hikayat Nur Muhammad
Hikayat Bulan Berbelah
Hikayat Amir Hamzah
Tulisan Arab
Tulisan Parsi
Tulisan China
Tulisan Champa
Apakah kuasa luar yang mula-mula menjajah Tanah Melayu.
Portugis
Belanda
British
Jepun
Apakah tujuan utama Belanda menakluk Melaka.
I Ingin memonopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka.
II Ingin menguasai rempah ratus dan bijih timah.
III Ingin menyekat pengaruh China.
IV Ingin menjadikan Melaka sebagai pusat pentadbiran.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Alam Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tanah Melayu di bawah naungan British dan Sumatera di bawah naungan Belanda. Pembahagian Alam Melayu merupakan kesan______________________________.
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney 1926
Perjanjian Pangkor 1874
British meluaskan kuasanya di Tanah Melayu melalui peristiwa yang berikut, KECUALI
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Persekutuan 1896 yang membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Perjanjian Bangkok 1909
Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor yang menyumbang kepada kemenangan Jepun menjajah Tanah Melayu..
Persediaan peperangan yang rapi oleh Jepun
Pertolongan dan bantuan daripada tentera Thailand.
British tidak bersedia dengan serangan Jepun.
Kekurangan anggota tentera British.
Apakah punca yang menyumbang kepada masalah perpaduan di Tanah Melayu yang bermula sejak zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Jepun menindas orang Cina, manakala orang Melayu dan India mendapat layanan baik.
Jepun menindas orang India, manakala orang Melayu dan Cina mendapat layanan baik.
Jepun menindas orang Melayu, manakala orang India dan Cina mendapat layanan baik.
Jepun menindas orang Cina dan India, manakala orang Melayu mendapat layanan baik.
Apakah sebab sebenar British ingin membentuk bangsa Malayan Union.
Memastikan Tanah Melayu kekal dijajah.
Mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
Meneruskan penguasaan British terhadap ekonomi dan politik.
Memberi hak yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah Singapura diasingkan daripada pembentukan Malayan Union.
Singapura akan diberi kemerdekaan sendiri.
Singapura akan kekal sebagai jajahan British.
Singapura mampu berdiri sendiri.
Tarafnya sebagai pelabuhan bebas.
Apakah faktor-faktor British memperkenalkan Malayan Union.
I Menyediakan pembentukan kerajaan sendiri.
II Melahirkan pentadbiran Barat.
III Mengekalkan amalan monarki.
IV Mengawal kuasa politik orang Melayu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Siapakah pegawai British yang dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama.
Sir Edward Gent.
Sir Harold Mac Micheal.
Sir Malcom MacDonald.
Sir Ivor Jennings.
Prinsip Jus Soli ialah pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang ditolak oleh orang Melayu. Mengapakah orang Melayu menolak pronsip Jus Soli.
Menyukarkan perpaduan antara kaum.
Mengancam Status Quo orang Melayu sebagai peribumi.
Menjaga kepentingan British di Tanah Melayu.
Mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi.
Mengapa Dato'Onn Jaafar bertindak meletak jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO dan keluar dari UMNO pada tahun 1951.
Menyerahkan jawatan tersebut kepada Tunku Abdul Rahman.
Ingin bersara daripada kegiatan politik.
Cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ditolak oleh ahli UMNO.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan ahli UMNO untuk membuka keahlian parti kepada kaum bukan Melayu.
Apakah ciri-ciri penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
I Gabungan 11 buah negeri.
II Diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British.
III Setiap negeri mempunyai seorang Penasihat British.
IV Singapura digabungkan dalam Persekutuan Tanah Melayu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tujuan British menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949.
Merancang dasar ekonomi.
Mendapatkan kemerdekaan.
Memupuk perpaduan kaum.
Menamatkan pengaruh asing.
Antara berikut, tokoh yang manakah tidak terlibat dalam Rundingan Kemerdekaan di London pada tahun 1956.
Dato' Onn Jaafar
Dato' Panglima Bukit Gantang
Tunku Abdul Rahman
Kolonel H.S. Lee
Apakah faktor utama Lee Kuan Yew mendesak supaya Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Ancaman komunis.
Ingin bekerjasama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Mempercepatkan kemerdekaan Singapura.
Kekalahan Barisan Sosialis di Singapura.
Apakah faktor yang mendorong pembentukan Malaysia.
I Ancaman komunis di Singapura.
II Keseimbangan kaum.
III Kemajuan ekonomi bersama.
IV Mempercepatkan kemerdekaan negara terlibat.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Apakah matlamat pertubuhan MAPHILINDO yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Menyekat pengaruh komunis.
Membentuk pakatan ketenteraan.
Memajukan ekonomi serantau.
Meningkatkan hubungan persahabatan.
Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan Singapura dikeluarkan daripada Malaysia pada tahun 1965.
I Persaingan politik PAP dengan MCA.
II Tuntutan Singapura terhadap Batu Putih di selatan Johor.
III Isu perkauman.
IV Isu ekonomi dan kewangan.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
