wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Nasionalisme di Malaysia sehingga PD2

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan penentangan di Perak.


Perbicaraan yang diadakan di Matang memutuskan Dato' Maharajalela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak indut dijatuhi hukuman gantung


Mengapakah British bertindak menjatuhkan hukuman tersebut

a)

Pemberontakan terhadap Sultan

b)

Perlucutan jawatan Sultan Ismail

c)

Pembunuhan JWW Birch

d)

Berkomplot menggulingkan raja

2.

Pembaharuan yang dilakukan British telah menyebabkan Haji Abdul Rahman Limbong memimpin penduduk tempatan Kuala Telemung Terengganu menentang British.


Apakah pembaharuan yang ditentang oleh Haji Abdul Rahman Limbong?


I pengenalan sistem cukai

II undang-undang tanah British

III pengenalan pendidikan sekular

IV pengharaman sekolah pondok

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah faktor penentangan Rentap dan Mat Salleh terhadap kuasa British pada abad ke-19?

a)

Pencerobohan kawasan

b)

Paksaan membayar ufti

c)

Penghapusan amalan perhambaan

d)

Pengenalan cukai tanah

4.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan penentangan Dol Said terhadap British pada abad ke-19.

British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada 1831.


Mengapakah British menyerang Naning?

a)

Membunuh Dol Said

b)

Ingkar arahan membayar cukai

c)

Merampas hasil penduduk

d)

Memulau wilayah Naning

5.

Antara yang berikut akhbar yang manakah digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan idea mereka?

I Neraca

II Idaran Zaman

III Al-Manar

IV Jelutung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan isu yang dikemukakan oleh sebuah majalah yang memainkan peranan penting pada awal abad ke-20.

- Pendidikan anak-anak Melayu

-Membaiki taraf hidup orang Melayu

-Memajukan bahasa dan Sastera Melayu.


Apakah majalah tersebut?

a)

Majalah Bulan Melayu

b)

Majalah Pengasuh

c)

Majalah Guru

d)

Majalah Al Iman

7.

Apakah kesengsaraan hidup yang dialami oleh rakyat tempatan semasa pendudukan Jepun?


I Kekurangan wang

II Kekejaman pentadbiran Jepun

III Kekurangan ubat-ubatan IV Sekatan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebab penentangan terhadap British di Perak.


Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.


Apakah tindakan para pembesar untuk mengembalikan hak mereka?

a)

Menghapuskan sistem residen

b)

Mengadakan kerjasama dengan Siam

c)

Memperkukuh institusi beraja

d)

Berjuang menentang campur tangan barat

9.

Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar yang digunakan sebagai wadah perjuangan Kaum Muda?

a)

Mengkritik amalan perhambaan

b)

Menyemai sikap anti kuasa asing

c)

Menggalakkan pendidikan vernakular

d)

Menjana ajaran Islam Dari sudut kemajuan dunia

10.

Apakah jawatan yang disandang oleh Tok Janggut setelah berjaya menawan Pasir Putih pada 1915

a)

Raja

b)

Perdana Menteri

c)

Pegawai daerah

d)

Penasihat british

11.

Apakah tajuk novel karya Ishak Haji Muhammad yang memaparkan tema Cinta akan tanah air

a)

Keris Melaka

b)

Bulan Melayu

c)

Anak Mat Lela Gila

d)

Melur Kuala Lumpur

12.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan Tema novel Yang diterbitkan pada tahun 1930 an karya Harun Aminurrashid.

- Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya

- Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya


Apakah tajuk novel tersebut?

a)

Tun Fatimah

b)

Keris Melaka

c)

Melur Kuala Lumpur

d)

Putera Gunung Tahan

13.

Senarai berikut merupakan pendorong Gerakan Islah.


- Syeikh Tahir Jalaluddin

- Syed Syeikh al-Hadi

- Dr Burhanuddin al-Helmi


Apakah yang disarankan oleh gerakan islah kepada orang Melayu?

a)

Memelihara budaya Melayu

b)

Bekerjasama dengan penjajah

c)

Mengutamakan sikap berjimat cermat

d)

Mengkritik kelemahan pembesar Melayu

14.

Gerakan Islah oleh Kaum Muda dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Selat sahaja kerana beberapa undang-undang telah dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu.


Apakah yang disertai oleh undang-undang tersebut?


I Kegiatan Dakwah Islam tanpa kebenaran Sultan

II Kemasukan risalah dan buku Kaum Muda

III Kebebasan menerbitkan buku-buku agama

IV Peluang belajar di sekolah-sekolah pondok

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah patut kita contohi.


Mengapakah perjuangan mereka gagal?

a)

Kekurangan ilmu

b)

Halangan bentuk muka bumi

c)

Kekurangan kemudahan asas

d)

Sekatan golongan pemerintah