wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB1 ASK : KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Total questions: 80

Worksheet time: 1hrs 1mins

Name
Class
Date
1.
Memecahkan masalah yang kompleks ke dalam masalah yang lebih kecil dan menyelesaikan setiap individu.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman Corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
2.
Dalam masalah penyediaan sandwich, mengenalpasti pola seperti jenis roti, bahan untuk inti dan masa penyediaan adalah berkaitan dengan teknik:
a)
Leraian
b)
Pengecaman Corak
c)
Peniskalaan
d)
Pengitlakan
3.
Memilih maklumat yang penting dari masalah yang dikemukakan, mengabaikan butir-butir tertentu yang tidak penting.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman Corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
4.
Satu cara yang logik untuk menyelesaikan masalah. Jika langkah-langkah yang anda ambil untuk menyelesaikan masalah itu mengikut algoritma, maka langkah-langkah ini boleh digunakan semula dan disesuaikan untuk menyelesaikan masalah yang sama pada masa hadapan.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman Corak
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
5.
Dalam masalah penyediaan sandwich, mengenalpasti pola seperti jenis roti, bahan untuk inti dan masa penyediaan adalah berkaitan dengan teknik:
a)
Leraian
b)
Pengecaman Corak
c)
Peniskalaan
d)
Pengitlakan
6.
Antara kepentingan teknik peniskalaan ialah membolehkan manusia mencipta idea secara spesifik mengenai masalah dan cara penyelesaiannya.
a)
Betul
b)
Salah
7.
Penggunaan teknik pengitlakan memberikan hasil penyelesaian yang sama untuk beberapa masalah yang berbeza.
a)
Betul
b)
Salah
8.
Apakah kepentingan teknik leraian?
a)
Memberikan hasil penyelesaian yang sama bagi beberapa masalah
b)
Masalah yang dipecahkan dapat dianalisa dengan lebih terperinci
c)
Jika terdapat banyak pola sepunya, masalah lebih mudah diselesaikan
d)
Membolehkan kita mereka idea secara umum
9.
Apakah pemikiran komputasional?
a)
Memberi arahan kepada komputer
b)
Berfikir seperti komputer - dalam binari
c)
Menggunakan satu set teknik dan pendekatan untuk membantu menyelesaikan masalah
10.
Mengapa kita perlu berfikir secara komputasional?
a)
Untuk membantu kita membuat aturcara
b)
Untuk membantu kita menyelesaikan masalah yang kompleks dengan lebih mudah
c)
Untuk membantu kita berfikir seperti komputer
11.
Mengapa kita perlu mempunyai Pemikiran Komputasional?
a)
Supaya tidak dapat membantu anda memahami mata pelajaran dengan lebih baik
b)
Supaya tidak mempunyai semangat berkerjasama yang utuh
c)
Untuk menyelesaikan masalah dengan tidak sistematik
d)
Untuk menjadi seorang pencipta yang hebat
12.
Antara berikut yang manakah BUKAN teknik pemikiran komputasional?
a)
Leraian
b)
Pengecaman Corak
c)
Pengekodan
d)
Pengitlakan
13.
Antara berikut yang manakah merupakan contoh berfikir secara komputasional?
a)
Membuat perancangan laluan anda untuk bertemu rakan.
b)
Apabila hendak bertemu rakan, berkeliaran di sekitar sehingga anda mencari mereka
c)
Apabila hendak bertemu rakan, meminta ibu bapa untuk merancang laluan untuk anda
14.
Antara berikut yang manakah BUKAN contoh pemikiran komputasional?
a)
Merancang apa yang perlu dikumpul dan di mana hendak keluar untuk melengkapkan satu level video game
b)
Merancang bagaimana untuk mengatasi musuh dalam level video game
c)
Dengan tidak sengaja melengkapkan satu level video game
15.
Yang manakah antara teknik pemikiran komputational yang melibatkan pemecahan masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil?
a)
Leraian
b)
Peniskalaan
c)
Algoritma
d)
Pengecaman Corak
16.
Bagi mencipta satu program komputer yang berjaya, berapakah teknik pemikiran komputational yang biasa diperlukan?
a)
Dua
b)
Tiga
c)
Empat
d)
Enam
17.
Apakah teknik leraian?
a)
Menambah perincian untuk menjadikan masalah lebih kompleks 
b)
Memecahkan masalah kompleks kepada bahagian yang lebih kecil dan terurus
c)
Mengabaikan perkara yang tidak penting dalam suatu masalah
18.
Yang manakah antara berikut merupakan contoh leraian?
a)
Melihat seorang mekanik membaiki sebuah basikal
b)
Melihat persamaan antara basikal-basikal yang berbeza.
c)
Mencari bagaimana basikal bekerja dengan melihat secara terperinci pada bahagian-bahagian yang berbeza yang membentuk basikal
19.
Apakah pengecaman corak?
a)
Memecahkan masalah yang kompleks kepada masalah yang lebih kecil
b)
Membina model daripada corak-corak
c)
Mencari persamaan dalam kalangan masalah
20.
Mengapa kita perlu membuat pengecaman corak dalam suatu masalah?
a)
corak dapat memudahkan kita menyelesaikan masalah yang kompleks
b)
corak menjadikan suatu masalah kompleks lebih sukar
c)
kita tidak perlu melihat kepada corak
21.
Yang manakah antara berikut mengandungi corak?
a)
Semua kereta mempunyai tayar
b)
Kereta saya berwarna biru
c)
Kereta kawan saya mempunyai pemain MP3
22.
Yang manakah antara berikut mengandungi corak?
a)
Burung kakak tua itu berwarna biru dan hijau
b)
Semua burung kakak tua mempunyai sayap
c)
Burung kakak tua saya boleh berkata "Hello, boys!"
23.
Apakah peniskalaan?
a)
Proses menapis perkara-perkara yang tidak perlu
b)
proses menapis ciri-ciri yang tidak relevan
c)
proses menapis ciri-ciri tidak relevan dan perkara-perkara tidak perlu
24.
Apakah pengitlakan?
a)
pengitlakan ialah proses untuk kita mencari penyelesaian sesuatu masalah
b)
pengitlakan ialah proses memecahkan masalah
c)
pengitlakan ialah proses membolehkan kita memastikan penyelesaian kita adalah tepat
25.
Antara berikut yang manakah TIDAK benar tentang pengitlakan?
a)
menggunakan modul atau rumus matematik yang tidak terbukti boleh digunapakai
b)
kaedah penyelesaian yang telah terbukti boleh digunapakai bagi masalah yang hampir sama
c)
kaedah yang cepat dan mudah menggunakan pengkaedahan mantap dan telah terbukti
26.
Yang manakah antara berikut adalah contoh teknik leraian?
a)
A.  Meneka siapakah yang telah menyelesaikan jenayah sebelumnya dengan melihat kepada corak yang pernah terjadi.
b)
B.   Menyelesaikan masalah jenayah yang kompleks dengan memecahkan masalah kepada beberapa sub bahagian seperti bilakah jenayah berlaku dan adakah saksi kejadian.
c)
C.  Merujuk kepada jenayah lain yang pernah berlaku.
27.
Mengapakah kita perlu melihat kepada corak dalam sesuatu masalah?
a)
A.  Corak lebih memudahkan kita menyelesaikan masalah yang kompleks.
b)
B.  Corak menyebabkan kita sukar menyelesaikan masalah yang kompleks.
c)
C. Kita tidak perlu melihat kepada corak.
28.
Yang manakah antara berikut mempunyai corak?
a)
A.  Semua kereta mempunyai tayar.
b)
B.  Kereta saya berwarna biru.
c)
C.  Kereta rakan saya mempunyai pemain mp3.
29.
Apakah yang dimaksudkan dengan model?
a)
A.  Model adalah perwakilan bagi suatu masalah.
b)
B.  Model adalah suatu program komputer.
c)
C.  Model adalah suatu lembaran kerja.
30.
Aplikasi perisian yang dibina bagi memenuhi kehendak pengguna boleh dianggap sebagai komponen penyelesai masalah.         
a)
BETUL
b)
SALAH
31.
Pemikiran komputasional tidak mampu menyelesaikan masalah yang rumit dan sukar diselesaikan.
a)
BETUL
b)
SALAH
32.
Teknik peniskalaan ialah teknik pemecahan permasalahan yang rumit dan kompleks kepada penyelesaian yang lebih mudah.   
a)
BETUL
b)
SALAH
33.
Teknik pengitlakan merupakan proses mengenalpasti corak yang sama dalam permasalahan untuk mempermudahkan jalan penyelesaian
a)
BETUL
b)
SALAH
34.
Antara kelemahan teknik leraian adalah sekiranya kita membuat kesilapan dalam pentafsiran sub-masalah, kita akan gagal menyelesaikan permasalahan induk yang utama.
a)
BETUL
b)
SALAH
35.
Melalui teknik leraian, kita dapat menyembunyikan maklumat yang tidak relevan dalam menghasilkan kaedah penyelesaian masalah yang terbaik. 
a)
BETUL
b)
SALAH
36.
Dengan menggunakan teknik pengecaman corak, para guru dapat mengenalpasti sebab/punca kemerosotan kehadiran para pelajarnya ke sekolah
a)
BETUL
b)
SALAH
37.
Hasil daripada pemikiran komputasional, pelajar mampu menyelesaikan masalah dengan lebih mudah dalam rutin kehidupan seharian.       
a)
BETUL
b)
SALAH
38.
Pemikiran komputasional ialah satu proses ____________ bagi tujuan menyelesaikan sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains _______.
a)
penelitian, gunaan
b)
pemikiran, gunaan
c)
pemikiran, komputer
d)
penelitian, komputer
39.
Apakah proses yang ke III?
a)
Sediakan satu model
b)
Perkara tidak penting ditinggalkan
c)
Kenal pasti corak yang sama
d)
Masalah dipecahkan
40.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?
a)
menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah
b)
menggunakan konsep asas komputer bagi menyelesaikan masalah
c)
memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugas
d)
menyelesaikan masalah berbantukan komputer
41.
mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional?
a)
membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah
b)
membolehkan kita memahami   cara komputer menyelesaikan masalah
c)
membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian
d)
membolehkan penyelesaian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik
42.
situasi yang manakah merupakan contoh penggunaan teknik leraian dalam kehidupan harian?
a)
Ani kaji semula contoh penyelesaian masalah matematik dalam buku teks sebelum mula membuat latihan
b)
sebelum membuat kek, ibu semak ramuan yang ada kemudian menkaji resepi yang sesuai
c)
ibu akan membasuh semua  baju dalam mesin basuh
d)
sebelum ayah membeli mesin basuh yang baharu, ayah telah mengkaji dan membaca forum mengenai pelbagai mesin basuh
43.
antara yang berikut,  yang manakah tidak melibatkan leraian suatu masalah?
a)
memikirkan siapa yang boleh membantu menyelesaikan masalah
b)
menghurai masalah dan mencari penyelesaian  bagi cebisan-cebisan masalah yang dihuraikan
c)
mendapatkan pembantu supaya setiap pembantu dapat menumpukan perhatian pada tugasan yang diberikan
d)
gabungkan dua masalah supaya dua masalah dapat diselesaikan secara serentak
44.
mengapakah kita perlu melihat corak pengulangan (pengecaman) dalam masalah?
a)
pengecaman corak membolehkan kita untuk menyelesaikan masalah yang rumit
b)
pengecamana corak menyebabkan masalah rumit sukar diselesaikan
c)
kita tidak perlu melihat pengecaman corak
d)
dapat membuat ramalan tentang sesuantu masalah yang berlaku berdasarkan corak yang berulang dan berbeza
45.
antara pernyataan berikut, yang manakah mengandungi pengecaman corak?
a)
semua rumah ada pintu
b)
rumah saya mempunyai 3 tingkat
c)
rumah saya mempunyai 5 buah bilik dan satu anjung di hadapan
d)
belakang rumah saya terdapat sebuah kolam besar
46.
pernyataan yang manakah mempunyai ciri pengecaman corak?
a)
bunga kebangsaan berwarna merah dan kuning
b)
semua spesis bunga kebangsaan mempunyai 5 kelopak
c)
bunga kebangsaan Malaysia hanya tumbuh di negara kita sahaja
d)
bunga kebangsaan banyak manafaat  dan boleh dijadikan sumber bahan produk kecantikan
47.
apakah kepentingan teknik peniskalaan?
a)
sebagai penambahbaikan bagi membolehkan sesuatu masalah diselesaikan
b)
membolehkan masalah yang besar diselesaikan
c)
bagi membuat keputusan untuk menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan
d)
membolehkan masalah diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat.
48.
Berdasarkan pernyataan yang diberi, nyatakan teknik komputasional yang sesuai dengan pernyataan tersebut.
MEMECAHKAN SUATU MASALAH YANG KOMPLEKS KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG KECIL BAGI MEMUDAHKAN PENYELESAIAN.
a)
teknik peniskalaan
b)
teknik leraian
c)
teknik pengecaman corak
d)
teknik pengitlakan
49.
Berdasarkan pernyataan yang diberi, nyatakan teknik komputasional yang sesuai dengan pernyataan tersebut.
PENELITIAN PADA KESAMAAN DAN CORAK DALAM MASALAH YANG LEBIH KECIL DAPAT MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH KOMPLEKS DENGAN LEBIH BERKESAN
a)
teknik peniskalaan
b)
teknik leraian
c)
teknik pengecaman corak
d)
teknik pengitlakan
50.
Berdasarkan pernyataan yang diberi, nyatakan teknik komputasional yang sesuai dengan pernyataan tersebut.
MENINGGALKAN ASPEK PENTING YANG TERDAPAT DALAM CORAK-CORAK YANG DICAMKAN DAN MEMFOKUS KEPADA ASPEK PENTING YANG DAPAT MEMBANTU DALAM PENYELESAIAN MASALAH
a)
teknik peniskalaan
b)
teknik leraian 
c)
teknik pengecaman corak
d)
teknik pengitlakan
51.
Berdasarkan pernyataan yang diberi, nyatakan teknik komputasional yang sesuai dengan pernyataan tersebut.

MEMBINA MODEL SEPERTI FORMULA, TEKNIK, PERATURAN ATAU LAGKAH-LANGKAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH
a)
teknik peniskalaan
b)
teknik leraian
c)
teknik pengecaman corak
d)
teknik pengitlakan
52.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Dalam kedua-dua cerita Cinderella dan Bawang Putih Bawang Merah, watak utama dilayan dengan buruk oleh keluarga tiri. Tetapi, Cinderella mempunyai dua orang kakak tiri manakala Bawang Merah mempunyai seorang kakak tiri.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
53.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Sebelum membuat karangan, Sue merangka karangannya dahulu untuk setiap perenggan.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
54.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Hukum matematik untuk mencari luas segi empat tempat ialah panjang darab lebar.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
55.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Cikgu Leela mengajar cara membuat rumusan daripada petikan yang panjang.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
56.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Dalam peta, bentuk muka bumi yang penting sahaja ditunjukkan.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
57.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Cikgu memberikan tugas melabel bahagian-bahagian pokok.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
58.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Dalam satu soalan matematik berkaitan pecahan, Raina memecahkan soalan kepada beberapa langkah sebelum menyelesaikannya.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
59.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Ketika membaca buku cerita, Kate hanya membaca bahagian rumusan di akhir sekali untuk mendapatkan isi pentingnya.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
60.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Komputer polis boleh mengesan penjenayah dengan menggunakan sistem yang mengenal pasti cap jari.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
61.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Asfa sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan menggaris isi penting sahaja.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
62.
Teknik peniskalaan ialah teknik pemecahan permasalahan yang rumit dan kompleks kepada penyelesaian yang lebih mudah
a)
BETUL
b)
SALAH
63.
Apabila melukis gambar seekor kucing, ciri-ciri apakah yang perlu diabaikan?
a)
Kucing berlari dengan pantas.
b)
Kucing mempunyai kaki.
c)
Kucing mempunyai hidung.
64.
Gambar diatas adalah teknik...
a)
leraian
b)
pengecaman corak
c)
peniskalaan
d)
algoritma
65.
berikut menunjukkan suatu pernyataan masalah
 

"Aliya mahu menentukan arah mata angin sungai dari rumahnya menggunakan kompas"
berdasarkan pernyataan di atas, manakah aspek yang boleh di abaikan
a)
jarum kompas mestilah berada pada arah utara
b)
jenama kompas yang ingin digunakan
c)
kedudukan kompas mestilah jauh daripada besi atau magnet
d)
kompas mestilah diletakkan di tempat yang rata
66.

Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

67.

Manakah antara berikut merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?

a)

Reka bentuk atur cara --> Pengekodan —> Analisa masalah --> Pengujian dan penyahpijaatan ralat --> Dokumentasi

b)

Analisis masalah --> Reka bentuk atur cara --> Pengekodan Pengujian dan penyahpepijatan ralat --> Dokumentasi

c)

Pengekodan --> Dokumentasi --> Reka bentuk atur cara --> Analisis masalah -->Pengujian dan penyahmpijatan ralat

d)

Pengujian dan penyahpepijatan ralat --> Reka bentuk atur cara --> Analisis masalah --> Dokumentasi --> Pengekodan

68.

Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah?

a)

Pemikiran kritis

b)

Pemikiran kreatif

c)

Pemikiran aras tinggi

d)

Pemikiran komputasional

69.

Berapakab bilangan maksimum teknik pemikiran komputasional yang boleh digunakan dalarn setiap fasa pambangunan atur cara?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

TIADA HAD

70.

Pengatur cara akan mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. Apakah fasa yang terlibat

a)

Analisis masalah

b)

Reka bentuk atur cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

71.

Dalam fasa analisis masalah, masalah yang besar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian masalah yang lebih kecil. Apakah teknik pemikiran komputasional yang telah digunakan

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

72.

Suatu masalah telah menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah bagi bahagian kecil masalah adalah sama. Apakah teknik pemikiran komputasional yang merujuk kepada situasi ini?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

73.

Dalam fasa pengujian dan penyahpepijatan ralat, jenis mesej ralat yang diterima perlu dikenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. Manakah teknik pemikiran komputasional yang menunjukkan situasi ini?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

74.

Dokumen pustaka dan panduan pengguna merupakan contoh dokumen yang dihasilkan semasa fasa dokumentasi. Penghasilan dokumen ini secara tidak langsung mengaplikasikan

a)

teknik pengitlakan

b)

teknik pengecaman corak

c)

teknik peniskalaan

d)

teknik leraian

75.

Penghasilan algoritma dalam bentuk pseudokod semasa fasa reka bentuk atur cara menggunakan

a)

teknik pengitlakan

b)

teknik pengecaman corak

c)

teknik peniskalaan

d)

teknik leraian

76.

Pengatur cara akan memilih bahasa dan perisian pengaturcaraan serta mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir. Apakah fasa yang terlibat?

a)

Analisis masala

b)

Reka bentuk atur cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

77.

Semasa menyediakan dokumentasi Iuaran, maklumat yang diperlukan oleh pengatur cara dan pengguna perlu dititik beratkan agar penggunaan adalah betul.

a)

teknik pengitlakan

b)

teknik pengecaman corak

c)

teknik peniskalaan

d)

teknik leraian

78.

Senarai semak boleh dihasilkan semasa fasa pengujian dan penyahpepijatan ralat bagi menunjukkan penggunaan

a)

teknik pengitlakan

b)

teknik pengecaman corak

c)

teknik peniskalaan

d)

teknik leraian

79.

SIAPAKAH NAMA GURU MATA PELAJARAN ASK KAMU PADA TAHUN 2020.

a)

NORAFIKA

b)

NORAFINA

c)

NORAFIZA

d)

NORAFIDA

80.

APAKAH NAMA BLOK BAGI MAKMAL KOMPUTER SMK MERU.

a)

HELIKURNIA

b)

HERNINA

c)

HELIKOPTER

d)

HELIKORNIA

Similar Resources on Wayground