NEW
Font size
WorksheetsECS Psikologi Pendidikan
Total questions: 20
Worksheet time: 26mins
Seorang guru yang berjiwa konstruktivisme akan
A. mengajar pelajar hingga menjadi pandai.
B. menggalakkan pelajar memperolehi kefahaman baru.
C. membantu pelajar dalam membuat ujikaji dan eksperimen.
D. menentukan pelajar menerima ilmu pengetahuan melalui pengajaran semata-mata.
Pembelajaran kerjasama atau koperatif digunakan oleh Cikgu Atan untuk mengatasi masalah perbezaan individu dalam pencapaian pelajar bagi mata pelajaran sejarah. Oleh itu pelajar yang cerdas akan diminta untuk
A. membantu diri sendiri membuat tugasan.
B. dikumpulkan dalam satu kumpulan yang sama tahap kognitif.
C. mengikuti aktiviti yang berbeza berbanding dengan pelajar yang lemah, yang perlu terus membuat latihan tambahan.
D. bertanggungjawab atas pembelajarannya sendiri dan membantu pelajar lemah dalam tugasan supaya markah kumpulan lebih tinggi dari yang lain.
Apakah perbezaan antara Pembelajaran Kolaboratif dan Pembelajaran Kooperatif?
A. Penilaian oleh ahli kumpulan secara langsung selain daripada guru.
B. Memberi ganjaran dari segi pengalaman pembelajaran melalui orang-orang yg berlatarkan sosioekonomi yg berbeza-beza.
C. Setiap ahli kumpulan mempunyai kepakaran masing-masing.
D. Berpusat kepada pelajar yg meneroka dan menjana ilmu pengetahuan melalui pembelajaran berpasukan.
Apakah persamaan antara pengajaran masteri dengan teori pembelajaran konstruktivisme?
A. Berfokus kepada pelajar.
B. Ilmu pengetahuan dibina dan dikonstruk bersama
melalui interaksi sosial antara guru dengan pelajar.
C. Ilmu pengetahuan dibina dan dikonstruk bersama melalui interaksi sosial pelajar dengan pelajar yg lain.
D. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
Pernyataan yang manakah SALAH mengenai pembelajaran secara langsung?
A. Pengajaran kemahiran-kemahiran asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.
B. Satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiram asas kepada murid.
C. Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dan mengikut struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit
D. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
Berikut adalah keistimewaan pembelajaran secara langsung.
I. Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses.
II. Menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu
III. Murid diberi peluang berkongsi pandangan alternatif rakan mereka.
IV. Guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.
A. I dan IV sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Apakah definisi Bloom terhadap pembelajaran masteri?
A. Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.
B. Semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
C. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
D. Satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten.
Jamal adalah seorang guru sekolah menengah di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Selangor. Beliau bercadang untuk menjalankan penilaian ke atas prestasi pelajar-pelajarnya. Masa yang sesuai untuk membuat penilaian di dalam kelas adalah seperti berikut KECUALI
A. Semasa pengajaran dan pembelajaran.
B. Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
C. Selepas sesuatu unit pembelajaran.
D. Sebelum sesuatu unit pembelajaran.
Pernyataan manakah yang BENAR mengenai domain yang dinilai semasa penilaian?
A. Kognitif dan psikomotor.
B. Afektif dan pskimotor.
C. Afektif, psikomotor dan kognitif.
D. Kognitif dan afektif.
Apakah yang perlu dilakukan oleh guru apabila pelajar masih lagi tidak dapat menguasai pembelajaran?
A. Aktiviti Pemulihan
B. Aktiviti Pengayaan
C. Aktiviti Pengukuhan
D. Aktiviti Pengembangan
Apakah perbezaan ‘Tutoring’ dengan tuisyen?
A. Proses 'Tutoring' berlaku di antara seorang guru dengan seorang pelajar.
B. Proses 'Tutoring' berlaku di antara seorang guru dengan ramai pelajar.
C. Pelajar dapat mengembangkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran, idea dan konsep dengan lebih mendalam.
D. Suatu strategi yg efektif yg dapat membantu guru mengajar dengan mengutamakan kelemahan-kelemahan dalam kemahiran yg terdapat dalam subjek-subjek tertentu.
Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai ‘Scaffolfing’ KECUALI
A. Bantuan akan semakin berkurangan apabila pelajar dapat menguasai sesuatu kemahiran.
B. Bantuan diberikan sejak permulaan sesuatu pembelajaran lagi.
C. Bermanfaat kepada pelajar yang lemah.
D. Bantuan harus dimulakan berdasarkan pengalaman pelajar dan kemudian mengembangkannya.
Pernyataan-pernyataan berikut adalah BENAR mengenai aktiviti pengukuhan
I. Menjalankan latih tubi.
II. Bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama.
III. Melatih murid membuat nota.
IV. Bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama.
A. I dan III sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Pernyataan berikut adalah benar mengenai kemahiran
guru yang mengamalkan pembelajaran masteri KECUALI
A. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
B. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.
C. Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
D. Merangka objektif yang mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan pelajar.
Pilih proses pembelajaran langsung yang BETUL
A. Pengenalan, perkembangan, latihan kendiri,
amalan terbimbing, penutup, penilaian.
B. Pengenalan, perkembangan, amalan terbimbing, penutup, latihan kendiri, penilaian.
C. Pengenalan, amalan terbimbing, perkembangan, latihan kendiri, penutup, penilaian.
D. Pengenalan, perkembangan, latihan kendiri, amalan terbimbing, penutup, penilaian.
Apakah prinsip-prinsip pembelajaran masteri?
I. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
II. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
III. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
IV. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Laila adalah seorang pensyarah di Uitm Segamat. Beliau selalu memberi tugasan yang berbentuk masalah dalam konteks kehidupan sebenar (real life) kepada pelajar-pelajarnya. Kaedah Konstruktivisme Sosial apakah yang paling tepat dalam menerangkan kaedah pengajaran Laila?
A. Perantisan Kognitif
B. ‘Scaffolding’
C. Kognitif Bersituasi
D. ‘Tutoring’
Pernyataan berikut adalah benar mengenai perbezaan perantisan tradisional dengan perantisan kognitif KECUALI
A. Menurut perantisan kognitif, pelajar harus memindahkan atau tidak apa yg dipelajari melalui tugasan yg pelbagai dalam situasi tertentu. Manakala perantisan tradisional pula menyatakan bahawa kemahiran yg perlu dipelajari sedia ada dalam tugasan itu sendiri.
B. Menurut perantisan kognitif, pelajar harus membawa pemikiran pada tahap permulaan untuk dilihat dengan jelas melalui bacaan, penulisan atau penyelesaian masalah. Manakala perantisan tradisional pula menegaskan bahawa tugasan yg perlu dipelajari mudah diperhati.
C. Menurut perantisan kognitif, guru merujuk kurikulum; kebanyakan bahagian terpisah daripada kehidupan seharian pelajar. Manakala perantisan tradisional lebih kepada di tempat kerja; di mana perantis faham dan sedar untuk menjalankan tugas secara langsung.
D. Menurut perantisan kognitif, guru boleh mengaplikasikan aktiviti-aktiviti seperti ‘Modelling’ dan ‘Scaffolding’. Manakala perantisan tradisional tidak boleh mengaplikasikan aktiviti-aktiviti seperti ‘Modelling’ dan ‘Scaffolding’.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan pengajaran dan pembelajaran?
I. Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
II. Kemudahan yang sedia ada.
III. Masa yang diperuntukkan.
IV. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Antara tujuan pembelajaran masteri adalah
I. Murid memerlukan pendekatan yang sesuai dan berkesan. Kerana kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza.
II. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain.
III. Guru menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu.
IV. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam pelajaran.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
