WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 1: BAB 1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian sejarah:
"Syajaratun" ialah istilah sejarah yang berasal daripada perkataan Arab.
A. Pokok
B. Tambo
C. Kajian atau pengetahuan
D. Cerita tentang seseorang
Maklumat berikut menerangkan tentang seorang sejarawan.
- Sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia
A. E.H Carr
B. Herodotus
C. ibn Khaldun
D. Khoo Kay Kim
Bagaimana masa silam dapat dikaji?
A. Berdasarkan peristiwa
B. Berdasarkan kronologi
C. Berdasarkan tempoh masa
D. Berdasarkan gerak hati penyelidik
Antara berikut, yang manakah benar tentang ruang masa?
I Alaf
II Dekad
III Masihi
IV Sebelum masihi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber sejarah.
- Akbar
- Jurnal
Mengapakah sumber sejarah tersebut diklasifikasikan sebagai sumber kedua?
A. Maklumat terkini
B. Fakta telah diolah
C. Kandungan ditokok tambah
D. Berasaskan kajian secara ilmiah
Pilih pernyataan yang benar tentang artifak.
I Peralatan ciptaan manusia
II Loceng gangsa
III Candi Lembah Bujang
IV Data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan satu kaedah penyelidikan dalam sejarah.
- Mendapat maklumat daripada sumber yang dipahat atau ditulis.
Maklumat di atas merujuk kepada kaedah:
A. Lisan
B. Bertulis
C. Tafsiran
D. Arkeologi
Petikan berikut merupakan terjemahan kata-kata George Santayana.
- Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.
Apakah kepentingan sejarah yang boleh dikaitkan dengan petikan tersebut?
A. Membentuk jati diri
B. Membela kepentingan diri
C. Menggalakkan perbezaan pendapat
D. Memperkukuh semangat kenegerian.
Gambar di atas menunjukkan Candi Lembah Bujang di Asia Tenggara.
Apakah sumber sejarah tersebut?
A. Sumber sekunder
B. Sumber primer
C. Sumber tertier
D. Sumber arkeologi
- Catatan pada kulit kayu
- Catatan pada daun lontar
Maklumat di atas merujuk kepada kaedah pengkajian sejarah.
A. Kaedah bertulis
B. Kaedah arkeologi
C. Kaedah lisan
D. Kaedah rekonstruksi
