NEW
Font size
WorksheetsPengenalan kepada asas perakaunan
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
BUTIK AMIRA telah membeli 24 helai baju kebaya bernilai RM3 400. Dalam buku perakuanannya, pemilik merekodkan nilai sebanyak RM3 400 dan bukannya bilangan helai baju kebaya yang dibeli.
Apakah prinsip yang dipatuhi oleh BUTIK AMIRA?
Materialiti
Kos Sejarah
Entiti berasingan
Wang sebagai ukuran
Perniagaan Azian yang mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM15 Juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan.
Apakah konsep yang berkaitan dengan situasi tersebut?
Berterusan
Materialiti
Kos Sejarah
Entiti Berasingan
Puan Hasmah telah merekodkan hasil jualan perabot peribadinya ke dalam Akaun Modal perniagaan. Konsep perakaunan manakah yang tidak dipatuhi oleh Puan Hasmah?
Ketekalan
Materialiti
Badan berasingan
Entiti berasingan
Perniagaan Jawa menggunakan kaedah garis lurus apabila mengira peruntukan susut nilai aset bukan semasanya pada setiap tahun kewangan. Pernyataan tersebut menerangkan konsep ?
Ketekalan
Kos Sejarah
Entiti berasingan
Badan berterusan
Bilakah berakhirnya tempoh perakaunan (satu tahun) Pusat Borong Bayi 'AA' sekiranya perniagaan berkenaan memulakan perniagaan pada 1 Mac 2004?
1 Feb 2003
28 Feb 2003
1 Feb 2005
28 Feb 2005
Pemilik perniagaan dan perniagaannya ialah dua badan yang terpisah.
entiti berasingan
berterusan
Wang sebagai ukuran
Pemadanan
Entiti perniagaan diandaikan akan terus wujud sampai bila-bila.
Pemadanan
berterusan
Entiti Berasingan
Kos Sejarah
Semua belanja bagi satu tempoh perakaunan akan dipadankan dengan hasil dalam tempoh perakaunan yang sama.
Berterusan
Kos Sejarah
Tempoh perakaunan
Pemadanan
Aset bukan semasa akan direkodkan pada nilai kos belian.
kos sejarah
prinsip catatan bergu
wang sebagai ukuran
materialiti
Semua urusniaga akan direkodkan dalam dua akaun yang berasingan. Satu akaun didebitkan dan satu akaun lain dikreditkan dengan jumlah yang sama.
Prinsip catatan bergu
pemadanan
Tempoh perakaunan
Kos sejarah
