wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Dokumen Perniagaan

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan diskaun tunai?

a)

Menarik ramai pelanggan

b)

Mengelakkan berlakunya hutang lapuk

c)

Menggalakkan pembeli membayar segera

d)

Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak

2.

Sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan

a)

Penyata Bank

b)

Buku Tunai

c)

Akaun Bank

d)

Buku tunai Runcit

3.

Jumlah jualan dalam invois yang dikirim kepada En Kassim pada 3 Feb 2004 ialah RM450. diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh sebulan.

Hitung jumlah yang harus dibayar oleh En Kassim jika beliau membuat bayaran pada

8 Mac 2004.

a)

RM45

b)

RM540

c)

RM405

d)

RM450

4.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi Buku Tunai?

a)

Merancang aliran wang tunai

b)

Merekod semua urus niaga tunai

c)

Mengetahui jenis-jenis sumber dan penggunaan tunai

d)

Mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai

5.

Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?

a)

Invois

b)

Baucer

c)

Nota Debit

d)

Penyata Akaun

6.

Chae Har ialah seorang peniaga. Invois yang diterima oleh Chae Har terlebih nilai. Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Makluman Debit

d)

Makluman Kredit

7.

Kedai Haiwan Kesayangan Arina menerima invois daripada Farmasi Penawar bernilai RM2800 pada 30 Ogos 2007. Invois ini adalah untuk ubat-ubatan haiwan yang telah diterima oleh kedai itu seminggu sebelum tarikh berkenaan. Buku catatan pertama yang manakah digunakan untuk merekod butiran invois tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Jualan

d)

Buku Tunai

8.

Urus niaga yang manakah tidak dicatat dalam Jurnal Am?

a)

Membeli rak secara kredit

b)

Mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan peribadi

c)

Memasukkan perabot peribadi ke dalm perniagaan

d)

Memindahkan akaun hasil dan belanja ke akaun penamat

9.

Urus niaga yang manakah direkod dalam Buku Tunai Runcit?

a)

Pembayaran sewa kedai secara tunai

b)

Penerimaan tunai daripada akaun belum terima

c)

Pembelian setem secara tunai

d)

Pembelian perabot secara tunai

10.

Maklumat apakah yang dicatat di lajur butir dalam Jurnal Belian?

a)

Nama pemilik

b)

Nama Akaun Belum Bayar

c)

Nama Akaun Belum Terima

d)

Nama barang niaga

11.

Bajrai Ent. menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Melor.


Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?

a)

Katallog – Invois – Borang pesanan - Resit

b)

Borang pesanan – Invois – Katalog – Resit

c)

Borang pesanan – katalog – Resit – Invois

d)

Katalog – Borang pesanan – Invois – Resit