wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains ting 3 bab9: cuaca angkasa lepas & bab 10 penerokaan

Total questions: 37

Worksheet time: 3hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah adalah permukaan bercahaya Matahari yang boleh dilihat dari Bumi?

a)

Kromosfera

b)

Tompok matahari

c)

Korona

d)

Fotosfera

2.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan satelit?

a)

Mengumpulkan foto alam semesta

b)

Menentukan lokasi kapal laut di Bumi

c)

Mengesan gelombang radio dari angkasa lepas

d)

Membawa kelengkapan saintifik ke angkasa lepas

3.

Maklumat berikut menghuraikan suatu fenomena pada permukaan matahari.

Kawasan gelap pada permukaan Matahari. Suhu bagi kawasan ini lebih rendah daripada kawasan sekitarnya.

Namakan fenomena ini.

a)

prominen

b)

tompok Matahari

c)

nyalaan suria

d)

lentingan jisim korona

4.

Tokoh astronomi yang manakah mencadangkan

bahawa Matahari adalah pusat sistem Suria?

a)

Galileo Galilei

b)

Nicolaus Copernicus

c)

Claudius Ptolemy

d)

Johannes Kepler

5.

Fenomena manakah yang berlaku pada permukaan matahari?

a)

Aurora

b)

Nyalaan Suria

c)

Ribut geomagnetik

d)

Ribut sinar Matahari

6.

Antara yang berikut yang manakah merupakan prob angkasa?

a)

Pesawat ulang Alik

b)

Kapal muatan

c)

Pesawat Sistem

d)

Pengorbit

7.

Berikut merupakan satu pernyataan berkenaan model suria.

“Copernicus telah membina model suria yang dikenali sebagai model heliosentrik.”

Pilih pernyataan yang benar berkenaan model suria seperti yang dinyatakan.

a)

Bumi berputar pada paksinya

b)

Bumi sebagai pusat sistem suria

c)

Bumi berada dalam keadaan pegun

d)

Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang membulat

8.

Siapakah orang yang pertama mendarat di Bulan?

a)

Yuri Gagarin

b)

Neil Armstrong

c)

Michael Collins

d)

Isaac Newton

9.

Rajah menunjukkan sebuah objek yang digunakan untuk penerokaan di angkasa lepas.

Objek ini digunakan bagi menghantar angkasawan ke angkasa lepas kerana ia...

a)

kembali ke Bumi.

b)

mengelilingi Bumi.

c)

mengumpul spesimen dan menghantar semula ke Bumi.

d)

mengumpulkan maklumat dan menghantar semula ke Bumi.

10.

Apakah yang akan berlaku kepada Bumi apabila prominen, nyalaan suria dan tompok suria berlaku?

a)

Bumi akan menjadi lebih cerah

b)

Suhu Bumi akan meningkat

c)

Atmosfera Bumi menjadi semakin nipis

d)

Kekuatan medan magnet Bumi akan berkurang

11.

Antara maklumat berikut, yang manakah menerangkan nyalaan suria?

a)

Letupan gas yang sangat panas

b)

Menyebabkan gangguan radio dan magnetik Bumi

c)

Kelihatan sebagai kawasan yang lebih cerah dan berbutir

d)

Kelihatan wujud dan lenyap dalam tempoh masa 11 tahun

12.

Rajah menunjukkan satu fenomena yang terjadi apabila bintang ini berada sebaris dengan Bulan dan Bumi.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN fenomena yang berlaku pada permukaan bintang tersebut?

a)

Aurora

b)

Semarak Suria

c)

Angin suria

d)

Lentingan jisim korona

13.

Rajah menunjukkan tiga lapisan dalam struktur Matahari. Apakah P, Q dan R?

a)

P : Kromosfera

Q : Fotosfera

R : Korona

b)

P : Korona

Q : Fotosfera

R : Kromosfera

c)

P : Korona

Q : Kromosfera

R : Fotosfera

d)

P : Fotosfera

Q : Kromosfera

R : Korona

14.

Apakah yang menyebabkan semarak suria berlaku?

a)

Pelepasan tenaga magnetik Matahari yang terkumpul

b)

Suhu Matahari yang terlampau tinggi

c)

Tompok Matahari

d)

Proses pelakuran nukleus dalam teras Matahari

15.

Lapisan yang manakah melindungi Bumi daripada bahaya angin suria?

a)

Stratosfera

b)

Magnetosfera

c)

Troposfera

d)

Kromosfera

16.

Angin suria boleh menganggu alatan yang digunakan dalam kehidupan harian. Apakah alatan itu?

a)

lampu suluh

b)

komputer

c)

telefon bimbit

d)

kalkulator

17.

Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari sangat mempengaruhi kehidupan harian semua hidupan di Bumi. Apakah fenomena-fenomena tersebut?

a)

Tompok Matahari

b)

Gerhana Matahari

c)

Semarak suria

18.

Siapakah angkasawan yang pertama mengorbit Bumi dengan kapal angkasa ?

a)

Sally Ride

b)

Yuri Gagarin

c)

Michael Collins

d)

Neil Armstrong

19.

Pada masa kini Kementerian Pertahanan Malaysia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik setelah mengaplikasikan teknologi _________ yang dapat mengesan pencerobohan pesawat udara, kenderaan dan kapal musuh.

a)

roket

b)

kuar angkasa

c)

teleskop angkasa

d)

penderiaan jauh

20.

Copernicus telah membina suatu model Sistem Suria pada 1473-1543 yang dinamakan Model Heliosentrik. Apaha ciri model itu?

a)

Bumi berada pada pusat Sistem Suria

b)

Bumi berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Matahari dalam orbit membulat

c)

Bumi adalah pegun dalam Sistem Suria

d)

Matahari mengorbit mengelilingi Bumi

21.

Siapakah yang menggunakan teleskop pertama dalam bidang astronomi?

a)

Yuri Gagarin

b)

Galileo Galilei

c)

Albert Einstain

d)

Neil Armstrong

22.

Alat X digunakan secara meluas dalam penerokaan angkasa lepas. Alat ini mempunyai dua tangki yang mengandungi dua jenis bahan api yang digunakan untuk pembakaran bagi menghasilkan daya tujahan yang sangat kuat. Apakah dua jenis bahan api yang digunakan dalam alat X?

a)

gas oksigen dan gas hidrogen

b)

cecair oksigen dan cecair karbon dioksida

c)

cecair oksigen dan cecair hidrogen

d)

gas karbon dioksida dan cecair hidrogen

23.

Rajah menunjukkan sebuah teleskop angkasa Hubble. Apakah fungsi teleskop itu?

a)

Mengambil gambar objek-objek di angkasa lepas dengan jelas

b)

Menghantar angkasawan ke angkasa lepas untuk membaiki satelit

c)

Memantau keadaan suhu di Bulan

d)

Membawa penumpang melawat ke angkasa lepas

24.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan kesan daripada Nyalaan Suria?

a)

gangguan sistem telekomunikasi

b)

gangguan bencana alam

c)

menganggu fungsi satelit

d)

gangguan talian kuasa grid

25.

Antara berikut, yang manakah TIDAK merujuk kepada cuaca angkasa lepas?

a)

keadaan persekitaran di magnetosfera

b)

ionosfera dan termosfera

c)

medan magnet Bumi

d)

Angin suria

26.

Maklumat menerangkan suatu model Sistem Suria. Yang manakah menerangkan model tersebut?

*Semua objek mengorbit Bumi

*Geosentrik model

a)

Model Ptolemy

b)

Model Kepler Pertama

c)

Model Copernicus

d)

Model Kepler Kedua

27.

Yang manakah merupakan sejenis kuar angkasa?

a)

pesawat ulang alik

b)

kapal muatan

c)

pesawat sistem

d)

pengorbit

28.

Yang manakah berikut BUKAN merupakan sistem roket?

a)

sistem struktur

b)

sistem orbit

c)

sistem penggerak

d)

sistem muatan

29.

Pernyataan yang manakah BENAR?

a)

ISS dilancarkan pada tahun 1998

b)

Discovery adalah sejenis pengorbit

c)

Atlantis adalah sejenis satelit

d)

Cassini-Huygen merupakan satelit Malaysia

30.

Fenomena _______ dihubungkaitkan dengan kitaran suria.

a)

magnetosfera

b)

volkanisme

c)

tompok Matahari

d)

geomagnet

31.

Apakah fungsi ROKET dalam penerokaan angkasa lepas?

a)

untuk menghantar angkasawan, kapal angkasa, satelit ke angkasa lepas dan sebagai alat penderiaan jauh

b)

untuk mengira kuantiti graviti di angkasa lepas

c)

untuk memastikan semua satelit berfungsi dengan baik

32.

Nama teleskop ini ialah...

a)

teleskop radio

b)

teleskop Galileo

c)

teleskop angkasa Hubble

d)

teleskop angkasa Spritzer

33.

Apakah kesan nyalaan suria terhadap Bumi?

a)

gangguan cuaca

b)

menyebabkan hujan lebat

c)

menyebabkan gegaran Bumi

d)

gangguan pada sistem navigasi

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penderiaan jarak jauh?

a)

kajian tentang fenomena alam semula jadi

b)

kajian tentang struktur Bumi

c)

kaedah mengumpul dan merekod maklumat dari jarak jauh

d)

kaedah mengumpul dan menyiarkan maklumat secara langsung

35.

Pernyataan dalam rajah merujuk kepada suatu fenomena yang berlaku di Matahari. Apakah fenomena itu?

a)

granul

b)

kitaran suria

c)

semarak suria/prominen

d)

angin suria

36.

Rajah merujuk kepada suatu fenomena yang berlaku di Matahari. Apakah fenomena itu?

a)

granul

b)

kitaran suria

c)

semarak suria/prominen

d)

nyalaan suria

37.

Rajah menunjukkan gerhana Matahari penuh. Lapisan atmosfera Matahari yang manakan dapat diperhatikan?

a)

korona

b)

kromosfera

c)

fotosfera

d)

teras